Anda di halaman 1dari 15

DEFINISI PENGURUSAN NILAI Pengurusan Nilai boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang digunakan untuk meminimumkan sesuatu

harga dan mengoptimumkan sesuatu kos projek, sistem dan kemudahan kemudahan. Pengurusan Nilai juga mempunyai banyak definisi bergantung kepada individu dan organisasi dalam sesebuah sektor. Bekerja bersama-sama adalah jalan yang kreatif dalam mencapai kehendak klien dan pemegang taruhan. Daripada The Institute of Value Management, United Kingdom, Pengurusan nilai adalah satu kaedah pengurusan yang digunakan untuk memotivasikan individu dan meningkatkan kemahiran, yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi sesuatu organisasi. The Australias Department of Defense mendifinisikan pengurusan nilai sebagai : Satu pencapaian yang teratur untuk mengenalpasti fungsi sesuatu sistem, alat alatan, kemudahan, kaedah dan kelengkapan untuk mencapai kos yang paling minimum, pencapaian matlamat yang berterusan, prestasi, ketepatan maklumat dan keseimbangan. Menurut Dell Isola (1982) Organisasi yang kreatif mempunyai matlamat dalam mengoptimumkan kos dan prestasi sesuatu sistem atau kemudahan. Dell ISola mengaitkan hubungan antara nilai, fungsi, kos dan kualiti seperti berikut : Nilai = Fungsi (F) + Kualiti (Q) Kos(C) Fungsi Kualiti Kos : Satu kerja khas yang harus dilaksanakan untuk sesuatu item atau rekabentuk. : Keperluan, keinginan dan jangkaan pemilik atau pengguna. : Kos pusingan hayat sesuatu produk.

Oleh itu, nilai adalah kos yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu fungsi yang memenuhi keperluan, keinginan dan jangkaan pengguna. Nilai boleh ditingkatkan dengan pendekatan pendekatan berikut : 1. Kos dikurangkan tetapi fungsi dan kualiti dikekalkan.

2. 3. 4. Di mana, Nilai =

Kualiti atau fungsi atau kedua duanya ditingkatkan tetapi kos dikekalkan. Kos dikurangkan dan fungsi serta kualiti ditingkatkan dalam masa yang sama. Kos ditingkatkan dan fungsi dan kualiti diperbaiki pada kadar yang lebih tinggi.

(F) + (Q) (C)

Nilai =

(F) + (Q) (C) (i) (ii) (iii) (iv)

Carlos Fallon menggambarkan hubungan antara nilai, fungsi, Kualiti dan kos seperti berijkut ; Nilai = Worth Kos Di mana, Kos : Kos pusingan hayat sesuatu produk atau projek. untuk pencapaian yang diinginkan. Worth : Kos yang paling minimum dalam penyediaan fungsi dan perbandingan kos per unit yang sama

Fallon menjelaskan nilai boleh dikelaskan kepada 3 kategori : i. Nilai ii. Nilai pertukaran iii. Nilai yang digunakan Nilai Jumlah wang yang menunjukkan imej pengguna atau jumlah yang sanggup dibayar oleh pengguna. Keinginan untuk memiliki sesuatu.

Fungsi jualan

Nilai pertukaran Nilai pasaran pada masa itu. Jumlah wang sesuatu produk atau prkhidmatan yang boleh didagangkan atau ditukarkan.

Nilai yang digunakan


Fungsi asas sesuatu kos. Jumlah wang yang berguna untuk sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kelly and Male (1991) Pengurusan Nilai adalah suatu pencapaian berorientasi untuk mendapatkan nilai yang optimum untuk sesuatu produk, sistem, atau perkhidmatan dengan menyediakan fungsi yang diperlukan pada harga yang paling minimum.

