Anda di halaman 1dari 5

Aku sendiri tidak pasti. Tidak pasti dengan diri ini. Melihat ibu bapaku bertengkar setiap hari.

Aku rasa seperti ingin mahu keluar. Keluar dari rumah ini. Aku beristighfar. Abangku tidak selalu balik ke rumah. Kakakku pula hilang entah ke mana. Kakakku lari dari rumah. Tinggallah aku dan Haziq, adikku yang berusia 4 tahun itu. Mendengar pertelingkahan kedua ibu bapaku. Hari ini rasanya pertelingkahan yang paling teruk. Kata-katanya tidak enak sekali untuk didengar. Cacian dan makian dikeluarkan begitu saja. Haziq menangis. Menangis teresak-esak. Aku yang sedang membaca novel Konserto Terakhir, terus keluar dari bilikku. Aku menarik tangan Haziq dan segera membawanya ke bilikku di tingkat atas.. Aku menutup pintu dan menguncinya. Aku peluk Haziq erat-erat. Dalam pelukan itu, air mataku jatuh. Mama dan ayah tak sayang kita lagi ? Aku terdiam. Aku mengusap kepalanya. Aku membawanya ke mejaku, lalu aku memberi kepadanya sebuah buku cerita kegemarannya. Kemudian, aku baring di atas katilku. Kesian Haziq, desis hatiku. Akak, Haziq mengantuklah, Mari sini. Akak dodoikan adik, Tidak lama kemudian, Haziq tidur. Aku mengambil air wuduk. Aku keluar dari bilik air dan bentang sejadah. Aku memakai telekung dan berdiri di atas sejadah. Aku berniat. Allahuakbar. Aku meneruskan solatku sehingga salam yang terakhir. Aku berdoa kepada Allah agar hatiku sentiasa tenang, tabah mengahadapi dugaan dan cabaran Aku bentangkan tilam yang ada di bilikku. Biarkan saja Haziq tidur di atas katilku hari ini. Aku menutup suis lampu. Aku mencapai selimutku. Aku terus menutup mataku. __________________________________________________________________________________ Hani, kau menangis lagi? Aku tengok setiap hari mata kau bengkak. Kau tidak apa-apa? kata Sakinah. Ina. Aku penat. Aku dah tak tahan. Sudahlah tahun ini aku bakal menempuh peperiksaan yang bakal menentukan masa depan aku. Keluarga aku huru-hara. Bagaimana, Ina? Bagaimana? Aku tak fokus dalam belajar, Ina. Aku fikirkan Ibu dengan Abah, kataku. Sabar, Hani. Kuatkan semangat kau. Aku tahu kau boleh buat, Ni. Kau pelajar elit. Pelajar elit sekolah. Katakan boleh, Hani. Kau pasti boleh. Hal keluargamu kau tolak ke tepi. SPM kau kejar dahulu, Sakinah berkata sambil mengusap belakang badannya. Cikgu Aini melihat Hani dari jauh. Dia tahu masalah yang dihadapi oleh anak murid kesayangannya itu. Namun, dia tidak mampu buat apa-apa. Dia hanya berdoa kepada Allah agar masalah itu dapat diselesaikan. Dalam hatinya, terdetik rasa kesian kepada Hani. Usai kelas Matematik Tambahan, loceng rehat pun berbunyi. Rakan-rakan sekelasnya sudah keluar dari kelas. Betul kau tak mahu pergi rehat, Hani? Nanti kau lapar,

