Anda di halaman 1dari 10

PASSIONATE ABOUT BLOGGING VERSI BAHASA MALAYSIA

Blogging, IT, Undang-Undang, Sosio-Politik Di Malaysia


Skip to Content

About Me Blogroll (Add Yours Here) Contact Me Ruang Iklan PERCUMA Sitemap Video Pilihan

Penggunaan Kata Kunci Dalam Lapuran Akhbar


Mar 22nd, 2011 by Passionate Blogger.

Dalam melaksanakan tugasannya, wartawan(reporter) biasanya melapurkan kejadian berdasarkan apa yang dilihat dan didengaroleh mereka di tempat kejadian. Berbeza dengan jurnalis (journalist) yang mengupas isu-isu yang ada dan cuba menarik pembaca dengan persoalan- persoalan yang mungkin timbul dari sebarang kejadian yang berlaku, tugas seorang wartawan adalah lebih terhad kepada melapurkan akan sebarang peristiwa yang berlaku dan tidak lebih dari itu. Jika prestasi seorang jurnalis dilihat dari segi keupayaaannnyamengupas sesuatu isu dan menyampaikannya dengan berkesan, keupayaan seseorang wartawan pula dilihat dari segi keupayaannnya menyampaikan berita dengan CEPAT, TEPAT dan dari SUDUT YANG MENARIK.

Sesuatu berita yang disampaikan tidak semestinya terperinci, namun sebarang kata kunci berguna boleh menarik perhatian pembaca membaca berita yang ingin disampaikan. Kata kunci ini boleh disampaikan dalam bentuk tersirat mahupun tersurat. Cuba lihat lapuran akhbar di bawah ini dan diharap anda semua dapatberikan perhatian kepada KATA KUNCI yang telah diTERANGKAN dengan warnaMERAH. KOTA KINABALU: Seorang pemandu berumur 19 tahun, tanpa seluar dan rakan wanitanya cedera dalam satu kemalangan apabila Proton Saga yang mereka naiki terbabas ke dalam parit bertentangan Anjung Selera di Likas, Ahad. Kemalangan pada jam 3.30 pagi itu menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan pada mukannya sementara wanita itu patah kaki. Pemandu itu datang dari Keningau bersama seorang rakan lelaki dalam usia 20-an sebelum kejadian dan menjemput wanita itu berhampiran Hospital Queen Elizabeth. Ketiga-tiga mereka kemudiannya pergi ke Anjung Selera untuk makan malam. Ketika makan malam itu, rakan lelaki tersebut pergi ke tandas berdekatan dan sekembalinya dari tandas, pemandu dan wanita itu tidak berada di sana. Kereta yang diletakkan ditepi jalan itu juga hilang dan apabila diberitahu bahawa terdapat kemalangan di seberang jalan, dia bergegas untuk memeriksanya dan mendapati wanita itu terbaring dekat jalan raya dan rakannya tidak berseluar dan hanya memakai jaket, berusaha untuk keluar dari kereta itu yang berada di dalam parit. Daily Express

Wartawan ini ternyata cuba menyampaikan sesuatu kepada pembacadengan kata kunci di ulang beberapa kali dalam lapurannya. Namun dia tidak pula mahu menjelaskannya secara tersurat (Takut kena saman kot? ). Sebagai pembaca anda adalah BEBAS UNTUK MENTAKSIRKAN apa yang berlaku semasa kejadian itu dan membuat KESIMPULAN ANDA SENDIRI. Samada taksiran anda tepat atau tidak adalah satu hal yang lain lagi. Sebagai pembaca, saya rasa kata kunci di atas tidak perlu dimasukkan dalam laporannya KECUALI penulis cuba untuk memberitahu kita sesuatu. Bagaimana pula pendapat anda? P/S: Lapuran yang lebih hangat boleh di baca di Harian Metro Edisi Sabah - Penggunaan Kata Kunci Dalam Lapuran Akhbar Passionate About Blogging

Anda Juga Mungkin Teringin Nak Baca Yang Ni Jugak: March 14, 2011 -- Lain Yang Berlaku Lain Yang Di Tulis (33)
Posted in: Macam-Macam. Tagged: Berita Lapuran Akhbar Penggunaan Kata Kunci Reporter

32 Comments
1. anif

Cari Guna Google BlogSkandal Video Seks Dan Datuk T

March 22, 2011 at 11:10 pm Saya berpendapat laporan akhbar tersebut adalah sesuatu yang sangat kelakar dan lucah [Reply] hehe..

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 5:44 am

Masih lucah jugak ke bro.. Rasanya berhabis dia cuba elak dari buatnya jadi lucah

[Reply]

dnoBiz Reply:

March 24th, 2011 at 1:54 am

apa yang dia lupa tambah ialah ayat lu pikir lah sendiri [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 24th, 2011 at 5:48 am

He he..

2.

tehr
March 23, 2011 at 1:44 am adakah tujuannya untuk melariskan akhbar? [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 5:45 am

Mungkin jugak cuma jika kita bandingkan dengan lapuran di Harian Metro, kawe rasa dia cuba elak dari speculate apa2. [Reply]

suri Reply:

March 23rd, 2011 at 11:54 am

dlu suka baca metro tapi sllu apa yg di kata haya ayat jer yang bujak di trick kita dalam tak supe bikin..kekanad le hee skrg beralih ke kosmo murah dam isi mnrik jua [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:16 pm

harian metro top tau di msia.. tapi kawe tak beli baca bila ada org sorong je

3.

zik
March 23, 2011 at 3:21 am

kalau bab melaris nie .. memang macam tuh. huhu.. entahla.. [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 5:46 am

[Reply]

4.