Kelly dan Male juga mengkategorikan Pengurusan Nilai sebagai : Sistem berorientasi yang digunakan untuk suatu perancangan kerja rasmi untuk mengenalpasti dan membuang kos yang tidak diperlukan. Pendekatan terhadap disiplin atau tatatertib pasukan seperti pasukan perekabentuk yang berpengalaman, penganggar, dan perunding pengurusan nilai. Kos pusingan hayat yang berorientasi yang meneliti jumlah kos pemilik dan pengendalian kemudahan. Teknik pengurusan yang berkesan. Fungsi berorientasi yang berkaitan dengan kehendak fungsi terhadap nilai yang diterima.

Dr. Mohd Mazlan Che Mat (2004) berpendapat Pengurusan Nilai adalah : Kajian yang ketat, bersistematik dan berinovasi serta pendekatan pelbagai disiplin untuk mendapatkan nilai yang lebih baik dan kos yang optimum bagi sesuatu projek, produk, kemudahan, sistem, dan rangkaian tanpamengkritik tahap prestasi yang diinginkan

MAKSUD PENGURUSAN NILAI Pengurusan nilai mempunyai pelbagai pengertian, salah satunya satu perkhidmatan yang meningkatkan nilai fungsi sesuatu projek dengan mengurus perkembangan dan pembangunan dari konsep penyiapan, melalui perbandingan dan semua keputusan system nilai yang ditentukan oleh pelanggan ( Kelly and Male, 1993). Tiga definisi lain yang diperoleh dari Miles menerangkan asas asas analisis nilai di United Statespada tahun 1972, 1) Satu pendekatan yang diorganisasikan untuk menyediakan fungsi penting pada harga yang paling minimum (tanpa menjejaskan kualiti produk) 2) Analisis berstruktur bagi sesuatu projek oleh perunding yang berdisiplin atau individu untuk perlu. 3) Penyingkiran terhadap kos yang tidak diperlukan : kos yang tidak perlu adalah kos yang tidak menyumbangan samada kepada sesuatu penggunaan, kehidupan, kualiti, penampilan dan ciri cirri pelanggan. PRINSIP AM Satu garis panduan pengenalan kepada peningkatan penggunaan dan teknik penting, termasuklah latar belakang sejarah, dan tujuannya untuk memeriksa secara terperinci untuk menunjukkan pelbagai pendekatan, kelebihan yang diperolehi, perbandingan perancangan kos / pengurusan kos dan beberapa kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran di rujuk kepada Norton and Mcelligott (1995). Pengurusan Nilai telah menarik perhatian industri pembinaan di UK sebagai pelanggan yang terbesar dan menambahkan tumpuan dengan pencapaian nilai wang dalam projek pembinaan mereka.Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh Green and Moss (1993), pengurusan nilai selalu mempunyai makna yang berbeza di antara individu,dan terdapat kekeliruan yang besar antara pengurusan nilai dan kejuruteraan nilai. Pengurusan Nilai berfungsi dengan satu tatacara jadual yang diorganisasikan.Ini membolehkan kehendak fungsi dan penyelesaian alternative, beserta kos yang berkaitan, hendaklah dikenalpasti dan menentukan kehendak fungsi bangunan dan untuk mempertimbangkan Penyelesaian alternatif ( rekabentuk / pembinaan) untuk menyingkirkan kos yang tidak

diterbitkan dalam satu jadual yang ketat.Pengurusan Nilai sentiasa dijalankan dalam bentuk kerja intensif yang dipimpin oleh satu pasukan yang berdisiplin yang mempunyai pengalaman dalam membuat perundingan dengan pelanggan.Setelah selesai sesi perbincangan, mereka menghasilkan laporan lengkap beserta cadangan, penyemakan dan penilaian oleh pelanggan dan pasukan rekabentuk projeknya.Tatacara tersebut tidak memberi kesan kepada tanggungjawab pasukan perekabentuk projek kepada pelanggan.Pasukan Pengurusan Nilai, memainkan peranan yang lengkap, yang bertindak sebagai pemangkin untuk penjimatan dan keberkesanan yang tinggi (Beard Dove 1990). Secara teorinya, Pengurusan Nilai boleh dijalankan pada semua peringkat proses

