Anda di halaman 1dari 10

Budaya Lesbian Dan Gay (LGBT) Mendapat Tempat Di Malaysia ?

Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks luar tabii yang lebih di kenali hubungan sex sejenis. Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat tempat di negara ini. "Untuk bulan Januari tahun ini sahaja, sudah empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan itu tidak mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan. "Kita lihat masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan lebih merisaukan adalah apabila terdapat hampir 20 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong LGBT," katanya (UTUSAN)

Melimpahnya laman sembang mempromosikan aktiviti songsang terutama menerusi Facebook (FB) menggambarkan bahawa persoalan adab kehidupan manusia semakin terancam, yakni sedang dicabar agar pengamal budaya keliru itu diberikan pengiktirafan dan hak secara bebas memilih kerana ia adalah prinsip yang dijamin menerusi tafsiran kebebasan asasi. Perjuangan pengamal seks songsang yang bermula di Barat itu sebenarnya dikritik oleh ramai pihak sebagai suatu bentuk kehidupan yang melanggar prinsip semula jadi. Suatu ketika, pemimpin-pemimpin agama mengenakan hukuman bunuh kepada mereka yang mengamalkan budaya songsang itu. Bagaimanapun, apabila berubahnya persekitaran hidup yang mendominasikan kebebasan membuat pilihan, budaya itu berkembang sehingga berjaya mendesak penggubal undangundang agar memberikan mereka pengiktirafan. Kini, perkahwinan sejenis dan mengamalkan seks songsang bukan lagi menjadi sesuatu yang salah dari segi undang-undang, bahkan sudah pula diiktiraf sebagai budaya yang sah dan halal.

Perkembangan tersebut membawa kepada proses perubahan nilai adab dan adat sehingga agama dijelmakan pilihan terakhir sebagai penentu budaya. Ini kerana agama dilihat sebagai penghalang terbesar dan pagar yang kian runtuh dalam diri manusia moden yang berpaksikan kebebasan tanpa had dan sempadan lahiriah. Perubahan itu turut berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam dan golongan lelaki lembut itu boleh dilihat di mana-mana. Bahkan, di kampung fenomena seperti itu tidak lagi dipandang aneh dan keterlaluan, malah ada ketikanya diberikan simpati meskipun secara sinis. Beberapa bulan lalu, seorang lelaki lembut yang bekerja sebagai mak andam meninggal dunia setelah beberapa hari koma akibat kemalangan jalan raya. Sekumpulan lelaki lembut ikut menziarahi rumah rakannya untuk memberikan penghormatan terakhir. Mereka datang secara berkumpulan dengan berpakaian baju Melayu, berseluar jeans, berkasut tumit tinggi dan jalannya melenggok melebihi wanita tanpa menunjukkan segan mempamerkan adab itu sehingga beberapa orang lain menjadi keliru dan tercengang. Mereka turut ke tanah perkuburan dan ketika talkin bermula, barisan hadapan ialah rakan-rakan ini yang terkumat-kamit mengaminkan doa meskipun tidak diketahui sama ada benar-benar memahami apa yang disebut oleh seorang guru agama yang mengetuai ritual itu. Sebaik selesai, kumpulan yang mengalami krisis identiti itu bersembang sesama sendiri, bahkan ada di antara mereka mengambil gambar dan kemudiannya diposkan dalam laman FB masingmasing. Apa yang mendukacitakan ialah cara mereka menghormati rakan yang sudah meninggal dunia sehingga terdengar raungan dan tangisan setelah upacara pengkebumian selesai. Menerusi laman FB mereka juga merakamkan kesedihan melampau tanpa sedikit pun terpahat emosi kesal hidup dalam kecelaruan jantina. Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya bersabda, Rabbi Faahsana Tadibi, Tuhanku, didiklah aku dengan didikan terbaik. Maksudnya, bagi Rasulullah s.a.w ia membawa konsep pembangunan diri, mengharapkan Allah s.w.tmemberikan pedoman dan panduan bagi mendidik diri menjadi manusia yang terbaik. Konsep pendidikan dalam tradisi Islam tidak terhad kepada ilmu pengetahuan sebagaimana diklasifikasikan dalam skema pemikiran masyarakat masa kini. Skema pendidikan yang berteraskan membentuk akal budi, kebijaksanaan berfikir hendaklah berteraskan keyakinan bahawa Allah s.w.t mempunyai pengetahuan yang lebih besar dan tidak terbatas, dan kedudukan itu ikut mendisiplinkan manusia agar berupaya mengimbangi antara yang hak dan yang batil. Manusia berhak hidup dan kehidupan itu pula mesti berteraskan prinsip membuat kebaikan, untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat dengan menjauhkan segala kemungkaran, termasuk mencampurkan nilai dan tabie wanita dalam tubuh yang dilahirkan sebagai lelaki atau sebaliknya. Allah s.w.t memberikan sempadan jelas, lelaki adalah pasangan bagi wanita, dan diharamkan lelaki memilih pasangan hidupnya sesama lelaki, wanita dengan wanita dan lelaki dan wanita tanpa diikatkan dengan akad nikah. Teknologi yang berlandaskan kehendak bertukar-tukar maklumat secara lebih pantas dan cepat, dalam konteks masa sebenar dan lebih personal akhirnya telah mengkhianati ikatan

kemasyarakatan yang dipertahankan. Akal budi yang dijaga dan dipupuk bertukar menjadi akal budi yang sentiasa bercanggah dan semakin bersifat paradoks. Bagi akal budi yang baru dibentuk, pendidikan dilihat sebagai hanya proses pemindahan maklumat dan ketrampilan, kerana mereka yang boleh menguasai maklumat dan keterampilan itulah diberikan kedudukan terbaik, dihormati dan dimuliakan dengan status bersifat ganjaran material. Inilah kesilapan yang akhirnya menggelisahkan masyarakat, kerana jalur berfikir tidak lagi menyentuh adab, disiplin akal, kalbu dan amal. Konteks pengetahuan berpaksikan kepada menguasai maklumat, dan maklumat itulah dikatakan sebagai komoditi yang bukan sahaja memberikan keuntungan yang besar, bahkan sebagai prasyarat utama untuk berkuasa dan menguasai. Unsur adab, kalbu dan amal yang berada di luar lingkaran kognitif dilihat sebagai satu pengkhususan yang hanya perlu dikuasai oleh golongan tertentu, yakni golongan agama. Dalam situasi tertentu, nilai-nilai agama dan tokoh agama hanya penting apabila seseorang itu telah meninggal dunia. Tokoh agama menjadi keperluan mendesak untuk menguruskan proses pengkebumian seseorang buat kali terakhir, dan inilah yang dapat disimpulkan menerusi variasi kelompok ini memberikan penghormatan terakhir kepada rakannya. Tidak seorang pun daripada mereka yang datang pada malam selepas jenazah dikebumikan berada dalam kelompok yang bertahlil. Tentunya, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan pandangan untuk memantau laman web songsang lebih ramai mereka yang melihatnya sebagai langkah tepat. Bagaimanapun, dalam keghairahan memberikan jaminan itu timbul pula soalan, sejauhmanakah Jakim mampu memantaunya? Persoalan itu semakin menjadi resah yang besar kerana jumlah pengguna FB di Malaysia mencecah hampir 12 juta orang, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan Internet (17 juta atau 60 peratus daripada jumlah penduduk). Semakin sehari semakin membesar kelompok pengguna FB, maka mampukah Jakim nak memantaunya? Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna FB paling ramai di dunia. Penggunaan FB di Malaysia adalah lebih ramai daripada Australia (10.7 juta) dan Taiwan (11.16 juta) tetapi berada di belakang Thailand (12.9 juta), Sepanyol (15.3 juta) dan Colombia (15.6 juta). 53 peratus adalah lelaki dan 93 peratus berumur di bawah 45 tahun. Kalau pun dapat memantau, apakah hasilnya nanti mampu membendung kemunculan lebih banyak laman sembang seks mahupun FB yang mempromosi budaya LBGT lesbian, biseksual, gay dan transeksual sehingga kelompok tersebut berada dalam situasi terpedoman dan kembali ke perspektif yang betul? Inilah yang perlu diterjemahkan oleh kita semua, termasuk tokoh agama dan pemimpin politik kalau ingin bersungguh-sungguh mengembalikan pola kehidupan beradab, selaras dengan peranan kita dalam membangun kalbu dengan nilai-nilai kerohanian, rabbaniah sebagai proses transformasi sosial ummah.

