Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000, KANGAR PERLIS

KERTAS KERJA PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN BAHASA MELAYU PERINGKAT IPG KAMPUS PERLIS

TARIKH
9 HINGGA 12 APRIL 2012

TEMPAT
IPG KAMPUS PERLIS

ANJURAN BERSAMA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PERLIS DENGAN KERJASAMA KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA IPG KAMPUS PERLIS

1.0

PENGENALAN
Pertandingan Debat Kepenggunaan Bahasa Melayu Peringkat IPG Kampus

Perlis merupakan sebuah program yang dianjurkan hasil kerjasama Jabatan Pengajian Bahasa Melayu dengan Gerakan Pengguna Siswa.

Pertandingan ini merupakan serampang dua mata iaitu untuk memperkenalkan Gerakan Pengguna Siswa ( GPS ) kepada semua guru pelatih IPG Kampus Perlis. Gerakan ini merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Gerakan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT bertujuan untuk saling berkerjasama, bantu-membantu, dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.

Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dikelolakan oleh pelajar PISMP Bahasa Melayu Semester Satu. Pertandingan ini juga dirancang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara guru pelatih dan pensyarah, di samping mendedahkan kepada pelajar mengenai perjalanan program debat bagi peringkat IPG. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk mengelola aktiviti dan memahami prosedur pengendalian aktiviti.

Akhir kata, program ini sangat bermanfaat untuk dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti dan berketerampilan tinggi. Oleh itu, kertas kerja akan menjelaskan dengan teliti tentang aktiviti yang bakal dijalankan serta garis panduan dan peraturan bagi pertandingan debat.

2.0

RASIONAL
Dengan berlangsungnya aktiviti ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan seni perbahasan, teknik perdebatan yang betul, kemahiran berfikir dengan pantas dan sebagainya. Melalui aktviti ini, potensi yang ada dalam diri setiap guru pelatih akan dapat dicungkil dan digilap bagi melahirkan guru yang berkualiti dan serba boleh. Selain itu, melalui pelaksanaan aktiviti ini juga mampu membentuk para guru yang berfikiran kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai skil berkomunikasi yang baik. Malahan, program ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan guru-guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap. Dengan mengikuti projek ini, para guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sahsiah diri yang positif sebagai proses membentuk keterampilan ikhtisas keguruan.

3.0

OBJEKTIF
3.0 Mendedahkan kepada pelajar IPG Kampus Perlis pengetahuan dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan melalui pendebatan. 3.1 Mencari pasukan pelapis debat IPG Kampus Perlis sekaligus bertindak sebagai sukarelawan bagi membantu melindungi hak pengguna. 3.2 Mencungkil bakat dan potensi yang ada dalam diri para guru pelatih bagi mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, dan peka. 3.3 Membentuk keyakinan diri yang tinggi supaya dapat melaksanakan pelbagai program dan aktiviti penggunaan. 3.4 Menambahkan ilmu pengetahuan para guru pelatih mengenai hak mereka sebagai seorang pengguna.

4.0

NAMA PROGRAM
Pertandingan Debat Kepenggunaan ala Parlimen Peringkat IPG Kampus Perlis

5.0

ANJURAN BERSAMA
Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Kelab Gerakan Pengguna Siswa

6.0

TARIKH
9 hingga 12 April 2012

7.0

TEMPAT
Dewan Pulai 1, Dewan Pulai 2, dan bilik kuliah

8.0

SASARAN
Semua guru pelatih IPG Kampus Perlis

9.0

ORGANISASI PELAKSANA

Penaung Penasihat

: En. Tan Ying Kee : En. Zainal Ariff bin Mat : En. Abdul Halim bin Abd Rahman

9.1

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: Tn. Hj. Zubaidi bin Ahmad : En. Mohamad Nizam bin Hamid : En. Muhamad Rudzi bin Darus : Pn. Rohani binti Din

Ahli Jawatankuasa : Puan Norshabihah binti Ahmad : Encik Fihat bin Salleh : Puan Mozlina binti Othman : Encik Mat Nasir bin Che Ali : Puan Ros Silawati binti Ahmad@Abdullah : Encik Ahmad bin Omar : Encik Hamdan bin Yaakub : Encik Mohamad Riyad bin Mohd Isa

9.2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi
Naib Pengerusi

: Muhammad Faizal bin Abdullah


: Aina Mardhiah binti Abdul Rashid

Setiausaha Bendahari

: Siti Intan Badariah binti Abd Latif : Muhamad Fuad bin A.Hamid

Urusetia

: Norhidayah binti Ishak : Mohammad Norhisham bin Wahab : Hafizulizwan bin Ngah Temin : Norshafiza binti Kamaruddin : Mohamad Bukhari bin Mat Zain : Junaida binti Shukor : Akmal Hakim bin Abdul Majid : Nor Zafirah binti Ibrahim : Mohd Syamim bin Abdullah : Mohamad Sofian bin Husin : Rosnazifa binti Romli : Noor Izzati binti Abdul Hanid : Siti Aisyah binti Roslan : Zuziatie Anisha binti Zain : Nor Farahana binti Mohd Bakri : Nor Munirah binti Abdul Malik : Nur Aziman bin Di@Abd Gani

Tempat

Peralatan

Publisiti

Siaraya

Penghakiman

Hadiah Dokumentasi

Buku Program

10.0 ANGGARAN KEWANGAN


Belanjawan adalah berdasarkan kepada perkara berikut: 1. Jangka masa program ini dijalankan iaitu selama empat hari. 2. Bilangan hakim yang terlibat. 3. Sasaran yang ditetapkan iaitu semua guru pelatih IPG Kampus Perlis

BIL.