rekabentuk.Walaubagaimanapun, Pada peraturan amnya, semakin awal kajian dijalankan,maka semakin berkesan peluang untuk menentukan rekabentuk sebelum memperkukuhkan sebarang perubahan yang akan meningkatkan kos perancangan.Secara lazimnya,masa sentiasa dalam keadaan kritikal walaupun ia perlu dinyatakan bahawa tiada jaminan terhadap pengurangan kos modal permulaan walaupun terdapat lebih cekap projek yang direkabentuk SEJARAH PENGURUSAN NILAI Lawrence D. Miles memperkenalkan Value Analysis (VA) di Sebuah Syarikat Elektrik (GEC) semasa perang dunia kedua pada tahun 1941. Pendekatan kaedah VA bermula dari Miles pada tahun 1947.Beliau mula mengurangkan kos unit kerja di pejabat pusat penilaian . Miles bertanya kepada penyelianya, W.C White, Jika saya dapat sesuatu produk, saya harus mendapatkan fungsinya. Miles juga bertanya kepada Timbalan Presidennya, Harry Erlicher untuk membangunkan konsep baru apakah fungsinya ? & Berapakah kosnya? Erlicher mencadangkan kepada jabatan pengguna untuk mengkaji terhadap item tertentu dan cuba mencari apakah item item lain yang memenuhi keperluan kerja.

Erlicher kemudiannya kembali ke GEC untuk membincagkan perkara ini dengan Timbalan Presiden Kejuruteraan, Harry Winnie untuk membawa pendekatan yang sama kepada produk GEC.

Winnie bersetuju dengan dua syarat iaitu tiada pengurangan terhadap kebolehpercayaan atau penjualan, dan tiada sesiapa pun yang boleh mempertahankan keputusan yang diambil lebih awal. Analisis Nilai pada mulanya dibangunkan pada masa kemunculan produk.

Nama Analisis Nilaiberasal dari pendekatan sistem yang melibatkan Nilai dan Analisis. Program tersebut kemudiannya dibawa daripada GEC oleh US Navy yang menyedari kejayaan yang membanggakan terhadap teknik baru ini. Teknik ini kemudiannya dinamakan oleh The Navy Engineering Team sebagai Value Engineering (VE) kerana ia diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan pada peringkat rekabentuk dan spesifikasi.

Bertahun lepas, beberapa pengarang dan pelatih menamakan teknik ini dengan nama VM, dan sejak Eropah. dari itu penggunaannya tersebar ke Australia, New Zealand dan United Kingdom.Walaubagaimanapun nama VE masih digunakan di Utara Amerika, Jepun dan Negara

Di Malaysia, teknik VM baru berada di peringkat awal.Teknik VM diperkenalkan oleh Roy Barton pada tahun 1986 / 1987, Profesor Bersekutu dari Canberra University, Australia, Jabatan Juru Ukur Bahan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Teknik ini kemudiannya dipromosikan memberi kesedaran di Malaysia.

Lawrence Miles adalah seorang jurutera pembelian dengan GEC dan beliau ditugaskan mencari bahan bahan yang bersesuaian untuk mengembangkan pengeluaran turbo-superchargers untuk B24 bomber dari 50 1000 pada setiap minggu, pada masa kekurangan bagi semua bahan bahan dan komponen yang diperlukan dan beliau gagal menentu dan memberi butiran terhadap sesuatu produk. Beliau berfikir : Jika saya tidak boleh menentu dan memberi butiran terhadap sesuatu produk, saya mesti mendapatkan satu alternative yang menjalankan fungsi yang sama.Apabila alternatif telah ditemui, ia akan diuji dan akan diluluskan oleh perekabentuk. Miles mendapati bahawa banyak bahan pengganti yang lebih murah atau bersamaan atau lebih baik dari produk asal.Definisi Pengurusan Nilai yang mentakrifkan satu pendekatan yang diorganisasikan untuk menyediakan fungsi yang diperlukan pada harga yang rendah boleh diaplikasikan pada kerja pembinaan pada masa kini. Eric Adam (1993) mengaitkan VA, VE dan VM dalam pelbagai tahap aplikasi : VA diaplikasikan kepada produk dan sistem yang sedia ada. VE diaplikasikan semasa peringkat rekabentuk. VM SA diaplikasikan pada semua peringkat.

