Anda di halaman 1dari 40

NOVEL 6 : 20

TINGKATAN 3
SITI JASMINA IBRAHIM

DIBUAT OLEH KELAs NO. MAKTAB GURU

: NUR AIN HUDA BT MOHD SABRI : 3 NAFI / A : 10064 : PN NORIZAN BT YASO

Bab 1 Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba tiba muncul tepat jam 6 : 20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir . Sukma , anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya , Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut . Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar . Malangnya , perempuan tua tersebut sudah tiada . Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu Tamadun Islam Melalui Seni Bina yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 Selasa
Pada jam 6 : 20 pagi Selasa , seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir . Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa apa dengannya . Tanpa menghiraukan amaran ibunya , Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada . Sukma bertanya tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid . Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya . Di kawasan rehat kuliah , Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu . Dalam pada itu , Sukma tertanya tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan punca dia tiba - tiba memperkenalkan diri seolah olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.

Bab 3 Rabu

Sukma menunggu kehadiran tetamu 6 : 20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya . Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor . Di pintu pagar , muncul dua ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih . Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar . Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar , kawan Sukma . Sukma akur dengan permintaan ayahnya . Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem , pelajar cemerlang semasa sama - sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topic Kemasyarakatan Islam . Sukma pula masih tertanya - tanya tentang tetamu misteri 6 : 20 .

Bab 4 Rabu Malam


Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampong dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia tiga tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit . Pada majlis tersebut juga , Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran , merendahkan orang lain , suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat . Ketika dalam majlis itu juga , Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pukul 6 : 20 subuh Isnin lalu tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 Khamis
Jam menunjukkan 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.

Bab 6 Khamis Malam


Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat
Jam menunjukkan pukul 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanakkanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu terus melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.

Bab 8 Jumaat Petang


Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.

Bab 9 Jumaat Malam


Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.

Bab 10 Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 Sabtu Lagi


Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok mencerita tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab mereka. Sukma berlegarlegar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 Sabtu Siang


Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanya tentang Kelab WX2 kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar pagipagi hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.

Bab 13 Sabtu Petang


Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma. Buku itu menceritakan cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.

Bab 14 Sabtu Malam


Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak. Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama dua bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusiaempat bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.

Bab 15 Sabtu Malam yang Sama


Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua perkara yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 Ahad Pagi


Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai Pati 1 bagi memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu ialah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.

Bab 18 Ahad Petang


Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 Hari Ini


Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka . Perjuangan ini diwakili oleh Sukma , Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja ( pelajar sekolah menengah dan universiti ) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan black metal yang telah dilakukan oleh Jerry .

i. Kasih Contoh: dengan baginya

saying ibu bapa terhadap anak - anaknya. Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa tetamu - tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6 : 20 kerana tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya .

ii. Konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya . iii. Tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam . iv. Berani menegakkan kebenaran Contoh: Sukma , Teja dan Rafiq berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2 . Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut . v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan . Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing masing .

vi. Prihatin terhadap masalah orang lain . Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan . vii. Remaja yang mudah terpengaruh . Contoh: Iskandar , Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat .

Binaan Plot

(a) Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi melalui penceritaan semula oleh watak utamanya, iaitu Sukma.

(b) Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan dengan watak Sukma yang menyedari kemunculan tetamu misteri di hadapan pintu pagar rumahnya pada hari Isnin, tepat pukul 6:20 pagi. Sukma berasa hairan dan tertanya-tanya tujuan kedatangan tetamu misteri itu, namun niatnya untuk mendekati tetamu misteri tersebut telah dihalang oleh ibunya, Puan Delia yang bimbang akan keselamatan keluarga mereka.

(c) Dalam bahagian perkembangan, pada hari-hari seterusnya, rumah Sukma masih didatangi oleh tetamu-tetamu misteri pada waktu yang sama. Sukma tetap berusaha mencari jawapan akan tujuan kedatangan tetamu-tetamu misteri tersebut. Dalam masa yang sama, Sukma bimbang akan sahabat baiknya, Jerry yang diketahuinya telah mengikuti Kelab WX2.

(d) Dalam bahagian perumitan, Sukma datang ke Kelab WX2 dan dia mahu membawa Jerry keluar dari situ tetapi niatnya dihalang oleh Iskandar. Sukma juga telah bertemu dengan salah seorang tetamu misteri yang datang ke rumahnya. Ternyata dua perkara tersebut saling berkaitan antara satu dengan yang lain.

(e) Konflik pertama, berlaku pada hari Khamis, Sukma sempat berjumpa dan menegur salah seorang tetamu misterinya, iaitu seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. Sungguhpun begitu, Sukma tidak sempat memperoleh lebih banyak maklumat daripada kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak itu melarikan diri setelah mendengar suara ibu Sukma. Sukma juga baru mengetahui kewujudan Kelab WX2. Lebih membimbangkan Sukma apabila teman rapatnya, Jerry dikatakan mengunjungi kelab

tersebut begitu juga dengan Iskandar.

(f) Konflik kedua, berlaku apabila Reny berterus terang kepada Sukma tentang penglibatannya dalam Kelab WX2 dan dia mengenali Iskandar melalui kelab itu sejak setahun yang lalu. Sukma bertindak memasuki kelab tersebut pada waktu siang untuk melihat sendiri keadaan kelab yang dikatakan menjadi tumpuan golongan remaja sebayanya.

(g) Dalam bahagian klimaks, pada petang hari Ahad, operasi membanteras rusuhan yang ingin dilancarkan oleh golongan remaja Kelab WX2 di beberapa buah lokasi tertentu. Sukma berhadapan dengan situasi yang mendebarkan apabila ibunya turut berada dalam kelompok rusuhan itu sebagai salah seorang pemimpin utama. Sukma dan ayahnya, Haji Syaqir berasa sedih dan kecewa, namun mereka tetap bimbang akan keselamatan orang yang tersayang.

(h) Bahagian peleraian berpusat pada bab akhir novel ini. Persoalan yang selama ini berlegar-legar dalam fikiran Sukma telah terjawab. Sukma menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang seminggu di hadapan semua orang kamar saksi mahkamah. Dia juga bercakap sebagai wakil bagi pihak ibunya yang koma akibat terkena tembakan ketika operasi membanteras rusuhan tempoh hari. Ibu Sukma bukanlah pengkhianat negara, sebaliknya beliau telah ditugaskan menjadi ejen perisik pihak berkuasa yang bertanggungjawab menumpaskan Kelab WX2 dari dalam. Hakikatnya, ibu Sukma ialah wira negara dan beliau menjadi kebanggaan anaknya, Sukma dan suaminya, Haji Syaqir.

Watak Utama
Nur Sukma
i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun . ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam . iii. Seorang guru tarian zapin ( Pada masa lapang , Sukma mengajar budak budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya ) . iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya). v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya). vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya). vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu). viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut). ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat). x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan). xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya). xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2). xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

Watak Sampingan
Puan Delia
i. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir. ii. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya). iii. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq). iv. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar. v. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik. vi. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan). vii. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah). viii. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).

Tuan Haji Syaqir


i. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah). ii. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan). iii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu). iv. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka). v. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia). vi. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri). vii. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya).

Teja
i. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam. ii. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun. iii. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa. iv. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya). v. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry yang bermasalah). vi. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah).

Reny
i. Berketurunan Iban. ii. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta. iii. Mahir segala jenis tarian tradisional. iv. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. v. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan. vi. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma kerana tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2). vii. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya). viii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Jerry
i. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun. ii. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma. iii. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah). iv. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya). v. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi). vi. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia bekerjasama dengan polis). vii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Iskandar
i. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah. ii. Tertarik kepada Sukma. iii. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang). iv. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain). v. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika menganggotai Kelab WX2). vi. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2.

Kak Ros
i. Jiran kepada keluarga Sukma. ii. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an. iii. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya. iv. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua orang tuanya). v. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2). vi. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa berhati-hati). vii. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma).

Rafiq
i. Berasal dari Washington. ii. Pelajar cemerlang dari Amerika. iii. Seorang lelaki yang baik hati. iv. Seorang yang mudah dibawa berbincang. v. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma. vi. Tertarik kepada Sukma. vii. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri walaupun dia pelajar cemerlang). viii. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah. ix. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia. x. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang bermasalah).

Wanita Tua/Nenek
i. Seorang wanita tua yang berdikari (Nenek hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim). ii. Sayang akan cucunya. iii. Bidan kepada ibu Sukma. iv. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan pengasuh Sukma). v. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia. vi. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya. vii. Seorang yang tabah (Nenek membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak lelakinya) viii. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.

