Anda di halaman 1dari 70

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, 222000, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ 3101)

ISU PERPADUAN KAUM PERISTIWA 13 MEI 1969

NAMA

: NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM

: NUR HAZIRAH BINTI ZAKARIA


NO KP : 9I1018-01-5268 : 910330-03-6472 KOD MATA PELAJARAN : WAJ 3101 PROGRAM NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : PISMP PJK SEMESTER 1 : :

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya saya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa hasil nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM Tarikh :

Tandatangan :

Nama : NUR HAZIRAH BINTI ZAKARIA Tarikh :

TUGASAN PROJEK KURSUS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEMESTER SATU)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ 3101)

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,BESUT TERENGGANU

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN BIODATA PENGHARGAAN BAHAGIAN A PENGENALAN TAMADUN TEORI TAMADUN PERMASALAHAN /LATAR BELAKANG KAJIAN BAHAGIAN B ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA(13 MEI 1969) CADANGAN DAN LANGKAH MENGATASI ISU PERPADUAN KAUM REFLEKSI BIBLIOGRAFI BORANG KOLABORASI

BIODATA

NAMA:NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM

NO I/C:911018-01-5268

KUMPULAN:PPISMP AMBILAN JULAI 2009

UNIT:PENDIDIKAN JASMANI

ALAMAT:NO 264 FELDA KERATONG 6,26700 MUADZAM SHAH PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA:NUR HAZIRAH BINTI ZAKARIA

NO I/C:910330-03-6472

KUMPULAN:PPISMP AMBILAN JULAI 2009

UNIT:PENDIDIKAN JASMANI

ALAMAT:LOT 2239, KAMPUNG PERMATANG PIAH 16400 MELOR KOTA BHARU KELANTAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum .....

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan rahmat dan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan kerja kursus projek untuk program ijazah sarjana muda perguruan bagi mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Setinggi-tinggi

penghargaan

dan

ucapan

terima

kasih

kepada

Ustaz

Mohammad Kamil Bin Jaafar

yang telah memberi

tunjuk ajar dan bimbingan

sepanjang saya dan rakan menyiapkan kerja kursus projek ini.

Disamping itu,terima kasih juga kami

tujukan kepada rakan-rakan unit

Pendidikan Jasmani yang sudi memberikan idea dan pendapat bagi menghasilkan kerja kursus projek bagi mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang lebih berkualiti.Setinggi-tingi penghargaan juga ditujukan kepada kedua orang tua kami yang sedia memberikan bantuan dari segi moral dan kewangan dalam menyiapkan tugasan ini.

Diharapkan agar tugasan ini akan membantu kami dalam menghasilkan tugasan kajian yang lebih sistematik.Kajian yang kami lakukan diharapkan dapat dijadikan panduan dan petunjuk kepada pembaca.Pelbagai pendapat oleh

masyarakat kami selitkan.Bukti hujahan turut diselitkan bagi membuktikan tugasan projek ini sahih dan kami tidak melakukan sebarabg plagiat.Akhir kata,semoga tugasan ini membantu saya dan anda semua .

ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA :

PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGENALAN Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

CIRI-CIRI TAMADUN Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

10

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagangpedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanitawanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang

11

Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram.

12

Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.

13

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

14

PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hakhak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

15

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. LOKASI TUNKU ABDUL RAHMAN SEMASA PERISTIWA 13 MEI Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

16

LATAR BELAKANG ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa

mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. [1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.Sesetengah penunjuk perasaan

17

membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. PERARAKAN KEMATIAN CINA

18

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

19

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
[perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

20

REJIMEN RENJER

ANGGOTA FRU SEMASA RUSUHAN 13 MEI BERLAKU. Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

21

ASKAR MELAYU Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 Antara punca-punca yang membawa kepada terjadinya maslah 13 Mei ini ialah layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun .Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

22

Selain itu,dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris.Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Disamping itu latar belakang pendidikan yang berbeza .Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