Apabila Manusia Hilang Kewarasannya


13/3/2012 utusan malaysia pegawai penyelidikan kanan Insttut kefahaman islam
Perkahwinan ditakrifkan oleh beberapa buah kamus bahasa Inggeris terkemuka dunia sebagai penyatuan atau kontrak undang-undang antara seorang lelaki dengan wanita untuk hidup sebagai suami dan isteri (Collins English Dictionary, 2000). Dalam maksud yang lain, perkahwinan merupakan ikatan undangundang antara lelaki dengan wanita untuk hidup bersama dan lazimnya memiliki zuriat (Oxford Modern English Dictionary, 1992). Selain itu ia juga memberi maksud institusi yang menyatukan lelaki dan wanita dalam suatu bentuk kebergantungan sosial dan undang-undang yang khusus, bagi tujuan mengasaskan serta mengekalkan keluarga (Webster's Ninth New Collegiate Dictionary, 1988). Pentakrifan yang lebih mendalam dan jelas diberikan oleh undang-undang Islam, iaitu akad yang menghalalkan istimta` (kemesraan, senda-gurau dan sebagainya) antara suami dengan isteri dengan cara yang dibenarkan syarak. Muhammad Abu Zahrah, salah seorang `ulama' kontemporari, menjelaskan bahawa perkahwinan merupakan `aqad yang menghalalkan pergaulan dan kehidupan bersama antara lelaki dengan wanita. Perkahwinan juga menurut beliau bertujuan memenuhi keperluan tabi`i manusia dan memupuk nilai bantu-membantu serta kerjasama antara mereka. Selain itu, perkahwinan membentuk hak yang dimiliki dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh setiap seorang daripada mereka. Syarak turut menjelaskan rukun-rukun nikah, iaitu lafaz ijab dan qabul, isteri, suami, wali, dan dua orang saksi. Ia menggambarkan kesempurnaan dasar dalam Islam, khususnya dalam soal pembinaan keluarga yang seterusnya memberikan kesan besar terhadap pembinaan masyarakat serta negara yang teguh sifatnya. Tujuan disyari`atkan perkahwinan turut dihuraikan, iaitu antara lain memenuhi keperluan fitrah manusia, mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani, memelihara akhlak diri, dan memelihara kesejahteraan keturunan manusia. Meskipun pandangan alam antara Islam dan barat begitu berbeza, namun dari sudut pentakrifan perkahwinan, kedua-duanya sama-sama mengiktiraf bahawa perkahwinan hanya berlaku antara seorang lelaki dengan wanita, dan bukan selainnya. Hal ini secara langsung menafikan "perkahwinan" antara sesama jenis atau jantina. Justeru itu, perjuangan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender) untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang terhadap "perkahwinan" mereka kononnya atas dasar kesamaan (equality) adalah tidak berasas sama sekali. Ini disebabkan tindakan mereka jelas mencabuli dan mencemarkan maksud perkahwinan yang telah diterima dalam semua budaya serta tamadun dunia sejak sekian lama. Perjuangan golongan ini yang bersaskan fahaman liberalisme tidak menghairankan berlaku dalam masyarakat barat yang menolak atau meninggalkan agama. Hal yang demikian berlaku tidak lain kerana agama yang dianuti tidak mampu sama sekali untuk memberikan keyakinan, bimbingan dan panduan dalam kehidupan mereka. Justeru itulah kita melihat prinsip moral, undang-undang, dan sebagainya tidak diasaskan pada agama. Sebaliknya ia berdasarkan pandangan sekular yang tidak memiliki asas yang tetap dan teguh, malah sentiasa sahaja berubah-ubah. Lantaran itu juga perjuangan mereka khususnya dalam tuntutan "hak" seperti "berkahwin" dan membina keluarga, bebas daripada amalan diskriminasi berasaskan orientasi seksual, selain "hak" terhadap privasi hanya berdasarkan pertimbangan akal dan kehendak yang dibimbing hawa nafsu semata-mata. Hujah yang diberikan terhadap tuntutan seumpama itu hanyalah disebabkan kedudukan dan kemuliaan mereka sebagai manusia. Namun hakikatnya, sebagaimana digambarkan sifatnya oleh al-Qur'an, hawa nafsu sentiasa sahaja mendorong manusia terjerumus dalam kejahatan, kekejian, dan kebinasaan. (Surah Yusuf 12 : 53). Perjuangan golongan LGBT kelihatan memperoleh sokongan di beberapa buah negara tertentu, antaranya Belanda, negara terawal yang meluluskan perkahwinan sivil sesama jenis, iaitu pada tahun 2001. Undang-undang yang diluluskan itu memberikan hak, perlindungan, dan manfaat yang sama kepada pasangan sejenis yang terlibat, sebagaimana yang diberikan kepada perkahwinan heteroseksual, termasuklah hak pengambilan anak angkat. Langkah yang diambil Belanda disusuli Belgium pada tahun 2003, Kanada dan Sepanyol pada tahun 2005, Afrika Selatan pada tahun 2006, Norway dan Sweden pada tahun 2009, dan Portugal, Iceland, serta Argentina, ketiga-tiganya pada tahun 2010. Bersesuaian dengan gaya hidup golongan ini yang bersifat di luar tabi`e, maka kemudaratan yang dibawa olehnya juga bersifat di luar batasan atau melampaui kebiasaan. Selain penyakit-penyakit fizikal yang mengundang maut seperti sifilis, barah dubur, dan HIV, pengamal homoseksual sebagai contoh, berhadapan masalah tekanan mental yang tidak terkawal.
Wan Roslili Binti Majid

