Anda di halaman 1dari 15

Tajuk : MUNAFIK

Definisi Munafik

Istilah syarak: orang yang menzahirkan apa disembunyikan di dalam hatinya.

Ertinya, orang yang di dalam dirinya tidak ada keserasian dan keselarasan antara zahir dan batin.

Sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen,dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir.

Asas Kemunafikan/Nifak

Asas kemunafikan adalah kufur dan takut.

Individu yang munafik menyembunyikan kekufurannya kerana takut diketahui identitinya yang sebenar iaitu kufur.

Mereka berpura-pura Islam kerana ingin mendapatkan habuan keduniaan dengan Islam mereka secara zahir.

Dan mereka berusaha menghancurkan Islam dan umatnya daripada dalam.

Mereka lebih merbahaya daripada kafir yang asli kerana mereka tidak dapat dikenali secara jelas seperti orang kafir lain.

Tanda-tanda Munafik Hati yang sakit iaitu sakit yang tidak dapat menerima kebenaran atau melihat kebenaran dengan pandangan yang serong. Melakukan kerosakan di bumi dengan membuat maksiat/kekufuran, tetapi tidak mengakuinya malah mengatakan mereka membuat kebaikan. Menuduh orang beriman sebagai bodoh kerana beriman kepada Allah dan mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Mereka berkata-kata dengan baik,tetapi dalam hati mereka adalah musuh yang sangat keras. Mereka bangga dengan dosa-dosa dan kerosakan di bumi yang mereka lakukan. Menipu,riyak,atau menunjuk-nunjuk dan malas dalam beribadah. Berhukum dengan hukum-hukum taghut. Merosakkan perpaduan orang Islam.

Berdusta,takut dan benci kepada orang Islam. Suka mengaibkan orang Islam yang berada di jalan benar,reda dan marah demi keuntungan diri sendiri. Menyeru kepada mungkar dan melarang perkara makruf. Berpesan-pesan meninggalkan jihad. Merancang membuat mudarat kepada orang beriman di sebalik perbuatan yang zahirnya baik tetapi sebaliknya mengandungi perancangan jahat.

HADITH

Dari Abdullah ibn Amr bahwa Nabi Saw bersabda: Empat sifat yang barang siapa mengerjakannya, maka ia menjadi munafik tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifak sehingga ia meninggalkannya, yaitu: (1) apabila dipercaya, ia berkhianat, (2) apabila berbicara, ia dusta, (3) apabila berjanji, ia tidak menepati, dan (4) apabila bertengkar, ia curang (mau menang sendiri) (HR al-Bukhari dan Muslim)

SEBAB WURUD : Hadis tersebut disebutkan baginda Rasulullah terhadap golongan atau orang munafik Baginda tidak menyatakan dan tidak menunjukkan kepada para sahabat nama nama orang munafik yang dimaksudkan tetapi dijelaskan sifat-sifat utama.

HURAIAN HADIS :

Huraian Ringkas Dalam hadis tersebut , dinyatakan 4 ciri orang munafik yang mana bila terdapat kesemuanya dalam diri seseorang maka ,ia menjadi munafik sejati. Pada asasnya,orang munafik tidak dapat diketahui dengan jelas namun dapat diketahui melalui ciri cirri yang telah dijelaskan oleh Rasulullah. Sifat munafik adalah sifat tercela dan hanya dengan bertaubat dengan penuh keikhlasan dapat mengembalikan diri kepada ALLAH.

Huraian Terperinci

Sejarah dan Hakikat Nifaq

Ia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga selepas kewafatan baginda dan telah dijelaskan di dalam al Quran berkaitan dengan puak munafik

Golongan manusia yang wujud pada masa itu dibahagikan kepada 3 golongan : Golongan mukmin yang beriman sepenuh jiwa Golongan kafir yang jelas menyatakan kekufuran mereka Golongan munafik ,iaitu mereka yang dari sudut zahirnya mengakui beriman batinnya adalah kufur.

Selepas kewafatan nabi golongan munafik masih wujud ,malah lebih ramai sebagaimana yang dinyataknan oleh Huzaifah al-Yamani.

Buktinya : selepas wafat nabi lahir golongan al Zindiq (kafir Zindiq)

Pengertian Nifaq dan Pendapat Ulama

Istilah : nifaq dihubungkaitkan dengan iman dan nifaq dari sudut iman ,orang munafik ialah mereka yang mengakui beriman dengan zahir sedangkan mereka berpura pura beriman dan sanubarinya ingkar.

Ahl al Sunnah wa Al Jamaah : Seandainya dalama diri mereka ialah asalnya nifaq ,mereka adalah munafik tulin iaitu dari segi akidah mereka keluar dari iman dan kufur Sekiranya dalam diri mereka asalnya dari iman dan nifaq adalah sebahagian dari iman ,mereka bukan munafik tulin ,hukumnya adalah berdosa ( munafik dari sudut amal bukan akidah )

Konsep Nifaq dan Bandingan Golongan Munafik

Konsep:

Golongan yang mendustakan iman dari sudut hati dan membenarkan islam dengan lidah.Namun terdapat berbagai jenis golongan munafik .Dari sudut asas mereka tebahagai kepada 2 iaitu : Perbandingan pertama: (seperti orang yang menghidupkan api)

Pertama : Ibn Abbas : mereka yang beroleh petunjuk selepas itu dicabut petunjuk dan keimanan mereka Kedua : Ibn Mas`ud : Mereka berada dalam kegelapan syirik ,kemudian menjadi muslim,tetapo setelah menjadi kufur mereka tidak mengetahui halal dan haram Ketiga : Ibn Kathir: mereka beriman kemudian kufur Keempat : Abd Rahman bin Zaid bin Aslam : itu adalah sifat munafik .

Perbandingan kedua : (seperti orang yang lemas di dalam air)

Pertama : Ibn Kathir : merupakan perbandingan golongan munafik iaitu kaum yang mana kebenaran telah menyerlahkan mereka dan dalam keadaan yang lain pula mereka meragui kebenaran Kedua : Pendapat lain : Umat islam menjadi kuat apabila mendapat kejayaan tetapi lemah apabila mendapat tekanan mereka akan bangkit mendapatkan kekufuran .Sebagaimana yang terjadi dalam Perang Uhud .

Pembahagian golongan munafik dan sikap muslimin

i.

Bahagian pertama : golongan munafik yang mana mereka kadang ketika mengetahui kebenaran dengan hati dan mempercayainya dan kadang kala mengkritik dan menentang kebenaran.

ii.

Bahagian kedua : golongan yang disebabkan lemah pegangan hati mereka menyebabkan mereka bertukar pegangan mereka dan iman mereka dan iman mereka kepada kekufuran.

iii.

Bahagian ketiga : golongan munafik yang lemah dari sudut amalan hati untuk mengasihi, membesarkan dan memuliakan iman dan islam.

Faktor nifaq dan munafik menyembunyikan kekufuran.

i.

Mereka takut kepada orang beriman dan mereka mengakui beriman di hadapan orang beriman dan setelah kembali kepada sekutu mereka, mereka menyatakan bahawa mereka sebernanya berbuat demikian untuk

memperolok-olokkan orang beriman. ii. iii. iv. v. Mereka ingin menipu orang beriman dan menipu Allah. Dalam hati mereka tersirat sifat dengki terhadap orang beriman. Mereka ingin memperolo-olokan orang beriman. Orang munafik itu benci dan menggangap orang yang beriman itu bodoh serta sia-sia. vi. Mereka ingin terus bersama sekutunya dan juga takut kepada orang beriman.

Bahaya dan balasan orang munafik

i.

Allah akan memperli orang munafik itu dan membiarkan mereka terbiar dalam kesesatan dan meraba-raba mencari jalan yang sebenar.

ii.

Umat islam diharamkan menyembahyangkan jenazah orang munafik kerana mereka itu tergolong dalam golongan orang yang kufur.

iii.

Orang munafik dikenakan azab yang mana akan menimpanya sewaktu di dalam kubur dan azab yang pedih.

iv. v.

Disediakan untuk orang munafik dengan azab siksa yang tidak terperi. Mereka iyu tidak akan diampun oleh Allah dosa mereka. Jika Nabi sekalipun bertaubat meminta ampun untuk mereka dan tidak diampun dosa mereka.

vi.

Orang munafik akan mendapat balasab azab neraka yang mana mereka akakn kekal dalamnya serta juga mendapat laknat daripada Allah.

vii.

Orang munafik itu adalah sekutu orang kafir yang mana mereka itu hendaklah ditentang dan melayan dengan kasar serta bertindak keras.

Sifat buruk orang munafik.

i.

Orang munafik itu tidak mempunyai pendirian yang teguh atau tidak istiqamah dalam iman atau kufur.

ii.

Orang munafik itu akan menyuruh dan membantu ke arah kemungkaran dan menegah ke arah kebaikkan.

iii. iv.

Orang munafik itu bersifat bakhil dan kedekut. Orang munafik tidak mensyukuri nikmat Allah dan tidak mengingati Allah dan tidak beribadat kepada Allah.

v.

Orang munafik melakukan perbuatan keji, maksiat dan dosa besar, sesuai dengan keadaan mereka golongan yang fasik.

vi.

Orang munafik sentiasa mengharapkan supaya orang islam kalah dalam peperangan melawan kafir.

iv.

Orang munafik melakukan bencana , kerosakan dan kemusnahan di muka bumi.

v.

Orang munafik menunaikan sembahyang dalam keadaan malas khasnya sembahyang isyak dan subuh serta tidak ikhlas dalam ibadat.

vi.

Orang munafik sentiasa memperli nabi Muhammad s.a.w. dan apa yang dibawa oleh Baginda.

Hukum

i. ii. iii.

Haram menyembahyangkan jenazah oang munafik. Haram memimta ampun untuk golongan munafik. Munafik dari sudut akidah akan menerima azab dan ditempatkan dalam neraka yang berkekalan dalamnya.

iv.

Orang munafik dari sudut amalan tidak gugur imannya namun mereka ditempatkan dalam neraka menurut kadar maksiat dan dosa besar mereka jika tidak mendapat keampunan Allah.

v.

Golongan munafik adalah sia-sia amalan mereka.

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK

i.

meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

ii.

bercakap benar apabila berbicara.

iii.

bersifat jujur dan amanah.

iv.

menunaikan janji.

PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA

ORANG FASIK

Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah

Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah

ORANG MUNAFIK

Keimanan mereka berpura-pura sahaja

Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka

adalah musuh Allah

ORANG YANG SEMPURNA IMAN

Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah

Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan

Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Pengajaran

i.

Wujud golongan penentang Islam samada secara zahir seperti kafir musyrik di samping golongan berpura-pura dan ingin meruntuhkan Islam dan bersengkol dengan kafir untuk menghancurkan Islam yang dikenali dengan orang munafik.

ii. iii. iv. v.

Ciri-ciri orang munafik ialah mereka yang meragui tentang kebenaran islam. Golongan munafik lebih berbahaya daripada orang kafir. Golongan munafik itu adalah golongan yang fasik. Rasulullah s.a.w. mengkhususkan tiga atau empat sifat orang munafik dalam hadis hadis tersebut sebagai tanda munafik kerana ia merangkumi

perkataan, perbuataan dan niat yang saling bertentangan.