23

Pertelingkahan Parti Politik turut merupakan salah satu punca tercetusnya 13 Mei . Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . Selain itu,perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu .PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati orang melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara merupakan isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam

menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa

24

Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

KESIMPULAN Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

25

SEBELUM BERLAKUNYA ISU PERPADUAN 13 MEI 1969 YANG MEMBAWA KEPADA MASLAH PERPADUAN

PROSES DEMOKRASI YANG BERGELORA Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut; kapal layar Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula kelihatan mengharungi lautan yang bergelora dan di peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri. Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke Parti Pembangkang; kepada pendatangpendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusnya, pihak pembangkang memperolehi 23 kerusi, melebihi satu per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan. Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama

26

pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai api di dalam serkam mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini. KETEGANGAN KAUM Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar angin yang merebak bagikan api. Tanggapan bahawa perubahan akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting. Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.Pembelotan ini telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang ambing. Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri Selangor merupakan sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat Melayu UMNO telah lama bertapak. Ketidaktenttuan kestabilan politik di negeri itu juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-khabar angin yang dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang asal, tidak terdapat kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin secara mutlak oleh pihak parti pembangkang.

27

KEGAGALAN LAW AND ORDER Walaupun wujudnya maklumat-maklumat serta berita yang hangat diperkatakan bahawa akan berlakunya kekacauan dan rusuhan di antara kaum, ia tidak dimaklumkan kepada pihak tentera. Mereka masih berkeyakinan bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang serius. Beberapa hari semasa berlakunya kekacauan, tidak terdapat sebarang bentuk perisikan yang sebenar yang disampaikan ke pihak pemerintah atau pegawai tentera yang terlibat secara fizikal di kawasan tanggung jawab. Ke semua jentera perisikan kelihatan dibekukan selama tempoh berlakunya kekacauan. Penugasan utama pasukan tentera pada sekitar akhir tahun 60a bukan sahaja dalam menentangan ancaman dan kegiatan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping tu, tentera juga memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia dalam membantu pihak Polis mengawal ketenteraman awam. Penglibatan tentera dalam ketenteraman awam teruji apabila diberi tanggungjawab oleh negara untuk mengawal rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Walaupun mengawal ketenteraman awam menjadi tugas sekunder,namun pihak tentera telah membuktikan bahawa pasukan ini berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan pantas dan jayanya tanpa perlu mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan harta benda yang berterusan. Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan pengisytiharkan perintah berkurung. Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa polis yang luas di bawah undang-undang negara untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Op Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Op Tenteram.

28

MAJLIS GERAKAN NEGARA ( MAGERAN) MAGERAN Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS. Melihat kepada keadaan yang kian meruncing, SPB Yang di Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri telah mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negara.Pengisytiharkan tersebut telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordnan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 P.U.(A) 149. Dengan pengisytiharan tersebut system kerajaan berparlimen telah dibubarkan. Sebagai caretaker pentadbiran negara selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN pada 17 Mei 1969 untuk Perlembagaan Fasal (2) Perkara 150. Untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah Ordinan ini, beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawaipegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.

29

MAGERAN yang dibentuk selepas 13 Mei 1969 bertujuan bagi memulihkan kestabilan dan ketenteraman awam khususnya untuk mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. Di antara fungsifungsi utama MAGERAN ialah bagi mengembalikan keamanan dan undang-undang Negara seterusnya menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan

mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.Bagi melaksanakan tugas-tugas ketenteraman awam yang

dipertanggungjawabkan kepada pihak tentera, Jen (B) Hj. Tun Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengawai Kerja yang menjadi pengerak utama dalam kegiatan urusetia MAGERAN. TUGAS-TUGAS UTAMA YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK TENTERA SEMASA PERISTIWA 13 MEI 1969 Dalam menangani ketenteraman awam semasa Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi mengawal keadaan huru hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem. Tugastugas utama yang dijalankan oleh pasukan tentera dalam menangani kekacauan semasa peristiwa 13 Mei 1969 di kawasan Kuala Lumpur adalah seperti rondaan. Rondaan dibuat sama ada secara berjalan kaki atau berkenderaan dan tujuan rondaan dilakukan adalah bagi memastikan keselamatan. Dengan kehadiran tentera bersenjata bertujuan untuk mengawal keadaan dapat mententeramkan orang ramai. Apabila orang ramai melihat kehadiran pasukan tentera mereka mulai merasa selamat. Penglibatan ketenteraman awal telah terbukti dan mereka melakukan kerja tanpa sebarang kepentingan atau menyebelahi mana-mana pihak.Disamping itu, memastikan tiada pelakuan jenayah. Rondaan yang dilakukan juga bertujaun untuk mengelakkan orang ramai dari melakukan pecah rumah, mencuri,

30

menceroboh dan membakar rumah atau bangunan terutama rumah dan bangunan kedai yang ditinggalkan kosong oleh penghuninya. Selain itu, mengawal kenteraman orang ramai dan memastikan tiada sebarang kejadian huru-hara dan pergaduhan berlaku dengn mengasingkan kaum dari memasuki kawasan majoriti kaum yang lain di samping menguatkuasakan perintah berkurung bagi mengelakkan orang ramai dari berkeliaran.Kawasankawasan sensitif yang mana rondaan oleh pasukan tentera dilakukan adalah seperti berikut;Sekitar kawasan Kg. Baru,Sekitar kawasan Datuk Keramat,Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan persekitarannya, Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur ( City Center) iaitu di sekitar Jalan Bandar dan Parlimen,Sekitar kawasan Jinjang dan Kepong dan di sekitar kawasan Salak South ( sekitar Balai Polis Salak South), kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya.Selain itu mendirikan Road Congril Points (RCPs) dan kawalan lalu lintas. Tempat tempat yang mana RCP telah diadakan adalah;

(i) Bulan Besar di Chow Kit ( sekarang terdiri dari lampu-lampu isyarat di persimpangan Jalan Ipoh Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz ). (ii) Edinburgh Circus ( Bulatan Edinburgh) adalah satu bulatan besar berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang.Tujuan diadakan RCP adalah bagi mengawal orang ramai iaitu menyemak dan mencegah kumpulan orang yang tidak berkenaan dari memasuki mana-mana kawasan yang boleh menimbulkan huruhara.Disamping itu menjaga keamanan kawasan.Bertujuan juga sebagai amaran awal mengenai kehadiran perusuh.Selain itu,mengurus, mengawal dan

menyelamatkan sesuatu kawasan ( dominate area). Selain dari RCP, kawalan lalu lintas juga diadakan dengan memeriksa orang yang lalu, barang-barang yang dibawa dalam kenderaan dan menyemak siapa yang memasuki dan keluar dari sesuatu kawasan. Disamping itu ialah Light Strike (LSF) yang telah dibekalkan dengan tidak kurang dari 12 buah landrover. Tentera telah menubuhkan kumpulan yang diberi panggilan LSF, yang mana anggot akan meronda dan bergegas serta bertindak pantas ke mana-mana tempat yang diperlukan bantuan.

31

TUGAS TUGAS SAMPINGAN PASUKAN TENTERA Selain dari tugas-tugas utama tentera yang telah diberi kausa polis yang luas di bawah undang-undang negara bagi menjalankan tugas untuk mengawal dan menyelamatkan keadaan kacau bilau yang berlaku, tugas-tugas sampingan yang dilakukan oleh pasukan tentera adalah seperti Pengiring VIP yang merupakan petugas pengiring bagi orang-orang kenamaan yang diperlukan sahaja .Disamping itu,pengedaran bahanan makanan. Pusat pengedaran makanan berada di sekolah-sekolah seperti di Sekolah Kg. Baru dan juga di masjidmasjid. Sub unit yang berkawal ke rumah dan kepada individu terutama bagi mereka yang tidak mempunyai makanan. Sebanyak tujuh pusat bantuan makan telah dibuka iaitu di bulatan Sulaiman Club, Kampung Baru, Dewan Perhimpunan Cina, Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat; Dewan Orangramai Setapak, Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan; Sekolah Menengah Kampung Kerinchi dan Sekolah Jalan Maxwell. Kesemua pusat bantuan makanan ini telah ditutup pada 26 Mei 1969 dan orang ramai yang masih memerlukan bantuan makanan dikehendaki menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat di Jalan Brickfields. Ia juga bertujuan sebagai pemindahan pelarian. Beratus ratus orang mengambil pelindungan di masjid ketika kekacauan berlaku, kebanyakannya orang-orang luar dari Kampung Baru. Masjid dijadikan tempat berlindung dan mendapat bekalan makanan dan minuman. Berpuluh-puluh kenderaan 3 ton telah digunakan untuk memindahkan ke semua pelarian tersebut, di antaranya ke kawasan Kg. Pandan. Disamping itu aktiviti menyelamat dan perlindungan. Antara contoh aktiviti menyelamat dan bantuan perlindungan yang telah dilakukan oleh anggota Batalion 5 RAMD adalah seperti berikut iaitu di Subunit di Kg. Baru diberitahu mengenai terdapat dua orang perempuan Cina tua yang bersembunyi di bawah rumah mereka tanpa makan dan minum selama hampir dua atau tiga hari. Sub unit telah membawa keluar wanita tersebut dan diserahkan kepada polis untuk perlindungan mereka seterusnya dan dibawa keluar dari Kg. Baru.Ke dua,Balai polis di Salak South diancam oleh perusuh, dan sub unit diarahkan untuk membantu dan hanya dilakukan bila