Tak mengapalah. Kau pergilah rehat. Biarkan saja aku di sini. Baiklah, Hani. Aku tak paksa kau. Elok-elok ya? Aku mengangguk lemah. Aku lihat Hani keluar dari kelas. Aku terus menekup wajahku dengan kedua-dua tanganku. Tidak lama kemudian, Assalamualaikum, Hani. Kau ada masalah? Aku mengangkat kepalaku. Faiz rupanya. Dia merupakan ketua pengawas sekolah pada tahun ini. Mukanya putih. Raut wajahnya tenang saja. Mata kami bertembung. Waalaikumussalam, Faiz. Aku tidak apa-apa. Betul kau tidak apa-apa? Faiz, Im fine, Baiklah. Aku rasa elok kau turun bawah kerana. Aku faham. Aku turun sekarang, Aku memberi salam kepadanya dan keluar dari kelas. Aku menuruni tangga yang betul-bertul dekat dengan kelasku, di hadapan kelas 5 Cemerlang, sampai ke tingkat bawah. Di situ, aku bertembung dengan Sakinah. Aku makan bersamanya di hadapan koperasi. __________________________________________________________________________________ Sedang aku berjalan ke dapur untuk mencari makanan, aku lihat abangku sedang sibuk membuat air. Ada dua mug yang disediakan. Siapa pula yang datang? Oh, abangku sayang. Kau baru balik? Ya, aku baru balik. Aku bawa balik teman wanitaku, Mataku terbeliak. Ah, sudah. Mana? Di ruang tamu, Aku berjalan ke ruang tamu. Terlihat seorang gadis yang berambut panjang. Pakaiannya? MasyaAllah! Seperti artis Barat. Dia memandang arahku. Aku berjalan ke arahnya untuk bersalaman. Dia menghulurkan tangannya. Aku menyambut tangannya. Lembut sungguh tangannya! Aku terus berlalu ke bilikku di tingkat atas. Namun begitu, aku tidak menggemari perempuan yang bernama Aida itu. Entah mengapa hatiku tiba-tiba saja rasa benci. Aku rasa seperti ada yang tidak kena. Aku lebih suka kepada Kak Solehah, anak kepada Tuan Haji Hamid yang terkenal dengan sikap peramahnya di taman ini. Seorang yang lemah lembut bicaranya, amal ibadatnya sentiasa dijaga. Pakaiannya sopan, tidak seperti Kak Aida yang sedang duduk dengan abangku di ruang tamu. Apa yang sedang mereka lakukan agaknya? Aku dengar suara abangku yang sedang menyanyi lagu orang putih yang tidak aku ketahui tajuknya

sambil memetik gitar dari bawah. Tiba-tiba, aku terdengar suara Papa. Suaranya kuat. Bagaikan petir. Aku terkejut, lantas menuruni tangga ke ruang tamu. Berani kau bawa dia datang ke sini lagi? Papa tidak suka perempuan itu! Tapi Pa, Hafiz sayangkan Aida. Dia kandung anak Hafiz, Pa! Mama menangis. Mama menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Aku terkesima. Aku tidak dapat berkata-kata. Aku terduduk di atas lantai. Astaghfirullah! Aku beristighfar. Tidak mungkin mereka sudah. terlanjur. Kak Aida entah di mana. Papa terdiam. Kandungannya sudah mencapai 2 bulan, jika Papa tidak merestui hubungan kami, tidak mengapa. Hafiz pergi dari sini. Dengan Aida dan baby. Hafiz takkan datang lagi ke sini, kalau itu yang Papa mahukan. Maafkan Hafiz, Papa, kata Hafiz, lalu berjalan ke arah Papa. Senyap. Tiada siapa yang bersuara. Mama menangis berterusan. Aku tunduk. Tiba-tiba aku dengar bunyi tamparan yang agak kuat. Aku dan Mama melihat kea rah Papa dan Hafiz. Muka Hafiz merah akibat ditampar oleh Papa. Anak tak guna! Berlalu kau dari sini! Pergilah bersama perempuan itu! Dan jangan ka kembali lagi di sini! Aku lihat Hafiz keluar dengan pantas sekali ke tempat letak kereta. Aku mengejarnya. Hafiz! aku menjerit. Namun, Hafiz telah membawa keluar keretanya, dan pergi bersama Kak Aida. Begitu pantas sekali pergerakannya. Aku hampa. Hafiz yang ku kenali dulu kini berubah. Hubungan kami juga sudah retak. Dulu, dia sering menegurku. Semasa aku sedang sibuk mengulangkaji untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia sering mengajarku sekiranya aku tidak faham. Aku menangis. Aku menangis kerana abangku pergi. Pergi angkara taksub dengan cintanya terhadap Kak Aida. Sedih dengan perangainya yang makin berubah. Dulu dia kata, dia mahu fokus dalam kerjayanya dulu. Ingin mengumpul wang untuk keluarga, kemudian berkenalan dengan Kak Solehah, Katanya, sudah lama menaruh perasaan kepada Kak Solehah. Katanya, jika sudah tiba masanya, dia akan pinang Kak Solehah. Namun kini, segalanya berubah. Aku tidak boleh melawan takdir. Sesiapapun tidak boleh melawannya. Aku redha. _________________________________________________________________________________ Akak, marilah makan dengan adik, kata Haziq sambil menarik tanganku. Hmm, nantilah, Tak kira. Adik nak juga akak makan dengan adik, Baiklah, adikku sayang, Aku bangun dari katil. Terasa longlai sekali. Namun, untuk Haziq, aku terus berjalan dengannya. Menuruni tangga bersama, berjalan melalui ruang tamu ke tempat makan. Mama keluar bersama

