Anda di halaman 1dari 62

BAB 5:

PERAKAUNAN ASET
TETAP
(ACCOUNTING FOR
PLANT ASSETS)
ISI KANDUNGAN

5.1 Definisi dan Jenis Aset Tetap


5.2 Penentuan kos aset tetap
5.3 Susutnilai
5.3.1 Konsep Susutnilai
5.3.2 Kaedah pengiraan susutnilai
5.3.2.1 Kaedah Garis Lurus
5.3.2.2 Kaedah Baki Berkurangan
5.3.2.3 Kaedah Jumlah Angka tahun
5.3.2.4 Kaedah Unit Aktiviti
ISI KANDUNGAN

5.4 Pelupusan aset tetap


5.5 Persembahan Aset Tetap dalam Penyata
Kewangan
OBJEKTIF
Selepas mempelajari bab ini pelajar akan
dapat:
1. Memberi definisi aset tetap
2. Menjelaskan cara menentu dan merekodkan
kos aset tetap
3. Menerangkan konsep susutnilai
4. Mengetahui kaedah-kaedah pengiraan
belanja susutnilai: garis lurus, baki
berkurangan, jumlah angka tahun dan unit
pengeluaran
OBJEKTIF

5. Mengira susutnilai berasaskan kaedah


bulanan dan tahunan
6. Memahami perlakuan dan catatan
perakaunan mengenai pelupusan aset tetap
7. Menerangkan cara melaporkan aset tetap
dalam penyata kewangan.
5.1 DEFINISI dan JENIS ASET TETAP

 Aset yang diguna secara berterusan.


 Utk mengeluarkan barang atau memberi
perkhidmatan.
 Bukan untuk dijual semula
 Jangka hayat/tempoh penggunaan lebih dari
setahun
5.1 DEFINISI dan JENIS ASET TETAP

Aset Tetap

Aset Ketara Aset Tak Ketara

♦Boleh disentuh/dilihat ♦Tiada kewujudan fizikal


♦Contoh ; Tanah ♦Wujud kerana ia
Kenderaan didaftarkan
♦Contoh ; Paten,Hakcipta
Peristiwa Berkaitan Aset Tetap
 Melibatkan tiga peristiwa penting:-
1. Belian aset tetap
2. Belanja susutnilai
3. Jualan/pelupusan
5.2 PENENTUAN KOS ASET TETAP
Cara menentukan Kos Belian Aset
Tetap
 Rekod pada harga kos.
 Termasuk semua kos untuk menyediakan
aset tetap itu supaya boleh beroperasi dan
digunakan. Contohnya :
- harga dalam invois
Kos yang - cukai & insurans
boleh
- kos angkutan
dimodalkan
- kos pemasangan & pemeriksaan
Cara menentukan Kos Belian Aset
Tetap
 Kos yang tidak meningkatkan keupayaan
aset tidak diambilkira sebagai kos belian.
 Dianggap sebagai belanja biasa(kos
tempoh)
 Contoh: kos pembaikan kerosakan akibat
kecuaian pekerja
Beberapa contoh Penentuan kos aset
tetap

Kos Hartanah
Harga belian + komisen broker + yuran
peguam + lain-lain bayaran untuk membersih
& meratakan tanah

Kos Pembaikan Tanah


Memagar + menambak + ‘PARKING LOT’ +
longkang + kemudahan asas
Beberapa contoh Penentuan kos aset
tetap
Kos Bangunan
Jika bina :
yuran arkitek + permit bangunan + caj
kontraktor + bahan mentah + buruh +
overhed
Jika beli :
harga belian + komisen broker + kos
ubahsuai + lain-lain belanja pindah milik

Kos Mesin, Peralatan, Loji


Harga belian + kos angkutan + cukai +
insurans + kos pemasangan dan uji alat +
kos tapak
Contoh

Pada 1 Jan 2006 Syarikat Aggun membeli


sebuah mesin untuk digunakan dalam
perniagaan. Maklumat mengenai kos
berkaitan dengan belian mesin seperti
berikut:
Harga disenarai dalam invois RM8,000
Cukai jualan RM 100
Kos angkutan RM 300
Kos pemasangan RM 200
Kos insurans RM 100
Catatan Jurnal
Tarikh Butiran Dt Kt

Mesin 8,700
Tunai 8,700
(merekod belian aset
secara tunai)
Lejar

Mesin
Tunai 8,700

Tunai
Mesin 8,700
5.3 SUSUTNILAI(Depreciation)

-FRS (Financial Reporting Standard)


mendefinisikan sebagai:-
"The systematic allocation of the depreciable
amount of an asset over its useful life" (FRS 116)
- Pengagihan kos aset tetap secara sistematik
- Sepanjang tempoh usiaguna aset.
-Catatan jurnal:
Dt Belanja susutnilai xxx
Kt Susutnilai terkumpul xxx
5.3 SUSUTNILAI(Depreciation)

-Akaun belanja susutnilai di dt untuk


mengiktiraf belanja. Dipersembahkan dlm
Penyata Pendapatan.
-Susut nilai Terkumpul – Di Kt. Ia adalah
akaun kontra kpd akaun aset tetap.
Dipersembah dlm KKK. Ditunjukkan sebagai
item yang jumlahnya ditolak drp kos asal
aset tetap.
5.3 SUSUTNILAI(Depreciation)

Sebab - sebab Susutnilai


a) Faktor fizikal aset tetap (lusuh)
b) Faktor keusangan – perubahan teknologi

Faktor yang perlu diambilkira dalam pengiraan


Susutnilai:-
a) Kos aset tetap
b) Usiaguna (Useful life)
c) Nilai sisa (Salvage value)
Contoh
Syarikat Ayu
Peyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2005
Jualan
-KBDJ
Untung Kasar
( - ) Belanja Operasi
Belanja Susutnilai 870
Contoh
Syarikat Ayu
Kunci Kira-kira
Pada 31 Dis 2005

ASET
Aset Tetap
Mesin 8700
( - ) Susutnilai Terkumpul 870 7,830
Pengiraan Belanja Susutnilai

ASAS

BULANAN TAHUNAN
Pengiraan Belanja Susutnilai

BULANAN

BELIAN JUALAN

1 – 15 hb 1 – 15 hb
Dikira penuh Tidak Dikira
sebulan 16 – 31 hb 16 – 31 hb susutnilai
Tidak Dikira Dikira penuh
susutnilai sebulan
Pengiraan Belanja Susutnilai

TAHUNAN

BELIAN JUALAN

SUSUTNILAI TIADA
SETAHUN SUSUTNILAI
PENUH DIKIRA UNTUK
TAHUN JUALAN
Kaedah-kaedah Pengiraan Belanja
Susutnilai

1. Kaedah garislurus (Straight - line)


2. Kaedah baki berkurangan (Declining - balance)
3. Kaedah jumlah angka tahun
4. Kaedah unit pengeluaran (Unit - of - activity)
Kaedah Garis Lurus

Amaun belanja susutnilai sama rata untuk


setiap tempoh (tahun)
Belanja S/Nilai tahunan:
= Kos belian aset – anggaran nilai sisaan
anggaran usia guna

= % x Kos Asal Aset Tetap


Contoh

Sebuah mesin telah dibeli pada 1.1.05. Nilai


kos aset ialah RM130,000. Nilai sisaannya
RM10,000 dan usia guna aset ialah 14 tahun.
Kira belanja susut nilai pada 31 Disember 2005

Jawapan:
Bel. susutnilai tahunan = RM130,000 – RM10,000
10
= RM12,000
Jurnal

2004
Dis 31 Bel. Susut nilai 12,000
Susut nilai Terkumpul 12,000
(merekod belanja susut nilai mesin)
Contoh

Jika aset yang sama dibeli pada 20.1.2005,


kira bel. susut nilai pada 31 Disember 2005
dengan menggunakan asas bulanan.
Berapa pula nilai bel. susut nilai pada 31
Disember jika menggunakan asas tahunan.
Asas bulanan

Beli pada 20.1 (separuh kedua bulan) Susut


nilai bulan tersebut tidak diambil kira.

Susut nilai dikira pada bulan berikutnya(Feb).


Feb → Dis = 11 x RM12,000
12
Bel Susut nilai = RM11,000
Asas Tahunan

Susut nilai setahun penuh dikira untuk


tahun belian.

Belanja susut nilai ialah RM12,000


Kaedah baki berkurangan
- digunakan apabila manfaat penggunaan aset
menurun mengikut tempoh penggunaan aset.
- amaun susutnilai akan tinggi di awal tahun
penggunaan dan semakin berkurangan di
akhir penggunaan.

Susut nilai tahunan


= Kadar x nilai buku pada awal setiap tahun

Kadar : tetap setiap tahun


Nilai buku: Kos asal – jumlah SNT terkumpul
Contoh

Syarikat Le Kir membeli sebuah mesin


dengan harga RM50,000 yang mempunyai
usia guna selama 4 tahun dan nilai sisa
mesin tersebut ialah RM4,000. Kadar
susutnilai ialah 40%.

Kirakan belanja susutnilai setiap tahun di


bawah kaedah baki berkurangan?
Tahun Bel S/Nilai Tahunan S/Nilai Nilai Buku
RM Terkumpul RM
RM
0 50,000

1 40% x 50,000 = 20,000 30,000


RM20,000
2 40% x 30,000 = 32,000 18,000
RM12,000
3 40% x 18,000 = 39,200 10,800
RM7,200
4 40% x 10,800 = 46,000 4,000
Setakat RM3,800*
*Dikira setakat 3,800 (46000-39,200) krn nilai buku
pd tahun terakhir tidak boleh melebihi nilai sisaan.
Kaedah Jumlah Angka Tahun
- Amaun susutnilai tinggi di awal tahun
penggunaan dan semakin berkurangan di
akhir penggunaannya.
Belanja Susut nilai tahunan
= Kos boleh disusutnilaikan x Pecahan jum
angka tahun
Kos asal aset tetap – nilai sisa

Pecahan = n ( n + 1 ) , n = usia guna


2
Contoh soalan kaedah angka tahun

Syarikat D’ LON membeli sebuah peralatan


pada 10 Januari 1999 yang bernilai RM73,000.
Usia guna peralatan ialah 7 tahun dan nilai sisa
ialah RM3,000. Mengikut kaedah jumlah angka
tahun, kirakan amaun susutnilai untuk tahun
1999, 2000 dan 2001.
Jawapan:
Cara mencari jumlah angka tahun:

n (n + 1) = 7 ( 7 + 1) = 56 = 28
2 2 2
Tahun Bel S/Nilai Tahunan S/Nilai Nilai Buku
RM Terkumpul RM
RM
0 73,000

1 7/28 x 70,000 = 17,500 55,500


RM17,500
2 6/28 x 70,000 = 32,500 40,500
RM15,000
3 5/28 x 70,000 = 45,000 28,000
RM12,500
4 4/28 x 70,000 = 35,000 38,000
RM10,000
Kaedah Unit Aktiviti
 Dikenali sebagai kaedah unit pengeluaran
 Menyatakan usia aset tetap dalam bentuk
ukuran aktiviti seperti kilometer (kenderaan),
output pengeluaran dan jam beroperasi (mesin
dan peralatan kilang)
 Kadar susutnilai seunit =
Kos boleh disusutnilaikan
Jum.anggaran unit aktiviti
Belanja S/Nilai tahunan
= Kadar susutnilai seunit x jumlah unit aktiviti
sepanjang tahun
Contoh
Syarikat Sukahati membeli sebuah mesin
pada harga RM100,000. Anggaran jam
beroperasi mesin tersebut ialah selama 50,000
jam sepanjang tempoh 5 tahun. Nilai sisa
mesin ialah RM25,000. Berikut ialah anggaran
jumlah jam beroperasi mesin bagi 3 tahun
pertama penggunaannya.
Tahun 1 20,000 jam
Tahun 2 10,000 jam
Tahun 3 5,000 jam
Kirakan belanja susutnilai mesin untuk ketiga-
tiga tahun.
Jawapan:

Kadar susutnilai sejam


= RM100,000 - RM25,000 = RM1.50 sejam
50,000 jam

Tahun BSN tahunan


1 RM1.50 x 20,000 jam = RM30,000
2 RM1.50 x 10,000 jam = RM15,000
3 RM1.50 x 5,000 jam = RM 7,500
5.4 PELUPUSAN ASET TETAP
(Plant Asset Disposals)

1) Aset tetap dijual/dibuang sebagai tiada nilai


pada akhir usia guna.
2) Aset tetap dijual sebelum sampai akhir usia
guna.
3) Aset tetap lama ditukarganti dengan aset
tetap baru
Aset tetap dijual/dibuang sebagai
tiada nilai di akhir usia guna
(Retirement of Plant Assets)
Contoh 1:
Mesin dibeli pada 1 Januari 1998, RM25,000
Anggaran usia guna 5 tahun dan tiada nilai sisa
Susutnilai guna kaedah garislurus
Pada 31 Disember 2002, mesin dibuang tanpa
nilai sisa.
Catatan jurnal:
Dt Susutnilai terkumpul RM25,000
Kt Mesin RM25,000
Aset tetap dijual sebelum sampai akhir
usia guna (Sales of Plant Assets)
- Akan melibatkan untung(laba) atau rugi
Pengiraan
= Nilai buku - Tunai yang diterima dari
jualan aset tetap lama

Nilai Buku > Tunai Diterima ⇒ RUGI

Nilai Buku < Tunai Diterima ⇒ UNTUNG


Aset tetap dijual sebelum sampai akhir
usia guna (Sales of Plant Assets)

- Rujuk Contoh 1
Mesin dibeli pada 1 Januari 1998, RM25,000
Anggaran usia guna 5 tahun dan tiada nilai sisa.
Susutnilai guna kaedah garislurus.

- Contoh 2
Pada 1 Januari 2000, mesin dijual dengan harga
RM20,000
Aset tetap dijual sebelum sampai akhir
usia guna (Sales of Plant Assets)

- Penyelesaian;
Nilai Buku = RM 15,000 (25,000 - 10,000)
Tunai diterima = RM 20,000
Kos Aset SNT
Untung = RM 5,000

- Catatan Jurnal

Dt Tunai RM20,000
Susutnilai terkumpul 10,000
Kt Mesin 25,000
Laba atas jualan mesin 5,000
Aset tetap dijual sebelum sampai
akhir usia guna

Contoh 3
Pada 1 Januari 2001, mesin dijual dengan
harga RM 8,000

- Penyelesaian;
Nilai Buku = RM 10,000 (25,000 - 15,000)
Tunai diterima = RM 8,000
Kos Aset SNT
Rugi = RM 2,000
Aset tetap dijual sebelum sampai
akhir usia guna

Catatan jurnal:
Dt Tunai 8,000
Susutnilai Terkumpul 15,000
Rugi atas jualan mesin 2,000
Kt Mesin 25,000
Aset tetap lama ditukar dengan aset
tetap baru (Exchange of Plant Assets)

FRS 116 :
Jika aset tetap tidak sama jenis,
⇒ laba/rugi perlu iktiraf.

Jika aset tetap sama jenis:

Nilai saksama aset yang lama sama


dengan aset yang baru
⇒ tiada laba/rugi yang perlu diiktiraf
Aset tetap lama ditukar dengan aset
tetap baru

FRS 116 :
Nilai saksama aset yang lama tidak sama
dengan aset yang baru dan ada elaun
tukar niaga
⇒ rugi perlu diiktiraf, laba tidak perlu
diiktiraf.
Contoh:

Maklumat mesin lama:


Kos mesin lama RM20,000
Susutnilai terkumpul 15,000
Jika nilai mesin lama mempunyai nilai
saksama yang sama dengan mesin baru:

Catatan jurnal:
Dt Mesin (baru) 5,000
Susutnilai terkumpul 15,000
Kt Mesin (lama) 20,000
Contoh