32

meredakan keadaan dan seterusnya Kompeni D telah memberi perlindungan kepada beberapa orang pekerja Cina sebuah syarikat pembinaan di Kampung Datuk Keramat.Terakhir sekali pemindahan pekerja-pekerja sebuah kedai makan yang terkepung di Jalan Ipoh. Tentera tidak memihak kepada sesuatu pihak atau bangsa sahaja. Mereka menjalankan tugas tanpa mengira diskriminasi kaum atau agama. KUALA LUMPUR KEMBALI TENANG Pada minggu pertama, keadaan mulai tenang di mana orang ramai agak berani untuk keluar rumah tetapi bersikap berjaga-jaga mulai keluar rumah. Kesemuanya ini dengan adanya rondaan dan kehadiran tentera sentiasa untuk memberi keyakinan. Pasukan 5 RAMD adalah kumpulan terakhir penglibatan tentera yang telah ditugaskan untuk menangani ketenteraman awam iaitu selama hampir tiga bulan dan kemudian menyerahkan tugas dan kawasan gerakan kepada Police Field Force (PFF) pada bulan Ogos 1969. Antara Tindakan yang dilakukan oleh tentera bagi menyatupadukan penduduk berbilang kaum ialah taklimat pemimpin kaum. Tentera ketika itu memainkan peranan sebagai orang perantaraan Duta yang cuba menguruskan perjumpaan di antara orang Melayu dan Cina khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin kaum penduduk-penduduk ke dua-dua kawasan iaitu Kampung Baru dan Chow Kit. Pemimpin-pemimpin kaum diberi taklimat dan penjelasan untuk memulihkan keadaan kepada sediakala dan mengikis segala perasaaan dendam mendendam. Selain itu,perjumpaan muhibbah. Perjumpaan muhibbah anara pemimpin masyarakat dan penduduk-penduduk ke dua kaum telah diuruskan oleh pihak tentera. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan dan berbaik-baik semula orang ramai yang berbalah dan menghilangkan prasangka buruk semua kaum terhadap kaum lain. Terakhir sekali ialah ketua kaum kampung baru. Ketua-ketua kaum Malaya di Kampung Baru pada masa itu telah memainkan peranan mereka untuk mententeramkan keadaan dengan berhubung rapat dengan pasukan tentera serta memberi maklumat-maklumat tertentu dan menghadiri perjumpaan-

perjumpaan muhibbah.

33

SIKAP ANGGOTA TENTERA YANG TERPUJI Tiada siapa yang dapat mengagak tragedi rusuhan antara kaum ini akan berlaku. Semua jentera kerajaan telah terperangkap pada awalnya dan tidak dapat membuat apa-apa. Yang jelas, pemimpin pemimpin dan anggota pasukan yang ditugaskan bagi mengawal keadaan telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Prestasi anggota dari Pegawai Memerintah hingga ke peringkat ketua seksyen begitu tenang dan tidak tergopoh gapah dalam menjalankan tugasnya. Mereka telah mendapat latihan yang baik dan bersikap adil dan bukan bertujuan untuk membalas dendam. Bermula dari anggota di barisan hadapan iaitu rifleman hingga ke anggota pasukan belakang di Kem Sungai Besi, mereka telah memainkan peranan serta tanggungjawab mereka masing-masing dengan baik dan berkesan. Antara lain anggota tinggal belakang turut memberi bantuan seperti menyediaka makanan untuk dihantar kepada anggota barisan hadapan di peringkat awal peristiwa 13 Mei 1969. Anggota tentera telah menjalankan tugas tanpa berat sebelah. Mereka telah menyelamat, menjaga keselematan orang ramai dan harta benda serta menembak penjenayah dan perusuh tanpa mengira kaum. Seebagai contoh, pada satu etika di dalam satu sekatan jalanraya, pemeriksaan dilakukan ke atas semua kenderaan, orang dan barang yang dibawa. Subunit telah menahan sebuah kereta di tempat pemeriksaan dan seorang dari dalam kereta telah menganalkandiri seabgai Yang Berhormat. Anggota tersebut lalu bercakap Yang Berhormat ke bukan Yang Berhormat itu saya tidak tahu, saya hanya menjalankan tugas saya untuk memeriksa, selepas periksa boleh jalan.Peristiwa ini menunjukkan bahawa anggota yang menjalankan tugas tidak berat sebelah dan mengira kaum mahu pun pangkat. Sepanjang peristiwa 13 Mei 1969, anggota telah melaksanakan tugas tidak mengira keselamatan diri, keadan tempat, cuaca, masa dan tenaga serta keletihan. Pada hari pertama dan kedua ( 13 dan 14 Mei 1969) mereka melupakan makan dan minum, anak dan isteri serta keluarga dan melakukan kerja yang telah diberi demi berkorban untuk negara bertujuan untuk menentukan keselamatan dan

mententeramkan keadaan. Mereka mempunyai fikiran yang tenang, misi yang jelas dan pengorbanan mereka telah menyelamatkan situasai dari menjadi lebih parah.

34

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al Marhum Tunku Abdul Rahman meletakkan tuduhan ke atas Parti Komunis dan elemen-elemen Kongsi Gelap Kaum Cina sebagai penyebab kepada tercerusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walau bagaimanapun, yang nyata beberapa faktor yang lain boleh

dikaitkan.Antaranya ialah,perbezaan menginterprestasikan Perlembagaan oleh kaum bangsa Melayu dan bukan Melayu dan kedua ialah keresahan satu bangsa dari kaum pendatang yang menentang peruntukan Perlembagaan yang berhubung kait dengan hak istimewa orang Melayu serta martabat bahasa Melayu ( terutama sekali di bawah Seksyen 152 dan 153 Perlembagaan) jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. Selain dari itu perspektif politik pula, wujud juga keengganan generasi muda bangsa Cina ketika itu untuk menerima tawaran yang diberikan oleh pihak UMNO kepada pemimpin lama MCA dan keresahan ini dilanjutkan lagi dengan apa yang mereka sifatkan sebagai Malaysia untuk orang Melayu, sebuah dasar yang dititikberatkan oleh Kerajaan Perikatan ketika itu. Bagi orang-orang Melayu pula, wujud pula kekecewaan yang telah lama terpendam, mereka merasakan diri mereka sebagai bumiputera yang jauh ketinggalan di dalam proses modenisasi yang sedang berlaku di dalam negeri mereka sendiri. Mereka merasakan diri mereka kelemasan ditenggelami oleh mereka yang bukan Melayu, dari segi jumlah penduduk mahu pun di dalam bidang ekonomi. Mereka perlu mempertahankan hak dan warisan sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan.

35

KESIMPULAN Tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau bilau serta huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar dibendung lagi ketika itu. Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera, tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua. Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporakperandakan keadaan.

36

KESAN PERISTIWA 13 MEI DARI SUDUT EKONOMI

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenalpasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada

ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkanbersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalampelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dankedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskanpengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi. Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan.Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telahdirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990.

37

MEMBASMI KEMISKINAN Sesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil,

sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa.Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat . 20 Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983).Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983).Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.