VE atau Value Engineering dianggap satu pencapaian fungsi pada kos yang minimum.Ianya bergantung kepada anggapan bahawa fungsi adalah bersifat objektif.Ia dianggap semua rekabentuk alternatif menyediakan fungsi pada tahap yang sama.Kemudiannya ianya boleh ditentukan pada kos asasnya.Oleh itu, peningkatan nilai boleh dikaitkan terus dengan penurunan kos megikut rangka rujukan ini. Value Management (VM) berasal dari makna value kepada pelanggan dengan konteks yang tertentu.Dengan membawa bersama sama projek pemegang saham dan mengeluarkan keputusan rekabentuk selaras dengan objektif yang dipersetujui. Maka jelaslah VE adalah berkaitan dengan peringkat semasa proses rekabentuk, manakala VM boleh diaplikasikan kepada peringkat konsep dan peringkat kemungkinan.Ianya juga sudah jelas bahawa VM memerlukan penglibatan pelanggan yang dipertimbangkan lebih baik dari VE. Perbezaan antara VE dengan VM apabila VE lebih dianggap dengan : Mengenalpasti fungsi sesuatu produk atau perkhidmatan. Membentuk nilai duit untuk fungsi. Menepati prestasi yang diinginkan pada kos yang paling minimum. Sistem kejuruteraan dan analisis. Di mana VM tertumpu kepada : Memaksimumkan nilai fungsi sesuatu projek. Meneliti segala keputusan yang dibuat oleh klien. kenyataan objektif projek yang jelas, VM akan boleh dicapai.Untuk mencapai nilai wang, pastikan bahawa

TOTAL VALUE CONCEPT by ERIC ADAM Cost Value Value Value

Reduction

Analysis

Engineering

Management

Part Oriented

Function Oriented

Function Oriented

Function Oriented

5-15 % Savings

5-95 % on existing product or system

Cost reduction at design stage

VM systems approach at all level

COMMITEE

THE VALUE MANAGEMENT TEAM

FAKTOR PEMILIHAN PENGURUSAN NILAI Potensi pengurusan nilai disedari di Malaysia apabila pengiktirafan VM meningkat di seluruh dunia dan telah melahirkan kejayaan.Seperti teknik teknik lain atau disiplin yang melalui peringkat kesedaran kepada pengiktiran yang berterusan.Jadi, pemasaran dan proses pembelajaran diperlukan secara berterusan. 7 Sebab pilih VM,iaitu : Pengurusan Nilai menggalakan system pemikiran Konsep VM dipertahankan dengan teguh oleh Roy Barton sebagai satu alat untuk sistem pemikiran untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas. Mewujudkan keperluan pelanggan Keperluan pelanggan diwujudkan daripada fungsi analisis kerana kita boleh mengenalpasti keperluan tersebut disebabkan suasana pembelajaran VM .Kenyataan yang perlu itu boleh diutamakan dan ke arah untuk mencapai keperluan telah diatur. Perubahan pembentangan VM (Klausa Insentif) Kontraktor dibenarkan untuk menawarkan pembentangan alternatif kepada komponen kerajaan melalui Program Perubahan Pembentangan VM apabila Jabatan Pertahanan Australia menggabungkan Klausa Insentif semasa memperoleh kontrak Pembangunan kakitangan Semasa kajian dijalankan, pasukan bangunan diperkenalkan.Ini adalah latihan pembangunan kakitangan yang penting untuk memastikan semua peserta atau pekerja berasa bahawa mereka diperlukan dan idea idea mereka akan dibincangkan.Mereka juga belajar bekerja pada situasi yang tertekan kerana mesti penghantaran laporan mesti mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Kepuasan dirasai disebabkan penjimatan dalam mempelajari VM yang disertai oleh mereka.