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa cubaan membunuh diri dalam kalangan kelompok ini adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada kebiasaan. Penyelidik yang membuat kajian tentang puncanya mendapati bahawa dua pertiga daripadanya disebabkan putusnya hubungan dengan pasangan, dan bukannya tekanan daripada anggota masyarakat. Selain itu, kajian juga menunjukkan salah satu kesan buruk yang dialami oleh anak-anak kepada pasangan gay, lesbian, atau homoseksual ialah mereka memiliki potensi untuk menjalani gaya hidup luar tabi`e sebagaimana "ibu bapa" mereka selain terdedah kepada pelbagai bentuk penderaan seksual. Perkahwinan sejenis bukan sahaja merupakan serangan yang bertujuan mencemarkan kesucian dan meruntuhkan institusi keluarga tetapi juga pada masa yang sama, mengundang pelbagai kemudaratan terhadap struktur masyarakat serta negara amnya. Kebiadaban, kegilaan, dan pencerobohan yang dilakukan mereka terhadap keutuhan institusi kekeluargaan dan kehidupan bermasyarakat perlu ditangani dengan tegas. Amat malang jika ada antara kita yang jahil dan terkeliru atau juga cuai dan leka, sedangkan mereka tidak pernah berhenti menyusun agenda dan bertindak dengan berani. Lihat sahaja kepada susulan larangan penganjuran Seksualiti Merdeka oleh NGO tempatan yang telah diadakan sejak 2008 bagi menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti LGBT untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Larangan tersebut sama sekali tidak meninggalkan sebarang kesan, peringatan, mahupun pengajaran apatah lagi kesedaran terhadap pihak penganjur. Malah mereka telah mengambil tindakan susulan dengan memajukan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan dakwaan diskriminasi terhadap golongan minoriti ini, dan mengheret negara untuk memberikan penjelasan terhadap penafian "hak" mereka. Penyertaan Malaysia dalam sesi persidangan ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, PBB yang berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Dengan meneliti tindak balas kumpulan yang memperjuangkan hak-hak LGBT memberikan kita kesimpulan bahawa ia pasti dijadikan landasan teguh untuk mengambil kesempatan demi merealisasikan cita-cita keji mereka. Hal ini khususnya melalui tekanan yang dikenakan terhadap Malaysia untuk tunduk terhadap apa yang kononnya dikatakan sebagai "international standards and laws". Langkah seterusnya pula ialah mendesak negara membenarkan amalan orientasi seksual dan identiti gender yang songsang serta bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam, nilai tradisi masyarakat negara ini, dan semangat Perlembagaan Persekutuan. Bagi umat Islam, segala perkara yang menyelubungi kehidupan dan menimpa masyarakat barat seharusnya dijadikan sempadan dan pengajaran. Betapa apabila agama tidak lagi dijadikan panduan dalam membimbing diri, keluarga, dan masyarakat, kecelakaan jualah yang menjadi akibatnya. Namun mengambil kira sikap masyarakat barat yang sentiasa gigih menyebarkan fahaman dan gaya hidup mereka kepada bangsa-bangsa lain, ia seharusnya mencetuskan kebimbangan besar bagi kita kerana umat Islam pastinya tidak terkecuali. Malah melihat kepada keadaan diri dan peribadi umat Islam hari ini sudah cukup membuktikan bahawa kegigihan usaha masyarakat barat menyebarkan dakyah, fahaman serta budaya hidup mereka telah pun menampakkan hasilnya. Sesungguhnya tiada jalan lain lagi yang dapat dijadikan perisai dan penawar bagi ummah melainkan keimanan yang teguh serta ilmu yang tersemat kukuh dalam jiwa. Dalam hubungan ini, tepat sekali apa yang digambarkan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam serangkap pantun beliau (Risalah untuk Kaum Muslimin, 2001),"Muslim tergenggam belenggu kafir, akhirat luput, dunia tercicir, budaya jahil luas membanjir, banyak yang karam tiada tertaksir."