rakannya ke Mid Valley, Papa pula keluar ke pejabat sebentar kerana ada urusan. Aku, Haziq dan Mak Cik Timah saja yang berada di rumah. Mak Cik Timah dah makan? tanyaku. Nanti Mak Cik Timah makan. Mak cik nak jahit baju Haziq yang terkoyak, jawabnya. Aku makan bersama adikku. Usai habis makan malam, aku membawanya masuk ke biliknya. Aku duduk sebentar, menceritakan segala sirah-sirah nabi yang aku ketahui dan pelajari sebelum ini. Aku bermain-main dengannya. Main dam haji, menonton televisyen dan akhirnya tertidur di atas ribaku. Aku mendukungnya ke bilik. Usai membuka lampu meja di penjuru kamar bilik, aku tidak menutup pintu terlalu rapat. Aku turun ke bawah. Tidak lama kemudian, aku dengar ada orang mengetuk pintu depan rumahku. Aku terkejut melihat seorang perempuan yang bertudung labuh, berpurdah dan berbaju kurung. Assalamualaikum, Hani, Suaranya seperti kakakku. Waalaikumussalam kak. Marilah masuk, Aku membawanya ke ruang tamu. Aku duduk jauh sedikit daripadanya. Tunggu sebentar! Sebelum ini, pakaian kakakku berbeza sekali. Daripada pakaiannya yang mendedahkan aurat, kini pakaiannya sejuk mata memandang. Dia membuka purdahnya. Sah! Perempuan ini adalah kakakku! Dia berjalan ke arahku dan memelukku. Akak nak minta maaf kepada Hani. Dulu, akak tak pernah fikir akan Mama, Papa, Hani dan Haziq. Hmm. Aku terdiam seketika. Aku membiarkan dia menceritakan segalanya. Akak tahu akak dah banyak buat silap dengan kamu semua. Tapi, kamu tak tahu perasaan akak waktu itu. Akak segera keluar dari rumah ini dan mencari tempat tinggal yang baru, Aku melepaskan pelukannya dengan lembut sekali. Tidak pernah kami berpeluk erat seperti ini. Aku memandang ke arahnya. Mata kami bertembung. Sewaktu akak masih mencari-cari rumah yang baru, akak terjumpa dengan seorang lelaki yang. Yang? Seorang lelaki yang membawa akak ke syurga, Syurga? Ya, syurga. Syurga dunia, katanya. Aku ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Aku ingin mendengarnya. Barulah aku tahu bahawa kakakku pernah tinggal dengan seorang lelaki yang dijumpai oleh dirinya. Dia diajak untuk tinggal sebumbung, buat sementara waktu.

Akak menolak ajakannya, tapi dia memaksa akak. Akak dibawa ke rumahnya. Dia tinggal seorang. Pada mulanya, akak rasa selesa tinggal di rumahnya. Namun, akak melarikan diri setelah dia cuba melakukan sesuatu kepada akak. Akak sempat menendang perutnya, lalu keluar dari situ, Dia menarik nafas dan menghembusnya. Dia menyambung ceritanya lagi. Akak pergi ke sana ke mari untuk mencari tempat berlindung. Sedang akak berjalan seorang diri, akak ternampak sebuah masjid. Akak terus masuk ke dalam masjid dan mengambil wuduk, katanya. Akak nak solat, Hani. Nak solat, tapi akak blank masa itu. Akak menangis. Lama akak tinggal solat, Hani. Akak tak macam kau, Hani. Kita belajar tentang solat, betul? Tapi akak tak pratikkan dalam kehidupan akak. Akak sedih sangat. Akak tak macam kau, Hani. Akak malu dengan kau. Kau pandai dalam bab agama. Akak tak! Hani! Akak tak! Tengok kehidupan keluarga kita yang. entahlah. Semenjak adanya Haziq muncul dalam keluarga kita, makin parah. Akak tak suka! Akak kataku. Hani, cuba kau lihat kehidupan keluarga kita. Kita bukan dalam kategori Keluarga Bahagia. Kau lihat sahaja kedua-dua ibubapa kita. Mereka sendiri kurang menerapkan unsur-unsur islamik dalam keluarga kita. Akak sudah tahu lama perkara ini. Tetapi, kerana ilmu yang sangat rendah. Tapi, akak sudah berubah menjadi baik. Akak usaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya! Hani bukanlah hebat seperti apa yang akak katakan. Tidak! Hani manusia biasa. Manusia biasa mesti ada kekurangannya, kak. Hani bersyukur sebab akhirnya akak pulang. Allah bukakan hati akak. Memberi hidayah kepada akak. Akak beruntung sebenarnya. Akak diberi peluang untuk bertaubat. Allah Maha Pengampun. Pintu taubatnya sentiasa terbuka luas. Kita saja yang terlalu alpa,

Anda mungkin juga menyukai