Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Dari sehari ke sehari, pelbagai konsep dalam membangun koperasi telah dikenal pasti
terutama sekali berhubung dengan “Hala Tuju Pembangunan Pendidikan Koperasi”.
Istilah hala tuju ini digunakan bagi mengelak berlakunya pertelingkahan, konflik dan
kekusutan di kalangan warga koperasi apabila berlaku permasalahan dalam koperasi yang
dianggotai. Tanpa hala tuju, perebutan anggota koperasi akan wujud anggota koperasi
yang pasif, tuding-menuding jari sepanjang Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan
perebutan jawatan Lembaga Koperasi secara tidak sihat.
Apabila hala tuju pembangunan pendidikan koperasi jelas, maka usaha pengukuhan dan
pemantapan menjadi lebih tersusun rapi. Tanpa mengira jenis dan tahap pencapaian
koperasi masa kini, saya dan ahli jawatankuasa berasakan pemimpin koperasi dan
anggotanya perlu dibentuk dan dibimbing agar prihatin terhadap pembangunan koperasi
supaya kehendak dan keperluan mereka selari dengan dasar-dasar Kementerian
Pembangunan Usahawan Koperasi, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan Maktab Kerjasama Malaysia. Penyemaian
budaya ini bertujuan menjaga dan mengekal identiti berkoperasi. Pernyataan ini juga
bukannya bertujuan menidakkan usaha-usaha sebelum ini tetapi pernyataan ini lebih
kepada perubahan, pembaharuan dan pembangunan yang berlaku dalam gerakan
koperasi.
Mesyuarat Jawatankuasa B4P yang diadakan setiap bulan dijadikan instrumen dalam
mengukur dan menilai program pembangunan pendidikan. Bersama-sama dengan ahli
jawatankuasa lain, perbincangan lebih kepada penyelarasan agar setiap koperasi ahli
ANGKASA dapat bergerak seiring antara satu sama lain. Sehubungan itu, pelbagai
program dan strategi pembangunan di susun oleh Jawatankuasa B4P supaya hala tuju
pembangunan jelas, tepat dan berkesan dalam mendidik warga koperasi khususnya ahli
ANGKASA. Selain daripada program pendidikan sedia ada (Siri 1, 2, 3, KKB dan PKS),
program baru, iaitu Kursus Tatacara Minit Mesyuarat, Kursus Pemantapan Pengurusan
Koperasi dan Kursus Touch Typing telah dikenal pasti. Kursus-kursus itu adalah
sebahagian dari kursus yang dirancang untuk menambaik, mengukuh dan
memperkasakan minda warga koperasi. Kepentingan kursus ini tidak memberi apa-apa
makna jika pemimpin koperasi tidak memberi kerjasama untuk melaksanakannya di
peringkat koperasi masing-masing. Walaupun pelbagai kemudahan seperti tenaga
pengajar, bahan pengajaran, perbelanjaan makan minum dan sijil disediakan, ANGKASA
masih mengharapkan kerjasama yang menyeluruh untuk sama-sama merealisasikannya.
Dalam membangunkan koperasi ahli ANGKASA, B4P telah memperhebatkan lagi
perkhidmatan dan penyelenggaraan yang dikendalikan oleh Unit PEKA, Pra Audit dan
SEKKOP. Unit PEKA bukan sahaja membimbing Lembaga Koperasi dalam
mempelbagai aktivitinya tetapi juga membantu koperasi itu dari segi mendidik
anggotanya tentang peranan dan tanggungjawab. Unit ini juga membantu koperasi
mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar dalam aktiviti yang dijalankan.
Daripada hasil pemuafakatan dan kerjasama yang mantap, pemimpin dan anggota
koperasi dapat mewujudkan satu landasan yang sihat iaitu saling hormat menghormati,
saling ingat mengingati dan saling bantu membantu dalam memajukan koperasi masing-
masing. Apabila konsep ini berjalan dengan baik, pemimpin koperasi dapat mengenal
pasti kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang berlaku dalam meningkat sosioekonomi
anggotanya. Anggota pula dengan sukarela dan ikhlas akan menyahut seruan pemimpin
koperasi dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi koperasi.