Kos mesin baru RM8,000 dan elaun tukar


niaga RM5,500 untuk mesin lama.
Untung tukar niaga
= Elaun tukar niaga – nilai buku
= RM5,500 – RM5,000
= RM500

Laba ini tidak dijurnalkan. Ia mengurangkan


nilai saksama mesin baru
Contoh
Tunai dibayar untuk mesin baru
= Nilai mesin baru – Elaun tukar niaga
= RM8,000 – RM5,500
= RM2,500

Catatan jurnal:

Dt Mesin (baru)(8,000-500) RM7,500


Susutnilai terkumpul 15,000
Kt Mesin (lama) 20,000
Tunai 2,500
Contoh
Andaikan kos mesin baru RM8,000 dan elaun
tukar niaga RM4,000 diberi untuk mesin lama.

Rugi drp. pertukaran


= RM4,000 – RM5,000
= RM1,000

Tunai akan dibayar


= RM8,000 – RM4,000
= RM4,000
Contoh

Catatan jurnal:
Dt Mesin (baru) 8,000
Susutnilai terkumpul 15,000
Rugi atas tukarniaga 1,000
Kt Mesin (lama) 20,000
Tunai 4,000
5.5 PERSEMBAHAN ASET TETAP DLM
PENYATA KEWANGAN

 Di dalam Penyata Pendapatan, akaun


nominal(sementara) yg wujud akibat
urusniaga aset tetap dapat dilihat pada
bahagian Keuntungan Lain dan Belanja-
Belanja
 Lihat contoh
Perniagaan Juara
Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir …………

Jualan
Tolak: KBDJ
Untung Kasar
Tambah: Lain – lain hasil
Laba atas pelupusan mesin
Laba atas jualan kenderaan
Laba atas pertukaran peralatan
Sambungan

Tolak:Belanja-Belanja
Belanja Susut nilai peralatan
Belanja susut nilai Kenderaan
Rugi atas pelupusan peralatan
Rugi atas jualan Kenderaan
Rugi atas pertukaran mesin
Untung/Rugi bersih
Sila Buat
Pada 25 Jun 2000, JJ Holding membeli sebuah van
dengan nilai invois RM 75 000. Sewaktu pembelian
van tersebut, beberapa kos terlibat iaitu cukai jualan
RM 5 000, cukai jalan dan insurans masing –
masing bernilai RM 2 000 dan RM 4 000.

Van tersebut telah disusutnilai dengan


menggunakan kaedah baki berkurangan di mana ia
mempunyai usia guna selama 5 tahun dan nilai
sisa RM 5 000. Syarikat menggunakan asas
bulanan dan menutup akaun tahunannya pada 31
Disember setiap tahun.
Sila Buat
Dikehendaki :
Berdasarkan soalan di atas, sediakan catatan jurnal
untuk merekod pelupusan van dengan andaian –
andaian berikut: (setiap situasi adalah berasingan)

1) Van dijual dengan harga RM 55 000 pada 20


Januari 2002.
2) Persaraan van pada 31 Oktober 2003.
3) Pertukaran dengan van baru pada 25 Jun
2001. Nilai pasaran van lama adalah RM 65
000 dan van baru bernilai RM 125 000.
PENYELESAIAN
RUMUSAN
• Aset tetap ialah aset yang dibeli untuk
kegunaan perniagaan dan mempunyai
usia guna melebihi 1 tahun.
• Setiap aset tetap perlu disusutnilaikan
mengikut kaedah-kaedah tertentu.
• Terdapat 4 kaedah susutnilai aset tetap iaitu:
- Garislurus
- Baki Berkurangan
- Jumlah Angka Tahun
- Unit Aktiviti
RUMUSAN

• 2 asas pegiraan susut nilai


- Bulanan
- Tahunan
• Aset boleh dilupuskan dengan cara
- buang
- jual
- tukarganti
RUMUSAN

Di Penyata Pendapatan, akaun yg wujud


akibat urusniaga aset tetap terdapat pada
bahagian
Keuntungan Lain
dan
Belanja-Belanja