Anda di halaman 1dari 11

Ayam Madras

wida_syed@myresipi.com Bagi penggemar masakan mamak bole la try, insyaAllah sedap..

Bahan-bahan ( 3-4 org )


3ulas bawang putih (hiris) 1 bj bawang besar (hiris) 1 inci halia (hiris) 2 kuntum bunga lawang 3 bj buah pelaga 3cm kulit kayu manis 1 helai daun pandan (yg besar dan simpul) 3 batang daun ketumbar (hiris) 2 @ 3 batang daun pudina (amik daun shj n hiris) 1/2 ekor ayam (ikut suka la potong berapa) 4 SB serbuk kari (SB=sudu besar, SK=sudu kecil) 1 SK serbuk jintan manis 1 SK serbuk jintan putih 1 SK serbuk ketumbar 3 SB sos cili 3 SB sos tomato 1 cawan air 1/2 peket santan (yang di bancuh dgn 1cwn air) 4 SB minyak sapi 1 batang daun kari (optional) 1 biji ubi kentang (potong ikut suka.saya suka potong kecik) garam n gula

Cara-cara
1. panaskan minyak sapi. tumis bawang besar + bawang putih + halia 2. masukkan 3 serangkai (bunga lawang + buah pelaga + kulit kayu manis) 3. masukkan daun pandan + daun ketumbar + daun pudina + daun kari

4. campurkan serbuk kari + jintan manis + jintan putih + ketumbar (dijadikan pes) 5. dh naik bau, masukkan pes tadi ke dalam masakan. kacau hingga pecah minyak.baru masukkan ayam dan ubi kentang 6. masukkan sos tomato + sos cili + santan + air. masak hingga ayam dan kentang empuk.tambah garam dan gula mengikut kesesuaian selera anda

Mee Udang

che'iza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 org )


1/kg mee kuning 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh) 4 sb lada boh / lada giling *4 ulas bawang merah *3 ulas bawang putih *1 sb udang kering *1/2 inci halia 1 sb petis 3 sb sos tomato 1 sb sos cili keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) gula n garam taugeh n sawi daun bawang n bawang goreng

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang.... 2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau.... 3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah 4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap.... 5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh... 6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng

Sambal Sotong power

oleole@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang makan )

Bahan A 1/2 kilo Sotong Segar - toskan selepas basuh Bahan B 1 biji bawang besar 5 ulas bawang kecil 4 ulas bawang putih Cili Kering yang dah dikisar dalam 3 senduk ikut kepedasan yang digemari Air Asam Jawa Garam dan gula Minyak Masak yang secukupnya unt

Cara-cara
1. Kisar Bahan B dan panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing 2. Kemudian masukkan cili dan air asam jawa masak sehingga pecah minyak dan cili kering secukupnya

3. Kemudian masukkan sotong dan masakkan tapi jangan terlalu lama , kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa gaul sekejap dan kemudian masukkan hirisan bawang besar Masak sekejap lagi dan walaaaa dah siap makan dengan nasi panas hmmm sedap

Daging tumbuk masak kicap

sofinar@myresipi.com resepi kegemaran ku semasa kecil.... apatah lagi dimasak oleh bonda tersayang

Bahan-bahan ( 6 -8 orang )

300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal 2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah 6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus 1/2 cawan kicap pekat manis 4 tangkai cili kering- digoreng dahulu 1 sudu teh jintan manis 2 cm belacan asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya minyak untuk menumis, garam dan gula

Cara-cara
1. daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula. 2. perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit, 3. cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama 4. panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi 5. masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa. 6. tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang

Crispy Fried Bread (Roti Goreng Rangup)

HaSue@myresipi.com Mudah disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang..sedap dmakan panas2.. :)

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )


8 keping roti Serikaya - Secukupnya 2 cawan Tepung gandum 2 1/2 cawan air 2 sm Marjerin 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je) Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan. 2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh. 3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng. 4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!) 5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja and

Sotong goreng kunyit mudah

reen80@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


5 ekor sotong kacang panjang 1 ulas bawang besar 3 ulas bawang putih 2 biji cili besar 2sb serbuk kunyit 3-4 sb sos tiram (saya guna brand maggie) minyak masak garam secukup rasa Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. 1.potong sotong kepada 4-3 bhgian. 2.gaulkan sotong serbuk kunyit ,sos tiram,garam dan peram antara setengah jam. 3.panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing..ketepikan sotong tadi sebelah dan masukkan bawang besar,bawang putih dan cili sehingga naik bau kemudian masuk kacang panjang .goreng sehingga kacang layu dan angkat boleh dihidangkan

Ayam Goreng Style Beriani

DianaA@myresipi.com Ayam ini memang sesuai dihidangkan dengan Nasi Beriani atau juga enak disediakan sebagai salah satu juadah untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk yang seiring dengannya.

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam 5 sudu besar pes halia dan bawang putih 1 biji telur 5 sudu besar serbuk cili sedikit serbuk ketumbar sedikit serbuk jintan manis garam secukup rasa tepung beras secukupnya

Cara-cara

1. Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit

2. Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya. 3. Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang. 4. Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng

Meat Ball

ctjuliez@myresipi.com simple & cepat disediakan.

Bahan-bahan ( 4 org mkn )


500 gm daging kisar 1 labu bwg besar dicincang 2 @ 3 cili padi ditumbuk 1 sk garam 1 sk serbuk lada sulah sedikit olive oil 1/2 cwn breadcrumb 2 biji telur

Cara-cara
1. campurkan semua bahan dlm mangkuk sehingga sebati. 2. kepalkan adunan membentuk bulat. 3. masukkan meat ball ke dlm mangkuk thn oven.tuangkan sedikit olive oil di atas setiap meat ball. 4. kemudian,bakar meat ball 210 darjah selama 40 minit. 5. jgn terlbh letak olive oil.klu tak meat ball nmpk berminyak

Nasi Ayam Ipoh

quinnie@myresipi.com Istimewa untuk penggemar nasi ayam....

Bahan-bahan ( sekeluarga )

*BAHAN NASI* 4 mug beras 4 1/2 mug air rebusan ayam 2 inci halia* 3 biji bawang putih* 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali) 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar sos tiram 2 helai daun pandan 4 sudu mentega *BAHAN AYAM* 1 ekor ayam 3 biji bawang putih* 1 inci halia* 3 sudu besar kicap lemak manis 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) *BAHAN SUP* air secukupnya 4 bawang putih diketuk 3 inci halia di hiris 3 helai batang bawang 1 biji sengkuang dipotong dadu 1 sudu besar serbuk lada sulah *BAHAN CILI* 10/15 biji cili burung 6 biji cili merah sedikit halia (ambik dari rebusan) 5/6 biji bawang putih 1 biji limau kasturi/nipis

sedikit air dari air rebusan ayam garam n gula secukupnya *BAHAN KICAP* 5 biji cili burung sedikit halia (ambik dari rebusan) 4/5 biji bawang putih kicap secukupnya air rebusan ayam secukupnya tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) *BAHAN TAMBAHAN* tomato, salad, daun sup dan bawang, timun utk sos kicap tu..letak 2 sudu besar sos tiram..saya tertinggal bahan ni rupanya...sorry pada semua yg dah mencuba resepi ni...saya tak perasan...boleh tambah kicap pekat jika ada...

Cara-cara
1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. 3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak. 4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. 5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur. 6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah. 7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. 8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Bahan-bahan ( 3 org makan )


500 gm lala - dibersihkan dan toskan 3 batang serai - dipotong serong 3 ulas bawang putih - diketuk 1in halia - dipotong panjang 5 biji cili api - diketuk 1 sb sos tiram 1 biji bawang besar - dipotong bulat daun bawang, tomato ceri garam dan gula utk perasa 2 sb minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau. 2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna. 3. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang. 4. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

Anda mungkin juga menyukai