Kami telah membaca dan menganalisis satu kajian tindakan yang telah dijalankan secara individu oleh Cikgu Zaridah binti Zuber dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak Darul Ridzuan. Kajian tindakan ini bertajuk Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Kajian ini melibatkan seramai 44 orang murid Tahun 2 Pandai di SK Seri Manjong yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Penulis menjalankan kajian ini adalah bertujuan untuk membantu muridmurid yang lemah dalam menguasai penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf besar. Penulis juga mendapati murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar apatah lagi murid yang lemah. Fokus beliau adalah kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunanan huruf besar amat penting dan asasnya mestilah dipupuk dari awal kerana kemahiran inilah yang akan digunakan ketika mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang penulisan. Jika masalah ini tidak ditangani di kalangan murid tahap satu, maka peratusan markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 akan terjejas. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis, kesalahan dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Objektif utama yang dinyatakan oleh penulis bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat. Di samping itu, penulis juga berharap agar murid-muridnya dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap penggunaan huruf besar. Di dalam kajian ini, penulis telah menggunakan beberapa methodologi kajian. Antaranya termasuklah dengan kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian pengesanan, tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan semakan buku latihan. Dari segi pelaksanaan kajian, kami mendapati bahawa penulis telah menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh (1989) di dalam kajiannya ini.
MENGUMPUL DATA
PUTARAN SETERUSNYA
Gambarajah di atas menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan mengikut teori Model Somekh, (1989). Setelah membaca dan meneliti kajian yang dibuat oleh penulis, kami mendapati kajian tindakan beliau mirip kepada teori Model Somekh, (1989). Mengikut model ini, terdapat lapan langkah atau proses yang perlu diikuti bagi melaksanakan
sesuatu kajian tindakan. Langkah pertama dalam proses kajian tindakan ini adalah mengenalpasti masalah di mana masalah yang dikenalpasti oleh penulis adalah kelemahan murid tahun 2 Pandai dalam penggunaan huruf besar. Langkah yang kedua adalah mengumpulkan data daripada sampel kajian di mana penulis menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti sebab berlakunya kelemahan pelajar dalam penggunaan huruf besar di awalan ayat. Penulis menggunakan empat kaedah pengumpulan data di dalam kajiannya ini. Antara kaedah yang digunakan adalah pemerhatian. Penulis telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi melihat sendiri sikap murid-murid terhadap kemahiran penggunaan huruf besar. Selain itu, penulis juga telah menyediakan borang soal selidik di mana penulis membacakan soalan yang berkaitan dan murid menjawab secara jujur mengenainya. Kaedah ketiga yang digunakan adalah melakukan ujian pengesanan kepada murid-murid di mana ia bertujuan untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar di dalam ayat. Selain daripada itu, tindakbalas murid dinilai semasa menjawab soalan yang diberikan. Akhir sekali kaedah semakan buku latihan digunakan bagi menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan. Menurut Model Somekh, langkah yang ketiga adalah menganalisis data kajian yang diperolehi daripada sampel kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian penulis, sikap murid menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar merupakan masalah yang paling kerap dilakukan, iaitu menyumbang 77%. Manakala kurangnya tumpuan murid menyumbang sebanyak 18% kepada punca masalah ini. Selain itu, tiadanya bimbingan daripada ibu bapa atau ahli keluarga menyumbang sebanyak 14% manakala 11% berpunca daripada tidak
memahami arahan soalan. Sikap malas turut menyumbang sebanyak 7% dan akhir sekali kurangnya keyakinan murid itu sendiri menyumbang sebanyak 5%. Langkah yang keempat dalam Model Somekh adalah merancang pelan tindakan di mana penulis telah merancang untuk menggunakan teknik warna bagi mengatasi masalah ini. Murid-murid diminta untuk menulis setiap huruf pertama pada permulaan ayat dengan menggunakan pensel warna. Ini kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan murid. Oleh itu penulis telah mencantumkan pensel warna biru dengan pensel murid-muridnya agar mereka tidak lupa untuk menggunakannya setiap kali menulis huruf pertama pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah.
Langkah yang kelima adalah melaksanakan pelan tindakan di mana penulis telah membahagikan pembelajaran huruf besar kepada tiga aktiviti utama yang dinamakan Item 1, Item 2 dan Item 3. Item 1 merupakan aktiviti di mana pelajar membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar, kemudian mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut dan menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna. Item 2 pula murid membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat dan kemudian menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna di permulaan ayat sahaja. Item 3 pula murid-murid diminta untuk membaca beberapa ayat yang diberi tanpa huruf besar dan menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna pada permulaan ayat dan selepas noktah. Menurut Model Somekh, langkah keenam ialah mengumpul data untuk mengesahkan perubahan di mana penulis telah memperolehi data seperti jadual di bawah: MARKAH UJIAN PENGESANAN 20-16 15-10 9-6 5-0 22% 22% 26% 30% *ITEM 1 100% 0% 0% 0% PENCAPAIAN *ITEM 2 100% 0% 0% 0% 96% 4% 4% 0% *ITEM 3 UJIAN PENCAPAIAN 95% 2.5% 2.5% 0%
Penulis telah mengesahkan bahawa teknik warna yang dijalankan telah membawa perubahan dalam markah murid-murid sekaligus menampakkan peningkatan pemahaman mereka melalui keputusan ujian pencapaian yang melibatkan ketiga-tiga item dalam aktiviti yang dirancang. Keputusan ini jauh menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding ujian pengesanan yang telah dijalankan sebelum teknik penggunaan warna diperkenalkan. Langkah ketujuh di dalam model ini adalah menganalisis dan menilai keberkesanan kaedah teknik warna dalam meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar bagi murid tahun 2 Pandai. Hasil daripada analisis ujian pencapaian mereka, telah terbukti bahawa terdapat peningkatan kemahiran dalam penggunaan huruf besar di kalangan murid-murid tahun 2 Pandai. Keyakinan diri mereka juga menunjukkan peningkatan yang positif di mana mereka masih menggunakan warna biru untuk penggunaan huruf besar walaupun tanpa arahan dari 4
guru. Menurut penulis, pencapaian murid juga telah meningkat dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR1-2006) di mana hanya tiga orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Dua orang daripada mereka adalah murid dari kelas pemulihan. Langkah yang terakhir dalam Model Somekh adalah putaran seterusnya, di mana kajian tindakan yang sama atau yang baru perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan atau kegagalan di dalam kajian tersebut. Mengikut kajian penulis ini, beliau telah berjaya meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar di kalangan murid-muridnya. Ini jelas terbukti apabila markah murid-muridnya meningkat di dalam ujian pencapaian yang dijalankan oleh beliau selepas teknik warna dilaksanakan. Bagi melengkapkan putaran kajian seterusnya, penulis berhasrat untuk meneruskan satu lagi kajian tindakan pada masa hadapan di dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 2 Pandai dalam penggunaan tanda baca seperti koma dan noktah. Sebagai kesimpulannya, kajian tindakan adalah sesuatu yang penting untuk dilaksanakan oleh setiap guru bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar mereka. Di sini, kami berasa kagum dengan pendekatan yang telah digunakan oleh Cikgu Zaridah bagi membantu murid-muridnya untuk menguasai penggunaan huruf besar. Kejayaan ini merupakan satu usaha yang murni yang perlu ada di dalam diri setiap guru untuk membantu murid-murid yang lemah agar mereka berkeupayaan menguasai sesuatu kemahiran. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar jika setiap guru menjalankan satu kajian tindakan setiap tahun bagi mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar mereka.