Anda di halaman 1dari 2

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan

citarasa seseorang. Muzik tidak mempunyai pencipta ataupun tempat kewujudan

yang asal. Setiap bunyi yang menghasilkan rentak yang menarik dan merdu wajar dikatakan sebagai muzik.
Muzik adalah sejenis fenomena intuisi. Namun untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Genre muzik ialah binaan kategori dan tipologi yang mengenal pasti bunyi-bunyi muzik sebagai tergolong dalam sesuatu kategori dan jenis muzik yang dapat dibezakan daripada jenis muzik yang lain. Sesetengah orang menganggap kedua-dua istilah "genre" dan "gaya" sebagai sama sahaja dan menyatakan bahawa genre harus ditakrifkan sebagai buah-buah muzik yang berkongsi sesuatu "gaya" atau "bahasa muzik asas". Sebaliknya, ada juga yang menyatakan bahawa "genre" dan "gaya" merupakan dua buah istilah yang berbeza, dengan ciri sekunder seperti kandungan juga dapat membezakan genre. Sesuatu genre (atau subgenre) muzik juga dapat ditentukan menerusi teknik, gaya, konteks, dan temanya (kandungan, semangat). Asal geografi kekadang juga dapat dipergunakan untuk menentukan genre muzik, walaupun setiap kategori geografi tunggal biasanya merangkumi berbagaibagai subgenre.

Muzik seni

Muzik seni ialah pengungkapan muzik budaya tinggi. Terutamanya, ia merujuk kepada muzik klasik, termasuk muzik klasik Eropah atau lain-lain yang tersenarai dalam Senarai gaya muzik klasik (termasuk muzik klasik bukan Eropah), muzik klasik kontemporari (termasuk muzik seni elektronik, muzik uji kaji, dan muzik minimalisme). Muzik seni juga boleh merangkumi sesetengah bentuk jaz (walaupun jaz terutamanya merupakan sejenis bentuk muzik pop.) Muzik pop Muzik pop ialah pengungkapan budaya pop. Stereotaip "muzik pop" yang biasa merupakan muzik yang tergolong dalam mana-mana gaya muzik yang boleh didapati oleh orang awam dengan mudah dan disebarkan oleh satu atau lebih saluran media massa. Untuk pengenalan kritis, lihat karya Richard Middleton (misalnya Studying Popular Music, 1998) dan Starr/Waterman (American Popular Music, 2004). Muzik tradisional "Muzik tradisional" ialah pengungkapan muzik budaya tradisional. Ia merupakan nama moden untuk apa yang dahulunya dikenali sebagai "muzik rakyat", iaitu sebelum istilah "muzik rakyat" diperluas untuk merangkumi banyak bahan yang bukan tradisional. Ciri-ciri utama muzik tradisional ialah: Penghantaran lisan: Muzik yang disampaikan atau dibelajar menerusi menyanyi, mendengar, dan kekadangnya menari; Asas budaya: Muzik yang berasal daripada dan merupakan sebahagian tradisi sesuatu kawasan atau budaya. Muzik pergabungan Di Barat, hampir semua muzik, kecuali muzik tradisional, mempunyai asal pergabungan. Genre pergabungan ialah genre muzik yang menggabungkan dua atau lebih genre, misalnya muzik rock and roll yang pada asalnya dikembangkan daripada gabungan muzik blues, muzik gospel, dan lagu rakyat Amerika. Ciricirinya yang utama ialah perubahan tempo, ritma, dan kekadangnya, penggunaan "perjalanan" muzik yang panjang yang dapat dibahagikan kepada bahagianbahagian yang lebih pendek, dengan setiapnya memiliki dinamik, gaya, dan tempo tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai