Anda di halaman 1dari 3

1.

Hukum Newton Pertama

(Inertia)

Semasa permulaan perlu dikenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan untuk menggerakkannya. Untuk mula memecutkan peluru.

2.

Hukum Newton Kedua

(F=MA)

F = MA tetapi A = V1 V0/t Maka F = M(V1 V0)/t Ft = MV1 MV0 Ft Adalah impuls Dikenali sebagai Hukum Pecutan (Law Of Acceleration). Apabila sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya yang berkenaan. Pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan Dan berkadar songsang dengan saiz Dan jisim objek. Bagi semua acara lontaran ini, alatan tidak dapat diubah kerana terikat dengan undangundang pertandingan. Oleh itu atlit cuba menggunakan cara yang lain untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh iaitu melalui impulse. Kedudukan lengan pelontar lurus akan menghasilkan impulse yang tinggi pada daya yang ditarik pada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru.

Hukum Newton Ketiga

(F1=F2)

Setiap aksi atau tindakan akan terdapat suatu reaksi (tindak balas) yang sama magnitud dari arah yang bertentangan. Maka kita boleh memaksimakan daya

yang diaplikasi ke atas objek melalui daya tindak balas dari tanah. Demi mengekalkan kestabilan semasa tindakan daya yang maksimum ini, kita perlu mengarahkan posisi badan ke arah pergerakan yang telah ditentukan. Tolakan kaki pada papan penghadang di tanah akan menghasilkan daya yang bertentangan yang sama dengan tolakan peluru. 4 Sudut Lontaran (35-42 darjah) Berdasarkan laluan parabola bahagian objek yang dilepaskan di udara. Sudut pelepasan adalah terpenting sekali iaitu di antara 35 hingga 42 darjah. Ketinggian atlit memainkan peranan yang penting. Seseorang atlit yang tinggi akan dapat melontar dengan jarak yang lebih jauh daripelontar yang rendah. Sesuatu objek itu akan kekal dalam keadaan stabil selagi garisan pusat graviti jatuh pada tapak sokongan objek tersebut. Jika garisan graviti jatuh ke titik tengah tapak sokongan maka objek tersebut akan lebih stabil. Ini bermakna semakin hampir garisan graviti garisan graviti jatuh ke pusat tapak sokongan, maka semakin teguh stabiliti objek tersebut. Dalam melontar peluru, pusat graviti bagi atlit bermula dari penghujung tapak sokongan Dan berakhir di hadapan tapak sokongan pelontar.

Stabiliti

Geseran

Merupakan satu daya yang bertindak di kawasan pada dua permukaan yang bersentuhan yang menentang pergerakan atau tendensi pergerakan. Tapak kasut pelontar akan bergeseran dengan lantai/sektor lontaran. Bermula dengan momentum linear kepada momentum angular kemudian momentum vertical dan berakhir dengan momentum linear semula. Daya yang menarik masuk dari pusat dipanggil Daya Centrepetal, manakala daya yang menarik keluar dari pusat pula dipanggil Daya Centrefugal.

Daya Centrepetal Dan Daya Centrefugal