Hizbut Tahrir SN244 - HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT
Jumaat, 14 Januari 2011 19:03

[SN244] Tiada undang-undang terhadap gay - Polis, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat. Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan, kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Namun, apa yang lebih memburukkan adalah, pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan kerana dipercayai dilindungi golongan orang kenamaan (VIP), ujar Razali. Seperti tidak boleh disentuh, agensi penguatkuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang [UM 02/01/11]. Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan gay berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan. Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan. Penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat. Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya, jelasnya [UM 30/12/10].

Gay

dan

AIDS

Sebelum membincangkan masalah gay yang dilaporkan semakin serius di Malaysia, perkaitan antara gay dan AIDS haruslah dituntaskan terlebih dahulu. Masalah HIV/AIDS sebenarnya bukanlah sekadar masalah kesihatan (medis), namun juga masalah perilaku. Sebab berdasarkan banyak kajian, telah terbukti bahawa penyebab terbesar penularan HIV/AIDS adalah kelakuan seks bebas. Lebih-lebih lagi jika ditelusuri sejarah, HIV/AIDS pertama kalinya memang ditemui di kalangan gay San Fransisco pada tahun 1978. Seterusnya penyakit ini menular hingga ke seluruh penjuru dunia terutama melalui aktiviti seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual, dan transgender. Inilah bukti bahawa HIV/AIDS tidak dapat dianggap sebagai masalah kesihatan semata-mata tetapi juga terkait rapat dengan masalah gaya hidup (life style) pada hari ini. Dengan perumusan masalah seperti ini, maka penyelesaiannya menjadi jelas dan terarah. Dengan kata lain, untuk mencegah atau menghapuskan HIV/AIDS, ia mestilah ditanggapi bukan dengan sekadar mencegah dan mengubati HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan, melainkan mesti disertai dengan usaha menghapuskan segala aktiviti seks menyimpang yang

menyebabkan

menularnya

HIV/AIDS

melalui

gay,

lesbianisme,

biseksual,

dan

transgender.

Dari satu sudut, memanglah Islam memandang HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan kerana ia adalah sejenis penyakit dan sifatnya amat berbahaya (dharar) yang boleh menyebabkan lumpuhnya sistem kekebalan badan. Bagi sesiapa yang telah diserang oleh penyakit ini, maka pelbagai penyakit lainnya akan mudah menjangkiti si pesakit yang biasanya akan berakhir dengan kematian. Islam adalah agama yang melarang terjadinya bahaya (dharar) pada umat manusia. Rasulullah SAW bersabda, laa dharara wa laa dhiraara fi alislam (tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan juga bahaya bagi orang lain dalam Islam) [HR Ibnu Majah no 2340, Ahmad 1/133]. Namun dari sudut yang lain, Islam juga memandang HIV/AIDS sebagai suatu masalah perilaku, kerana sebahagian besar kes HIV/AIDS adalah bermula dan tersebar melalui kelakuan seks bebas dan menyimpang seperti gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender. Semua perilaku ini adalah perbuatan jijik dan tercela dalam pandangan Islam. Semuanya merupakan kelakuan yang wajib dihukum (uqubat) dengan keras [Imam Al-Ajiri, Dzamm Al-Liwat, Kaherah: Maktabah Al-Quran, 1990, hal. 22; Mahran Nuri, Fahisyah al-Liwat, hal. 2; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 18-20].