Abang Aim
i. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah. ii. Seorang penghidap AIDS. iii. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang. iv. Bekas ahli kumpulan WX2. v. Tinggal di belakang rumah Tok Siak. vi. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka.

Aim kecil
i. Anak yatim piatu yang baru berusia lima tahun. ii. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia dua tahun. iii. Matang walaupun masih kecil. iv. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi. v. Gemar makan roti. vi. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek). vii. Sayang akan neneknya.

Su Ani
i. Ibu saudara Teja. ii. Pemilik Kafe Flora. iii. Berkahwin dengan Su Rawi. iv. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya). v. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya walaupun baharu mengenali mereka). vi. Mesra dengan kanak-kanak.

Pak Rashid
i. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun. ii. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam. iii. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Pak Rashid merahsiakan aktiviti ibu Sukma). iv. Prihatin terhadap Sukma (Pak Rashid bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan). v. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu Sukma).

Latar Masa
i. 6:20 pagi Contoh : Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya. ii. Petang Contoh : Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang. iii. Senja Contoh : Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh. iv. Malam Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

Latar Tempat
i. Banglo Taman Megah Contoh : Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

ii. Di Dewan Kuliah Contoh : Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajarpelajarnya.

iii. Balkoni kamar Contoh : Perbualan antara ibu dengan Sukma.

iv. Rumah Ehsan Contoh : Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.

v. Kafe Flora Contoh : Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.

vi . Di pintu pagar rumah Contoh : Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar.

vii. Dewan peperiksaan Contoh : Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.

ix. Tempat rehat Contoh : Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka.

viii. Kelab WX2 Contoh : Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.

ix. Warung Pak Alias Contoh : Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan.

x. Rumah Aim Contoh : Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.

xi. Rumah Tuk Siak Contoh : Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.

xii. Kawasan tanah perkuburan Contoh : Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas.

xiii. Bangunan biru di hujung daerah Contoh : Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.

xiv. Hospital Contoh : Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli WX2 .

Latar Masyarakat
i. Masyarakat pelajar universiti. Contoh : Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.

ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contoh : Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

iii . Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contoh : Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.

iv . Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan Contoh : Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas.

v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Contoh : Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

vi. Masyarakat yang berdikari. Contoh : Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan. vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Contoh : Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

Diksi a.pengarang novel ini berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan masyarakat yang berpendidikan tinggi dan berlatarbelakangkan kawasan bandar.Contohnya,pensyarah,fasisilator,kuliah,fakulti,konsep kesatuan,mahasiswa,stru ktur sosial etnik dan lain2 lagi. b.pengarang turut menggunakan beberapa perkataan bahasa inggeris seperti The Road To Mecca,Power-Point,Terisim,terror,Reign of Terrors dan fall from grace. c.Selain itu terdapat juga penggunaan perkataan bahasa Arab seperti Assalamualaikum,Insya-Allah,Alhamdulillah,madrasah,souq(pasar),Allah SWT dan alQuran.

AYAT. a.pengarang menggunakan ayat pendek cthnya: .Saya menggeleng. [HAL 2] ."Sukma!"[hal.15] ."Kelab apa tu?''[hal.47] ."Pak Rashid temankan ,ya?"[hal.69] .Saya menoleh ke arahnya semula.[hal.22] b.pengarang banyak menggunakan ayat2 panjang.Cthnya: .''Maaf ,saya belum habis lagi,profesor .Babdar raya Islam menyediakan kemudahan awam selengkapnya,seperti masjid,souq(pasar),prasarana,tempat tinggal,madrasah atau sekolah,taman rekreasi dan banyak lagi."

SIMILE. pengarang juga menggunakan unsur simile,cthnya: .kaku seperti patung cendana [hal.55]

Nilai Murni
i. Nilai kasih sayang Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. ii. Nilai prihatin Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. iii. Nilai setiakawan Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. iv. Nilai tanggungjawab Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri. v. Nilai saling menghormati Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya. vi. Nilai kejujuran Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

vii. Nilai pengorbanan Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya

terancam.

viii. Nilai patriotik Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara. ix. Nilai keimanan Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam. x. Nilai kecintaan Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja. xi. Nilai kerjasama Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2. xii. Nilai rasional Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.

Pengajaran

i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2. Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan mereka Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat.

iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.

v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.