Anda di halaman 1dari 2

Bagi sesiapa yang pernah mengikuti training - 6 Thinking Hats - Edward De Bono tentu tahu tentang picture di atas

kan! Ia adalah di antara subjek Kemahiran Berfikir. Antara yang menarik ialah konsep 6 topi pemikiran dan 6 kasut tindakan yang diperkenalkan oleh Edward de Bono. 6 Topi Pemikiran 1. Topi Hijau Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan idea-idea. Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada. Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir. Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah. 2.Topi Kuning Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif. Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau. Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan. 3. Topi Putih Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Warna putih melambangkan kebersihan yag bermakna tiada prejudis. Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata. Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif. 4. Topi Hitam Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan. Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya.

Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan. Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami. 5. Topi Merah Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir. Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada. 6. Topi Biru Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas. Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja. Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua. 6 Kasut Tindakan Kasut biru laut : bertindak secara formal, biasa, mudah, ringkas dan rutin . Kasut Kelabu : bertindak secara kajian, penyelidikan, cari bukti dan idea baru. Kasut Perang : bertindak secara nyata, praktikal, fleksibel dan berkesan. Kasut Oren : bertindak secara bahaya, keberanian, kecemasan, risiko dan krisis. Kasut Merah Jambu : bertindak secara penuh mesra, kasih sayang, prihatin . Kasut Unggu : bertindak secara kuasa, kepimpinan, rasmi & bertanggungjawab.