Penyelesaian Islam dalam masalah ini adalah berbeza dengan penyelesaian model sekular dalam sistem demokrasi yang ada sekarang di mana model sekular hanya memandang HIV/AIDS sebagai masalah kesihatan, bukannya masalah perilaku. Maka penyelesaian yang diberikan oleh undang-undang sekular hanya menjurus kepada persoalan kesihatan semata-mata. Antaranya adalah dengan menasihati pasangan yang ingin berzina agar tidak menukar-nukar pasangan, memakai kondom semasa ingin berzina, mengagihkan jarum suntikan yang telah disteril, mengadakan kempen dan iklan akan bahayanya AIDS dan seumpamanya. Sedangkan dalam masa yang sama undang-undang sekular membenarkan dan membiarkan perilaku seks bebas seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender berleluasa. Perilaku bebas gaya haiwan ini dianggap tidak ada masalah dan tidak perlu dihukum dan jika perlu dihukum sekalipun, cukuplah sekadar hukuman yang amat minima yang tidak pernah menakutkan pelakunya. Jelas sekali bahawa kesemua penyelesaian ini adalah penyelesaian yang dangkal dan bodoh selain tidak syari.

Ia adalah dangkal kerana penyelesaian yang diberikan hanyalah menyentuh aspek permukaan yang tampak sahaja tanpa melihat masalahnya dengan mendalam dan hakiki iaitu masalah yang berpunca dari nilai-nilai kehidupan dan cara hidup (way of life) yang lahir dari amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi yang membenarkan pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita. Penyelesaian ini adalah bodoh kerana ia sebenarnya semakin memerosotkan martabat manusia hingga setara dengan binatang ternak malah lebih buruk. Aktiviti syaitan seperti zina, gay, lesbianisme, biseksual dan transgender ini hanya dianggap sebagai masalah moral dan tidak pernah ditangani oleh pihak berkuasa dengan cara Islam padahal semua perilaku jijik ini hakikatnya mempertuhankan hawa nafsu dan membunuh akal yang sihat. Bukankah ini suatu kebodohan? Firman Allah SWT,

Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu) [TMQ al-Furqan (25):43-44].

Oleh yang demikian, melihat HIV/AIDS hanya sebagai masalah kesihatan tanpa menyelesaikan masalah kegiatan seks bebas yang menjadi puncanya, adalah penyelesaian yang amat dangkal dan hanya membawa kebuntuan.

Sayang sekali, penyelesaian karut inilah yang justeru diambil, baik oleh pemerintah mahupun pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia. Penyelesaian ini sebenarnya hanya merupakan strategi import dari kaum kafir penjajah yang berpemikiran sekular-liberal yang diambil oleh pemimpin dan pihak berkuasa, yang mana tolok ukur mereka dalam menyelesaikan masalah ini ditunjangkan kepada hak asasi manusia, bukannya kepada Islam. Kerana itulah, tidak wujudnya hukuman ke atas golongan terlaknat ini, atau hukuman tidak boleh dijatuhkan ke atas golongan ini kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia disebabkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka secara sukarela atau suka sama suka. Pemerintah lebih berusaha mengatasi masalah yang timbul darinya yakni penyakit HIV/AIDS, bukannya berusaha untuk membendung kegiatan terkutuk itu sendiri. Oleh itu, apa sahaja strategi dan kempen yang dijalankan untuk mengatasi masalah HIV/AIDS tidak akan menyelesaikan masalah ini malah akan menjadi sebuah kedangkalan dan kebodohan kerana tidak diselesaikan menurut Islam.