Rakan Kongsi

Dalam artikelnya Partnering-An Extension of the Value Management Process, Ted Smithies
(1993) menyatakan bahawa konsep rakan kongsi adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah persaingan dalam industri pembinaan.Ia adalah satu proses untuk membaiki hubungan antara orang yang terlibat dalam projek pembinaan kepada keuntungan seluruhnya. Berakan kongsi mestilah berdasarkan kepada kepercayaan dan komitmen, konsep pengetahuan umum berdasarkan nilai kemanusiaan yang mana semua pekerja mahir dan terlatih akan pasti dilihat sebagai komponen yang sangat penting kepada kejayaan pengurusan nilai. Kenderaan Untuk Mengubah

Satu daripada aspek terpenting satu VM mengkaji ialah untuk menjana sebagai banyak
idea sebagai mungkin, serta pengwujudan kaedah-kaedah baru dan inovatif. Perubahan ialah satu segi penting di today's dan perniagaan masa depan kemajuan. Disebabkan oleh holistik dan participatory mendekati VM Kajian (VMS), perubahan iaitu pergi dicipta dalam mana-mana organisasi tidak akan banyak diganggu, sebagai tahap pekerja pelbagai terlibat dalam mencipta perubahan kepada menjadi lebih kompetitif. Mengenalpasti dan membuang kos yang tidak diperlukan Salah satu objektif VM adalah untuk menyingkirkan kos yang diperlukan tanpa mengurangkan: Kekurangan idea Kos yang tidak diperlukan boleh didirikan ke dalam servis kerana kegagalan mempergunakan kebolehan yang kreatif dalam membuat penyelesaian. Kekurangan maklumat Kekurangan maklumat dalam setiap fungsi yang dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan dan permintaan pemilik. Tanggapan yang salah Kos yang tidak perlu wujud akibat berlaku tanggapan yang salah dan berdasarkan fakta yang tidak benar. Tabiat dan kelakuan Tabiat dipengaruhi oleh kelakuan. Manusia mesti menghadapi kesan terhadap kelakuan yang diperlukan. Kekurangan masa

Dengan penekanan terhadap pengurangan masa semasa peringkat rekabentuk, tekanan masa yang terhad adalah sangat tinggi yang tidak mungkin boleh dipertimbangkan dengan baik,jika ini semua terjadi,nilai sesuatu boleh dibangunkan.

Perubahan teknologi Kajian yang pantas dalam proses pembangunan, produk dan bahan mengalami perubahan dan berkos rendah, cara untuk melaksanakan fungsi yang diperlukan. Kekurangan kayu pengukur Kekurangan kayu pengukur atau nilai ukuran untuk sesuatu item boleh dinilai dengan tepat melalui ujian fizikal yang pelbagai dan pengukuran. Spesifikasi lama Teknologi berkembang dengan cepat, penerbitan tidak selalunya bersifat terkini.Pada penekanan peningkatan produk yang lebih cepat ,Pengurus mengarahkan perekabentuk untuk menggunakan spesifikasi lama.
Hubungan sesama manusia yang lemah

Komunikasi yang lemah, salah faham, dan perpecahan antara manusia sering menjadi sumber kos yang tidak diperlukan.
Pulangan pelaburan