PERKARA

JUMLAH

1.

Makanan dan minuman peserta/hakim

RM 300.00

2.

Fotostat bahan edaran dan nota

RM 50.00

Hadiah dan cenderahati 3. Pertandingan Hakim Tetamu kehormat Hamper RM 160.00 RM 50.00 RM 70.00 RM 200.00 4. Banner RM 120.00

5.

Poster

RM 40.00

Lain-lain 6. Alat tulis Perhiasan Pentas Kain Rentang Tanda nama ( Peserta, Urusetia, Hakim) 7. Air Mineral RM 150.00 RM 160.00

Tabung kecemasan

JUMLAH BESAR

RM 1300.00

11.0 TENTATIF PROGRAM


2 April 2012 9.00 hingga 11.00 malam Taklimat kepada semua peserta dan AJK

9 April 2012 9.00 hingga 11.00 malam Pertandingan debat kepenggunaan peringkat awal Pusingan pertama dan kedua

10 April 2012 9.00 hingga 11.00 malam Pertandingan debat kepenggunaan peringkat suku akhir Pusingan pertama dan kedua

11 April 2012 9.00 hingga 11 malam Pertandingan debat kepenggunaan peringkat separuh akhir Pusingan pertama dan kedua

12 April 2012 8.00 hingga 11.00 malam Pertandingan debat kepenggunaan peringkat akhir Majlis penyampaian hadiah

12.0 PENUTUP
Semoga rancangan aktiviti ini akan menjadi satu platform bagi kami sebagai guru pelatih IPG Kampus Perlis untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang boleh dimanfaatkan untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik yang bertaraf dunia di masa hadapan kelak. Akhir sekali, diharapkan agar segala objektif yang telah dirancang dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan juga pihak yang terlibat.

Disediakan oleh:

(SITI INTAN BADARIAH BT ABD LATIF) Setiausaha, Pertandingan Debat Bahasa Melayu, PISMP Semester 1, Bahasa Melayu

Disemak oleh :

Disemak oleh :

( TN. HJ. ZUBAIDI BIN AHMAD) Pensyarah Penasihat, Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu.

(EN. ABD HALIM B. ABD RAHMAN) Pensyarah Penasihat, Gerakan Pengguna Siswa.

Disahkan oleh :

.. (EN. ZAINAL ARIFF BIN MAT) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu.

Diluluskan oleh :

(EN. TAN YING KEE) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

ULASAN

LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 1

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

NAMA Aina Mardhiah Binti Abdul Rashid Akmal Hakim Bin Abdul Majid Hafizulizwan Bin Ngah Temin Junaida Binti Shukor Mohamad Sofian Bin Hj Husin Mohd Syamim Bin Abdullah Muhamad Bukhari Bin Mat Zain Muhamad Fuad Bin A.Hamid Muhammad Faizal Bin Abdullah Mohammad Norhisham Bin Wahab Noor Farahana Binti Mohd Bakri Noor Izzati Binti Abdul Hanid Nor Munirah Binti Abdul Malik Nor Zafirah Binti Ibrahim Norhidayah Binti Ishak Norshafiza Binti Kamaruddin Nur Aziman Bin Di@Abdul Gani Rosnazifa Binti Romli Siti Aisyah Binti Roslan Siti Intan Badariah Binti Abd Latif

NO. TELEFON 012-5416857 013-4639392 017-5895117 014-8908452 013-5312647 013-4434101 013-4158141 013-5085484 013-5205373 019-4382562 017-4685354 013-4854016 019-4499178 012-5357283 019-5269544 019-5157057 019-8475244 017-4177060 014-5402506 013-4907181 014-2413143

NO. KP 920513-02-5070 920530-08-5809 920520-08-6453 910305-13-5453 920929-02-6069 920307-02-5141 920811-02-5503 920612-02-5543 920422-02-6211 910525-13-6481 920302-05-5050 920124-14-5888 920305-08-6178 920510-02-5374 920818-06-6068 920421-02-5962 920817-13-5631 920617-02-5016 920520-11-5306 920809-02-5934 920523-09-5128

21. Zuziatie Anisha Binti Zain

LAMPIRAN 2 PERATURAN UMUM PERTANDINGAN DEBAT

1.0

STRUKTUR KEJOHANAN

1.1 Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.