decrewz
March 23, 2011 at 9:16 am Kata kuncinya dah cukup terbaik.. Dari jalan cerita, org pun dah tau apa yang berlaku sebenarnya tanpa dijelaskan secara terperinci.. [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:16 pm

ye ke hang tau Jai? dah nikah ke belum? lupa lak tarikh kawin ko tu.. [Reply]

5.

suri
March 23, 2011 at 11:52 am satu trick yg bagus ni hee..nak tarik mint org mmbli sejurus mmbaca bukan satu pkra yg sng.. [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:17 pm

kawe tak rasa dia nak trick Suri.. mungkin dia sengan nak tulis cite sebenonya kot.. [Reply]

6.

suri
March 23, 2011 at 11:53 am olahan bahsa yang menarik akan mmbuatkan seseorang itu sllu mmbli suratkhbar walaupun isi yg d sampaikan di tv sama [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:18 pm

dan baca blog jugak [Reply]

7.

maza
March 23, 2011 at 11:54 am opps.. dalam kereta dan sesingkat masa hendak kencing pun sempat lagi orang itu tanggal2kan seluar hehehhe [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:19 pm

kencing ye? eleh Maza pun mcm reporter tu jugak.. main kias-kias [Reply]

8.

tengkorak emas
March 23, 2011 at 4:06 pm sanggup ditinggalkan kawannya tu..ish2 [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:19 pm

tu yg bala tu [Reply]

9.

zulkbo
March 23, 2011 at 7:19 pm salam.. selalunya kata kunci yang gempak digunakan untuk menarik trafik he he.. [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 23rd, 2011 at 9:20 pm

wsalam.. aik.. mcm kawe teringat pagi tadi ada org main kata kunci.. he he..

[Reply]

10.

Mus
March 23, 2011 at 10:01 pm kurnag paham aku.. dah baca 2 kali. [Reply]

Pejuang Kesenian Extreme Reply:


March 23rd, 2011 at 10:09 pm

Baca kali ketiga..mesti dapat..hehe [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 24th, 2011 at 5:49 am

Cuba check Harian Metro utk edisi tak censored! [Reply]

11.

akubiomed
March 23, 2011 at 11:34 pm Perlukah sebut keyword tanpa seluar dan tidak berseluar. Lapor sahaja apa yang berlaku sudah cukup tidak perlu membogelkan mangsa [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 24th, 2011 at 5:50 am

Dia sebenarnya tak mahu malukan mangsa sbb ada cerita lain mengapa kereta tu terbalik dalam parit. [Reply]

12.

Ladfe Amir
March 24, 2011 at 12:39 am berita cuba disampaikan secara tepat tanpa perlu ada ayat2 panas. aku fikir mesti artikel ni direject berkali2 dan diperbetulkan berkali baru smp kepada kita semua. [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 24th, 2011 at 5:51 am

letak pun agak tersembunyi sikit. kawe pun sedar sbb ada kawan tunjuk [Reply]

13.

dnoBiz
March 24, 2011 at 1:58 am Dari satu sudut ianya nampak seperti cuba memalukan mangsa, tapi kalau dari sudut lain dan dipandang dari fikiran positif ianya dapat membuka mata supaya sedar balasan tuhan tidak semestinya diakhirat sahaja Ps : Hudud dilakukan dikhalayak ramai.. Mengapa ??? adakah untuk memalukan atau menyedarkan orang lain ??? Pss : Cuma Pandangan aku [Reply]

Passionate Blogger Reply:


March 24th, 2011 at 5:53 am

Ditto bro tanpa keyword tu pun sure pembaca akan tertanya-tanya kenapa kereta itu terbalik.. Cuma dah ada keyword.. ada juga yg pening .. he he [Reply]

14.

yas
March 26, 2011 at 12:57 am Heheheyg sebenornye dia nak sampaikan pemandu tu buat projek segera dlm ketatu yg dok ulang ayat tanpa seluar sampai 2 kali. Tp heran gak bila baca ayat nih. Kereta yang diletakkan ditepi jalan itu juga hilang dan apabila diberitahu bahawa terdapat kemalangan di seberang jalan, [Reply]

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked * Name * Email * Website

Comment

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Post Comment

o o o o o o o o o o o o o

Subscribe to our Feed via RSS

Recent Posts

Selamat Tinggal Bungaku Menconteng Arang Di Muka Sendiri Demam iPad 2 Di Malaysia Masa Untuk Bersatu? Karnival Kesedaran Autisme | Seribu Wajah Autisme REWARD Buat Penghisap Rokok 2 In 1 | Main Belon Di Garden Of Eden Garden of Eden Contest | Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Recent Comments

Transformers Dark Of The Moon | Dulu Lain Sekarang Lain onTransformers 3 Dark of The Moon akieq on Contact Me Norzila on Siapa Kata Tarian Poco Poco Haram? Tengoklah Sendiri Dulu! Zuraizee on Kg Nelayan Seafood Restaurant ezzati zapuri on Kura-Kura Kecil

Categories Archives

Powered by Max Banner Ads

Powered by Max Banner Ads

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Powered by Max Banner Ads

Blogroll
A2O Photography Dulu Lain Sekarang Lain Glory Glory Man Utd Passionate About Blogging Precious Crafts Roq Photography

Top Commentators
suri (259) maza (199) tengkorak emas (171) dnoBiz (164) tehr (140) zik (137) Hadi Rofiee (128) Tie (119) akubiomed (104) anif (103) Ali ridha (86) etomyam (76) adele (55) Sabahan Bloggers ... (45) Mus (43)


2011 Passionate About Blogging Versi Bahasa Malaysia | Powered byWordPress A WordPress theme by Ravi Varma

Anda mungkin juga menyukai