Teknik yang bertujuan mengoptimumkan kos adalah digalakkan untuk dilaksanakan secepat mungkin, supaya dapat pulangan yang tinggi dalam pelaburan. PENDEKATAN ALTERNATIF PENGURUSAN NILAI Terdapat beberapa pendekatan yang dapat diambil apabila mengendalikan Pengurusan Nilai dengan keputusan pilihan selalunya dibuat bergantung kepada jenis dan keadaan projek, masa pengendalian dan sikap kumpulan perekabentuk.Menyediakan suatu perancangan kerja dengan penggabungan strategi yang mempunyai enam fasa maklumat iaitu kreativiti, penilaian, pembangunan, cadangan dan tindakan serta tindak balas. BENGKEL PENGURUSAN NILAI Bengkel Pengurusan selama 40 jam biasanya melibatkan pembelajaran terhadap Kejuruteraan Nilai.Bengkel selama 40 jam itu diaplikasikan apabila apabila sebanyak 35 % rekabentuk sudah

siap.Terdapat jumlah maklumat yang boleh dipertimbangkan untuk mengintegrasikan tempoh masa pada keseluruhan rekabentuk, konsep, spesifikasi dan kos.Tambahan pula, kumpulan dinamik terlibat, jika ahli pasukan tidak begitu biasa sesama sendiri, ia akan mengambil masa yang lebih lama.Ini menunjukkan tempoh yang sesuai untuk bengkel pengurusan bagi kejuruteraan nilai adalah bergantung kepada skop kajian.Kajian kes terhadap dalam latihan kejuruteraan nilai memerlukan masa selama 40 jam.Tempoh boleh dipendekkan jika seseorang individu itu sudah terbiasa dengan proses kejuruteraan nilai.Bengkel bengkel pengurusan lain telah diatur berasaskan 3+2+2 hari, berjumlah 56 jam.Pada kes ini, tiga hari untuk pembelajaran intensif diikuti dengan cuti selama seminggu, dua hari pembelajaran diikuti dengan cuti minggu yang satu lagi dan habis selepas dua hari berikutnya. PENGURANGAN NILAI KOS Penjimatan nilai kos boleh dibuat ke atas projek pada bila-bila masa dari proses insepsi sehinggalah kepada proses penyiapan.Walaubagaimanapun, adalah mudah untuk membuat perubahan ketika peringkat awal sesuatu projek daripada peringkat ketika projek sudah hampir siap.Perekabentuk biasanya keberatan dalam melibatkan diri terhadap kerja yang terbantut.Perubahan terhadap sesuatu rekabentuk adalah satu perkara yang rumit.Ia juga adalah dasar yang tidak baik untuk menyediakan perubahan rekabentuk yang megurangkan kos kurang dari pentadbiran kos yang terlibat, jika tidak pencapaiannya lebih penjimatan kos. Isu lain yang perlu dipertimbangkan: Kos simpanan Laporan membuktikan sekiranya pengurusan nilai digunakan dengan berkesan maka, simpanan yang diperolehi adalah di antara 5% dan 25%. Dengan rekabentuk projek yang kemas, peratusan bagi penggunaan pengurusan nilai mungkin berada pada paras yang lebih rendah. Perkhidmatan pengukuran kuantiti tradisional dicadangkan bagi menjimatkan wang klien antara 5% dan 10% walaupun ia juga bergantung kepada jenis projek dan keadaan organisasi klien. Perkhidmatan perunding jurukur bahan Sejak 50 tahun yang lepas, perkhidmatan perunding jurukur bahan telah membantu menurunkan kos pembinaan dengan membuat penilaian ke atas rekabentuk dan menyelesaikan pembinaan yang mendatangkan akibat yang besar terhadap industri pembinaan. Pengenalan terhadap produk yang baru, kaedah pembinaan dan kaedah kerja adalah berterusan mengubah status.

Pasukan pengurusan nilai Ahli perekabentuk perlulah sepenuhnya mengambil bahagian dalam pasukan pengurusan nilai. Ini mungkin dapat menghindarkan kemungkinan terhadap kegagalan kerja rekebentuk melainkan di bawa selari dengan pelajaran tentang nilai.

Gangguan yang mungkin terhadap proses Ketakutan kebanyakkan majikan dalam industri pembinaan adalah pengenalan penggunaan pengurusan nilai beserta proses-proses lain yang boleh menimbulkan masalah-masalah lain yang perlu diselesaikan. Terutama penggunaan masa bagi projek yang kecil dan tidak berharga kecuali sesetengah projek yang menawarkan kelebihan yang berulang-ulang sepanjang projek. Kebanyakkan boleh menerima bahawa pengurusan nilai mungkin mendatangkan kesan yang baik terhadap perubahan yang berlaku.

Pertanggungan rekabentuk Pertanggungan rekabentuk adalah isu yang sensitive. Perekabentuk membuktikan bahawa pengenalan pengurusan nilai boleh menerbitkan penyelesaian masalah rekabentuk. Perekabentuk perlu menerima pertanggungan dan tanggungjawab bagi jangka masa panjang. Akhirnya, sejak perekabentuk diberi tanggungjawab terhadap rekabentuk, segala perubahan atau pertimbangan mestilah telah diterima oleh perekabentuk terlebih dahulu. Ia seperti tidak dapat diubah lagi untuk mengasingkan pertanggungan rekabentuk daripada sebahagian tanggungjawab pengurusan nilai ketika kebanyakkan klien dipanggil untuk satu tanggungjawab terhadap projek pembinaan.

Keadaan Tidak ada sebab kenapa teknik pengurusan nilai tidak termasuk dalam projek samada ia direkabentuk menggunakan model tradisional atau arahan yang dating dari kontraktor.

Kesan terhadap jangkamasa projek Persoalan penting samada pengenalan pengurusan nilai akan memanjangkan jangkamasa keseluruhan projek daripada peringkat insepsi hingga projek siap. Jika aktiviti-aktiviti merekabentuk tergantung semasa proses pengurusan nilai, maka proses rekabentuk akan mengambil masa yang lama. Konsep pengurusan nilai menjimatkan kos (atau meningkatkan nilai), maka kontraktor adalah dicadangkan perlu berada di tapak bina untuk suatu jangka masa yang pendek. Di sini terdapat beberapa bukti yang mencadangkan bahawa lebih lama masa diambil untuk mendapatkan rekabentuk yang betul sebelum pembinaan bermula di tapak akan

membantu mengurangkan tempoh kontrak dan menyediakan simpanan yang mungkin bagi kos kontraktor.

Faedah tidak bergantung kepada kajian semula Terdapat faedah menolak kajian semula terhadap rekabentuk sebelum ia dibangunkan atau dihasilkan. Pengurusan nilai menyediakan kajian semula dan ia boleh tergolong dalam laluan yang tidak kritikal dan faedah sebenar biasanya boleh dicapai dengan pertimbangan perspektif seseorang.

KELEBIHAN PENGURUSAN NILAI Untuk menyelesaikan masalah besar dengna segera. Untuk mewujudkan matlamat kos yang rendah. Untuk mengenalpasti tujuan dan objektif. Untuk mengoptimumkan kos untuk komponen. Untuk membuat penyelesaian dengan kreatif. Untuk meningkatkan potensi pasaran. Untuk memperbaiki komunikasi Untuk memperbaiki kualiti. Untuk mengurangkan masa. RUJUKAN 1. Pengurusan Nilai dan Praktis Ukur Bahan, John Kelly & Stephen Male, Penterjemah Hasnan Abdullah, Universiti Teknologi Malaysia 2. Building Economics, Ivor H. Seeley, Fourth Edition, Macmillian 3. Cost Studies Of Buildings, Alan Ashworth M. Sc., ARICS, Third Edition, Longman

4. http://www.ivm.org.uk/vm_whatis.htm

5. http://en.wikipedia.org/wiki/Earned_value_management