Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BAHAN BANTU MENGAJAR Kebaikan Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu

mengajar memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran Matematik. Bahan bantu mengajar merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbanagan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Kedua, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetengahkan konsep. Oleh itu, pelajar dapat melihat sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk matapelajaran Matematik, dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan mudah. Ketiga, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang dilah dirancang. Keempat, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan bahan bantu

mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Norma,2004) . Kelima, menurut Norma (2004) juga penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Keenam, Saridah (2006) pula menyatakan bahan bantu mengajar Matematik seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan masing-masing kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala tujupembelajaran dengan kadar yang cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topic yang agak sukar. Ketujuh, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direkacipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep dan penguasaan topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topic penjelmaan khususnya subtopik putaran ( Hamdan, Surizan, 2010)

Anda mungkin juga menyukai