Anda di halaman 1dari 1

Hasil ujian ini akan menunjukkan: 1.

Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal) 2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal) Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP. MENGAPA IA SANGAT PENTING? 1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks. 2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius. Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun. DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN? Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid. APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU SEMASA UJIAN TERSEBUT Tanggalkan seluar dalam. Berbaring di atas katil. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Nota penting: 1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor). 2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"

Anda mungkin juga menyukai