Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN DAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN 2011

BIL

CUE Ketibaan perasmi Penghulu melapor

ANN Mengumumkan ketibaan Encik Amdan Asim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan

CATATAN

Nyanyian lagu Negaraku dan Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku Sabah Tanahairku Lafaz ikrar Rukunegara Jemputan duduk 1. Protokol majlis Hadirin dijemput duduk Yang berusaha, Encik Amdan Asim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan Encik Zeffree Haji Sahirin, Penyelia Unit Kokurikulum, Unit Pembangunan Kemanusiaan Encik Munarjie Noordanie, Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinabatangan 2011 Jurulatih-jurulatih, guru-guru pengiring dan para peserta yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

2.

Menyatakan kesyukuran

Sirih berlipat siri pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinabatangan 2011

3.

Bacaan doa

Warga Dewan yang mulia, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput saudari Nadiah binti.. ________________________ dari PISMP Pendidikan Khas 4 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Setelah selesai bacaan doa........... Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

Ucapan Alu-aluan oleh guru pelatih

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Wan Rosnani binti Wan Ahmad, Penghuluwati Program Bina Insan Guru Siri II IPG KPM untuk memberi ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (pause) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5.

Ucapan oleh Kem Komandan Sidang dewan yang mulia, Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan En. Azman bin Kanil, Kem Komandan Bina Insan Guru siri II, IPG Kampus Perempuan Melayu untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan penutupan rasmi Perkhemahan dan Anak Angkat Dengan penuh takzimnya dipersilakan. Setelah selesai ucapan .....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berusaha En. Azman bin Kanil, Kem Komandan Bina Insan Guru siri II, atas ucapan dan kesudian beliau menutup rasmi (nama program itu tadi) itu tadi.

6.

Nyanyian Lagu-lagu rasmi

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. -Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabilahi............

7.

Dengan bismillah kita mulai , Alhamdulillah wassala tanabi, Dengan takdir Illahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, Tersilap bicara harap maafi, Ketemu lagi, di lain acara.

8.

Majlis mengumumkan Yang Berbahagia En. Arif bin Omar meninggalkan majlis. Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai