Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH PETANQUE Dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang

Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu. Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan. Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri . Menakjubkan. Kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam , Jepun dll. Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz ( Naib Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak ( ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia ) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur , petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA. ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanq antara koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi. Pemenang telah dibawa keluar negara untuk bertanding.

1.0 Peralatan Petanq ( a ) Bola - mesti menepati The Federation Internationali de Petanq et Jeu Provecal -diperbuat daripada besi -berat antara 650g dan 800 gram. -Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm dan 80mm ( b ) Jek/Jack( Cochonnets) - bola bulat kecil dicat dan menentukan bola yang paling hampir - Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik -mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm ( c ) Pita Pengukur

Tempat permainan Permainan ini biasanya dimainkan diatas permukaan tanah atau batu kerikil halus. Namun begitu, permainan petanque ini juga boleh dimainkan di atas permukaan berpasir atau padang rumput. Dengan kata lain, petanque boleh dimainkan di mana mana permukaan. Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4 meter lebar. Namun begitu keluasan minimum yang diterimapakai adalah tidak kurang dari 13 meter panjang kali 4 meter lebar.

15meter

4meter

Cara permainan Mata- Bola besi yang paling banyak berhampiran dengan jek dianggap pemenang Permainan petanque dimainkan dalam 3 jenis konfigurasi berbeza iaitu:# 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemain setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule # 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule # perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain menggunakan 3 biji boule

Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin dengan jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak boule pertama tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi. Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar.

Pengiraan mata

Mata akan dikira dengan kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih dekat kepada jack sebelum bola pihak lawan. Permaianan biasanya dimainkan sehingga mata 1. Namun begitu, mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan pertandingan akhir.

http://shafiqinpetanque.blogspot.com/2010/03/tentang-petanque.html http://rosdimansor.blogspot.com/2009/07/sejarah-petanque.html

http://kspspetongblog.blogspot.com/2009/12/cara-cara-asas-permainanpetanque.html
http://puterisalju122.blogspot.com/2011/05/permainan-petanque.html http://smkpkoperasi.blogspot.com/2009/12/permainan-petanque.html

Anda mungkin juga menyukai