2.0

PENYERTAAN

2.1 Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15 minit) sebelum masa pengundian. 2.2 Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan. 2.3 Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur. 2.4 Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, seperti mengucapkan perkataan kasar dan keji. 2.5 Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta, majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali. 2.6 Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah system power match berkumpulan (kaedah Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (pencadang / pembangkang).

3.2 Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara undian. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti yang berikut : a) menang / kalah b) juri c) margin d) markah 3.3 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara undian. 3.4 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi pencadang atau pembangkang. 3.5 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan bagi pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing. 3.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut : a) Menang / kalah b) Juri (jika sesuai) c) Margin d) Markah 3.7 Pertandingan pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati.

4.0

STRUKTUR DEBAT

4.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan alaParlimen Malaysia.

4.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan pencadang dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat simpanan. 4.3 Pasukan Pencadang terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota pencadang manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua pembangkang dan dua orang anggota pembangkang. 4.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing. 4.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut : Ucapan Substantif : Perdana Menteri / pencadang pertama Ketua Pembangkang / pembangkang pertama Anggota Pertama Pembangkang / pencadang kedua Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang kedua Anggota Kedua Pencadang / pencadang ketiga Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 44 minit Ucapan Gulungan : Gulungan Pembangkang Gulungan Pencadang Keseluruhan 4 minit 4 minit 52 minit

4.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.

4.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat. 4.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti.

5.0

PERANAN SETIAP PASUKAN

5.1 Peranan pihak pencadang adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap usul mereka. 5.2 Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi yang dikemukakan pihak pencadang dengan hanya samada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah TIDAK DIBENARKAN.

6.0 PENGHAKIMAN 6.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim yang terdiri daripada tiga (3) anggota. Bilangan ahli panel mestilah ganjil. 6.2 Pada pusingan awal kebiasaannya, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang Dipertua. Dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang Dipertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim. 6.3 Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan. 6.4 Para Hakim mestilah : a) Mencapai keputusan menang/ kalah, keputusan seri tidak dibenarkan. b) Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan. 6.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan / ulasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam

komentar yang tidak melebihi 5 minit. 6.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri. 6.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi. 6.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan. 6.9 Keputusan hakim adalah muktamad.

7.0

PEMARKAHAN

7.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 bagi setiap kepakaran penghakiman berdasarkan kepada : Hakim Isi Isi Gaya/Penyampaian Bahasa Hakim Gaya / Penyampaian Isi Gaya/Penyampaian Bahasa Hakim Bahasa Isi Gaya/Penyampaian Bahasa 7.2 Isi i) Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan dan kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh atau data bagi hujah yang dibentangkan itu.

50 markah 25 markah 25 markah

25 markah 50 markah 25 markah

25 markah 25 markah 50 markah

ii) Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk debat. iii) Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh setiap pendebat sama ada pada permulaan atau pada akhir perdebatan ATAU diselang-selikan semasa berdebat ATAU dengan merangkumkan bidasan tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan (menolak) bagi sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian pasukannya. iv) Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya. v) Penggulung juga dibenarkan membentangkan isi yang baru, iaitu hujah yang tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa penggulungan. Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah asal atau bagi menolak hujah lawan dibenarkan. vi) Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan akan diambil kira dalam pemarkahan. vii) Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian pendebat terbaik.

8.0

FAKTA BARU Tiada sebarang fakta baru dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira baru kecuali: a) ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu. b) ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

9.0

DEFINISI

9.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tangggungjawab pihak pencadang.

9.2 Pihak pembangkang boleh : a) menerima definisi pencadang secara keseluruhan / mutlak, atau b) menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif. Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak pencadang secara keseluruhannya hanya jika; a) definisi pihak pencadang tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. b) Definisi pihak pencadang adalah truistik : iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional.

10.0

PENJELASAN

10.1 Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif. 10.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan. 10.3 Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta-merta. 10.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan. 10.5 Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan sebagainya).

10.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. 10.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahalu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima.

11.0 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG 11.1 Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti : a) penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau b) pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan / atau ucapan gulungan, atau c) mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat. 11.2 Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Dipertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. 11.3 Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.

12.0 RAYUAN 12.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan. 12.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.

LAMPIRAN 3

USUL DEBAT
1. Produk mesra alam adalah mahal. 2. Tanggungjawab

sosial

korporat

ringankan

penguatkuasaan undang-undang.
3. Kebajikan komuniti persekitaran tangungjawab syarikat. 4. Pengguna

Malaysia tidak pentingkan keselamatan

makanan.
5. Graduan Malaysia tidak peka penggunaan lestari. 6. Institusi kewangan wajar didik perbelanjaan berhemat. 7. Iklan

makanan

ringan

untuk

kanak-kanak

wajib

diharamkan
8. Pendidikan kepenggunaan perlu bermula di rumah 9. Jenama popular tidak jamin keselamatan dan kualiti

produk pengguna.
10. Hapuskan subsidi minyak: tingkatkan pengangkutan

awam.