Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan : Konsep Pendidikan Jasmani berdasarkan Sukatan Pelajaran PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan

pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. MATLAMAT Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. OBJEKTIF Murid boleh : 1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; 3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; 4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; 5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Nota Kaki : Secara kesimpulannya, mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, PJ terbahagi kepada 3 Tunjang utama. 1. 2. 3. 4. Tunjang Kecergasan Tunjang Kemahiran Tunjang Kesukanan Konsep Setiap Tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani 5. Anda semua telah mengetahui bahawa Pendidikan Jasmani terdiri daripada 3 Tunjang utama, iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Namun demikian, masih ramai

dikalangan guru dan guru pelatih khususnya dan masyarakat amnya kurang mengetahui mengenai perancangan dan agihan tunjang tersebut. Nota PJ yang seterusnya akan membincangkan konsep setiap tunjang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Selamat Membaca! Tunjang 1 : Kecergasan Kecergasan merupakan suatu tunjang yang membincangkan keupayaan murid melakukan aktiviti secara berterusan tanpa merasa letih dan lesu. Tumpuan dan yang khusus pada tunjang ini ialah komponen kesihatan dan komponen motor. Dalam tunjang kecergasan ini tidak semua aspek kesihatan fizikal diajarkan kepada murid. Terdapat beberapa tajuk yang tidak diajar kepada murid. Tajuk daya tahan otot dan kekuatan otot tidak diajarkan kepada murid tahun satu sehinggalah murid tahun tiga adalah mengambil kira faktor murid masih lagi lemah dari segi pembinaan otot kerana pada masa kini tisu otot dan tisu tulang. Pada masa kini, pembentukan sel tulang matang (osteosit) hasil daripada pemerangkapan fiber dan mineral oleh sel pembentuk tulang (osteoblast) sedang aktif berlaku. Oleh itu, aktiviti yang terlalu berat akan mengganggu proses pembentukan tulang ini. Berbanding murid di tahap 2, perkembangan tulang dan otot mereka adalah lebih matang sedikit daripada murid tahap 1. Dengan sokongan daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan, maka proses pembentukan tulang dan otot tidak akan diganggu. Malah otot dan tulang akan dilatih untuk menjadi lebih kuat dan matang. Sebagai contoh murid tahap 2 talah mula diberikan dengan tugasan aktiviti-aktiviti yang berperingkat berdasarkan umur. Tajuk-tajuk Daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan merupakan tajuk yang diajar kepada murid tahap 1 sehingga ke tahap 2. Hal ini kerana, komponen tajuk ini membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Perkembangan otot kardiak dan tisu otot perlu di bantu melalui latihan/ aktiviti yang boleh membantu seperti latihan aerobik bagi daya tahan kardiovaskular dan aktiviti seperti dirian Y, imbangan bangau, lentik kucing dan lari ulang-alik pula boleh membantu aspek imbangan, koordinasi dan ketangkasan. Komposisi badan pula diterapkan semasa tahun 6 kerana murid-murid tahun 6 sudah memiliki tubuh badan yang matang dan perlu dibentuk. Pada peringkat ini kesesuaian sukan yang diceburi juga berkaitan dengan anggota tubuh yang dimiliki. Masalah kegemukan juga dapat diatasi. Tunjang 2: kemahiran Tunjang 2 pula merupakan tunjang yang membincangkan dan menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan oto halus. Dalam tunjang kemahiran ini, tajuk-tajuk yang disentuh ialah kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tahap 1 hanya mempelajari pergerakan asas, gimnastik dan pergerakan kreatif. Komponen tajuk ini sebenarnya satu signifikan daripada tajuk yang diajar di tunjang 1. Sebagai contoh, tajuk kelenturan dan koordinasi merupakan tajuk yang signifikan untuk murid belajar pergerakan kreatif, pergerakan asas dan gimnastik di tunjang 2. Oleh itu, pengalaman pembelajaran murid tidak akan mengganggu pembelajaran sedia ada mereka. Manakala permainan dan olahraga pula akan diajarkan kepada murid di tahap 2 kerana murid perlu diberikan tapak yang

kukuh untuk mempelajari kemahiran olahraga dan permainan. Contohnya, dalam permainan bola baling, kemahiran memanipulasikan alatan seperti menyambut, membaling, berlari dan lain-lain lagi bermula daripada lakuan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh itu, sekiranya kemahiran pergerakan asas telah diajarkan pada tahap 1, tiada masalah untuk mengajarkan kemahiran asas permainan dan olahraga. Tunjang 3 Kesukanan Tunjang 3 pula membincangkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan dalam kehidupan murid sebagai ahli dalam masyarakat. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan dan etika dalam sukan tidak diajar di tahap 2 kerana tahap 1 masih muda dan mentah untuk menerima maklumat yang banyak dan susah. Penekanan pada peringkat sekolah rendah juga tidak terlalu ketat, memadai sekadar untuk menjadi pengetahuan asas murid semasa bersukan nanti.

Pengenalan : Sejarah Pendidikan Jasmani dan Sukan.


Perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar: 1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat. 2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka. Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negerinegeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak

pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkatperingkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Anda mungkin juga menyukai