Selama mana HIV/AIDS hanya dipandang sebagai masalah kesihatan dan masalah seks songsang hanya dipandang sebagai sebuah isu moral tanpa ada usaha untuk membendung pergaulan bebas dan kegiatan seks bebas (yang menjadi puncanya), maka apa pun strategi dan langkah yang diambil akan pasti menemui kegagalan. Setiap penyimpangan perbuatan manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, maka sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin [TMQ al-Maidah (5):50].

Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat) [TMQ an-Nur (24):63].

Hukuman

Ke

Atas

Perilaku

Seks

Menyimpang

Sesungguhnya ajaran Islam tentang kehidupan sangat berbeza dengan ajaran hidup liar yang dibawa oleh demokrasi. Menurut ajaran demokrasi, kebebasan individu adalah suatu yang amat suci dan mesti dihormati oleh setiap orang, termasuk negara. Manusia bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak mengganggu orang lain. Justeru, perlakuan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka adalah tidak salah kerana ini merupakan hak setiap individu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh individu lain. Hubungan seks songsang seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender adalah dibenarkan atas nama hak asasi manusia (HAM) dan merupakan sebahagian dari kebebasan individu yang mesti dihormati dan dijaga oleh negara. Inilah ajaran demokrasi. Manakala ajaran Islam sungguh amat bertentangan dengan semua ini. Islam bukan sekadar mengharamkan zina, gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender, malah pelakunya dianggap sebagai telah melakukan al-jarimah (kejahatan) dan wajib dikenakan uqubat (hukuman) [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 8-10].

Lesbianisme di dalam kitab-kitab fiqh disebut dengan istilah as-sahaq atau al-musahaqah. Ia bererti hubungan seksual yang terjadi di antara sesama wanita. Tidak ada khilaf (perselisihan) di kalangan fuqaha bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. Keharamannya antara lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW, as-sahaq zina an-nisaa bainahunna (lesbianisme adalah [bagaikan] zina di antara sesama wanita) [HR Thabrani, dalam alMujam al-Kabir, 22/63, Saud al-Utaibi, Al-Mausuah Al-Jinaiyah al-Islamiyah, hal. 452]. Menurut Imam Dzahabi, lesbianisme merupakan dosa besar (al-kabair) [Dzahabi, Az-Zawajir an Iqtiraf al-Kabair, 2/235]. Namun hukuman

untuk lesbianisme tidak seperti hukuman zina (yakni hudud), melainkan hukuman tazir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh nas secara khusus. Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Khalifah atau qadhi (hakim). Tazir ini bentuknya boleh berupa hukuman sebat, penjara, publikasi (tasyhir) dan sebagainya [Saud al-Utaibi, AlMausuah Al-Jinaiyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 9].

Gay atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajmaa ahlul ilmi ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, AlMughni, 12/348]. Sabda Nabi SAW,

Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut [HR Ahmad, No 3908].

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha termasuklah di antara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa. Sabda Nabi SAW,

Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat). [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasai].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati. Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

Biseksual adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis. Jika dilakukan dengan sesama jenis (sesama lelaki), ia adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut. Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan muhsan. Jika tergolong homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah tazir sebagaimana dibincangkan di atas.

Transgender adalah perbuatan yang menyerupai lain jenis, baik dalam berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339]. Manakala dari segi hukumannya, jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai lawan jenis, maka hukumannya adalah diusir dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orangorang tomboi (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. Nabi SAW bersabda, akhrijuuhum min buyutikum (usirlah

mereka dari rumah-rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga pernah mengusir si fulan [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306]. Jika golongan transgender ini melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika terjadi di antara sesama wanita, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.

Di dalam Islam memang dikenal golongan khunsa yakni orang yang mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka berperilaku menyerupai lawan jenisnya. Sedangkan golongan khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang ini adalah kerana adanya amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi. Sistem kufur ini sememangnya akan membenarkan segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti keIslaman akan dihalang habis-habisan. Walaupun ada usaha dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan najis dengan (juga) menggunakan najis. Sampai bilakah pihak berkuasa dan pihak pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan masalah dan kerosakan kepada manusia. Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani menonjolkan diri atau ingin terus melakukan perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu alam.