Anda di halaman 1dari 17

PENGURUSAN BILIK DARJAH

ARTIKEL 3(a)
SHAFIZI BIN SUHAIMI MOHAMAD FAKHRI BIN ABDUL MANAN SYAHIZUL ATHIRUDDIN BIN REMELI

Konsep Pengurusan Bilik Darjah Oleh Willian Glasser (Reality Therapy) Terapi realiti ini dipengaruhi oleh prinsipprinsip berikut: Individu bertanggungjawab terhadap sikap merekasendiri. Sesuatu sikap itu tidak dipengaruhi oleh masyarakat sekeliling atau baka seseorang itu. Seseorang itu boleh berubah dan hidup dengan lebih afektif apabila diberi bimbingan dan tunjuk ajar. Seseorang itu berkelakuan mengikut apa yang mereka mahukan.

Rancangan Glasser Untuk Pengurusan Bilik Darjah

Menurut Glasser, sekolah hanya akan menjadi tempat yang menyelesakan jika ianya mampu memenuhi keperluan pelajar dari segi kebebasan, keseronokan dan membuatkan pelajar berasa selamat.

10 Cara Mengawal Disiplin (William Glasser)


Bila situasi disiplin berlaku, guru perlu memahami perangai pelajar itu secara mendalam agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Guru perlu menentukan cara yang sesuai mengawal disiplin. Jika sesuatu cara tidak sesuai, gunakan cara lain. Jadikan pembelajaran kelas menarik dan relevan serta kekalkan hubungan baik dengan pelajar. Lebih baik bertanya Apa berbanding Kenapa. Ini akan membuatkan pelajar itu berfikir tentang apa yang mereka lakukan.

Jika masalah berlarutan, adakan perbincangan / perundingan dengan pelajar. Galakkan pelajar membuat perancangan untuk mengubah sikap negatif mereka. Asingkan pelajar yang bermasalah sehinggalah mereka benar benar berubah. Jika semua di atas tidak berkesan, tindakan gantung sekolah boleh dipertimbangkan. Jika tindakan gantung sekolah tidak berkesan, pelajar akan disingkirkan dari sekolah. Pelajar boleh meneruskan persekolahan di tempat lain. Tindakan terakhir ialah singkirkan pelajar tersebut selamanya (tidak dibenarkan bersekolah).

Sekolah Berkualiti
Komponen Utama Sekolah Berkualiti: Pelajar, guru, pentadbir dan ibu bapa diajar tentang Teori Pilihan. Teori ini akan melahirkan pelajar yang bertimbang rasa guru yang menjadi pembimbing yang baik. Staf sekolah dan pelajar bekerjasama membuat peraturan untuk sekolah mereka. Perjumpaan kelas kerap diadakan untuk menentukan cara terbaik untuk penambahbaikan sekolah. Guru menjadi fasilitator kepada pelajar. Gred peperiksaan tidak begitu ditekankan berbanding pembelajaran. Pelajar bertanggungjawab untuk menilai sendiri hasil kerja mereka.

Guru tidak dibebankan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan standard ; Open Book Test. Sekolah hanya memaklumkan perkara positif kepada ibu bapa. Hubungan yang rapat antara guru dan pelajar.

Mendisiplin Dengan Kehormatan


Disiplin merupakan tunjang dalam kehidupan setiap insan yang tinggal di muka bumi ini. Disiplin akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih teratur dan kemas. Untuk membentuk disiplin, ianya perlu dimulakan sejak peringkat awal iaitu di peringkat sekolah. Disinilah peranan guru sebagai pendidik akan diuji dengan cara bagaimana seorang guru itu menangani masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar, dan bagaimana guru ingin membentuk disiplin yang efektif seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menurut Richard Curwin dan Allen Mendler dalam buku mereka Disipline with Dignity, disiplin yang efektif datang daripada hati dan sanubari seorang guru seterusnya kepada pelajar. Mereka berpendapat, polisi one size fits all dalam pengurusan bilik darjah sudah tidak sesuai dan tidak releven. Pengurusan bilik darjah merupakan proses di mana pelajar dan guru menjadikan bilik darjah sebagai hak persendirian. Dimana pelajar dan guru menentukan hala tuju bilik darjah. Guru menggunakan cara tersendiri untuk menguruskan bilik darjah. Curwin dan Mendler juga berpendapat bahawa, masalah disiplin adalah sebahagian daripada persekitaran bilik darjah. Masalah disiplin boleh berlaku sekiranya keperluan bagi guru dan pelajar tidak dapat dipenuhi.

Keperluan guru yang dimaksudkan adalah :


Penghormatan rakan setugas. Sokongan pihak pentadbiran. Kuasa untuk mengendalikan kelas tanpa ganguan. Persekitaran sekolah yang selamat. Suara dalam pentadbiran sekolah. Rasa diperlikan dan dihargai. Hubungan baik dengan pihak pentadbiran. Keselamatan dalam menjalankan tugas. Penghormatan daripada pelajar.

Keperluan pelajar pula ialah :


Kepercayaan rakan seperjuangan Kepercayaan daripada guru. Pencapaian akademik Pencapaian sosial. Suara dalam sekolah. Keadilan. Rasa dihargai dan dipunyai. Hubungan positif antara rumah dan sekolah. Kemahiran dan pengetahuan untuk kejayaan.

Masalah disiplin juga menyedarkan guru bahawa terdapat kekurangan dalam pengurusan bilik darjah. Guru harus meletakkan diri mereka sebagai individu yang berperanan dalam mencipta masalah disiplin. Tidak seharusnya hanya menyalahkan pelajar.

Terdapat 3 kumpulan pelajar dalam masalah disiplin di sekolah iaitu :


80% - sedikit melakukan kesalahan. 15% - jarang melakukan kesalahan. 5% - selalu melakukan kesalahan.

Pelan 3 Dimensi
Pencegahan. Tindakan . Penyelesaian.

Pencegahan
Mewujudkan kontrak sosial. Mewujudkan prinsip bilik darjah. Mewujudkan peraturan. Hukuman.

Tindakan
Terdapat 9 garis panduan dalam melaksanakan hukuman :
Konsisten. Mengingatkan pelajar tentang kesalahan yang dilakukan. Mendekati pelajar. Bersemuka dengan pelajar apabila melaksanakan hukuman. Menggunakan nada suara yang rendah. Mengia. Tidak sesekali memalukan pelajar di hadapan pelajar lain. Tidak menjalankan hukuman ketika marah. Tidak sesekali menerima alasan, tawaran dan rungutan.

Penyelesaian
Mewujudkan kontrak individu. Bertujuan untuk membantu pelajar mengenalpasti keperluan mereka dan apa yang mereka mahukan daripada kelas.

SEKIAN..