38

STRATEGI DAN USAHA MEMBASMI KEMISKINAN

Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar pertanian.Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, kemudahan perumahan, kredit kesihatan, serta pengangkutan, dan pelajaran subsidi atau latihan, pertanian

pemasaran

seperti benih dan baja . Kerajaan juga melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan penternakan . Selain itu kaedah penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan.Badan-badan berkanun yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar . Oleh sebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah, kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak . Pendeknya langkah menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati Berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979.Sekalipun ia masih di bawah garis kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan.

39

Pemerhatian ini dibuat berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980 Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih terbuka. Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).Tahun 1990 adalah tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan social dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan . DPN juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut iaitu memberi penekanan yang lebih kepada strategi

pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

40

Golongan termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin.Selain itu, Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.Disamping itu, Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk system nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

41

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandarbandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapai integrasi nasional. Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan . Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. 26 Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk

pencapaiannya. Berikut adalah jadual yang menunjukkan pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka masa 1971 - 1990.

42

KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum, merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara.

43

PERISTIWA 13 MEI 1969 JADI PENGAJARAN Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah negaraitu, telah menggugat kemamanan dan

kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut,

tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah. Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk

menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identity masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.Orang Melayu dan Cina saling berbunuhan.Orang yang sedang menonton wayang dibakar hidup-hidup,rumah-rumah dibakar, kereta yg lalu lalang ditahan dan diheret keluar orang didalamnya dibunuh dan dibakar keretanya. Alhamdulillah.Para pemimpin kita masih waras dan mengambil

tindakan pantas membendungnya...

44

RENTETAN PERISTIWA PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orangorang Melayu dan Cina. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan

perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. sebagai Sementara petani atau orang-orang nelayan kecil. Melayu Kaum tinggal India di luar bandar pula

kebanyakannya

sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara dirI.Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.

45

Suasana

yang

tidak

seimbang

ini

telah

berlanjutan

sekalipun

negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio- ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas

dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan hati yang yang berlaku sedar akan keresahan tidak dan perasaan tidak puas

antara

kaum

seyharusnya

dibiarkan.

Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah bukubuku teks dan guru- guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar- bandar sahaja. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan

keanggotaan MCA dalam perikatan,

46

PAP

yang

gagal

untuk

menyertai

Perikatan

telah

menukar

corak

kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Progresif Perpadauan dan Malaysia Rakyat (KPM) Bersatu dengan disertai KPM oleh juga Parti telah

Rakyat

Parti

Sarawak.

menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkahlangkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan

bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang . Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus

diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan

kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .

47

Namun

hakikat

sebenarnya

kedudukan

taraf

ekonomi

orang

Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti

Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan bagi nama 1969 itu sebuah fungsi parti PAP baru sebelum telah ini . ditubuhkan Parti di Malaysia itu diberi

mengambilalih Parti parti

baru

Tindakan DAP dan

Demokratik parti -parti

(DAP).

Menjelangnya lain telah

pilihanraya memainkan

pembangkang

isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah

perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.

48

Selepas semula tentang

sepuluh

tahun

merdeka

kerajaan dengan dan rasmi.

akan

mengkaji untuk bahasa mencapai pelbagai Melayu . , . oleh bin

kedudukan daripada yang 31

bahasa

Inggeris rasmi

tujuan hanya Untuk

menggurkannya Melayu tujuan kegiatan Antara Minggu sahaja itu, pada bagi kempen bahasa

status

bahasa

diiktiraf Ogos

sebagai 1967

bahasa

kerajaan

telah

mengadakan bahasa

tujuan yang

memperluaskan dijalankan ialah

penggunaan Hari

Bahasa Bahasa telah oleh

Kebangsaan Kebangsaan dipelopori Syed Nasir

Kebangsaan

dan

Bulan Kebangsaan

Pelaksanaan Dewan Ismail .

penggunaan dan

Bahasa

Bahasa

Pustaka

dengan

dipimpim

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya

ditubuhkan pada 18 Mei 1970.

49

Berikutan mendapat reaksi

penubuhan yang kurang

Universiti

Kebangsaan daripada

ini kaum

telah Cina,

menyenangkan

apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara

memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan

kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS.Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.

50

Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang- orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan.Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu Melayu

besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun

masih boleh membentuk kerajaan . Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau

Pinang tidak lama sebelum itu.Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

51

PERSEPSI Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]

52

ANGKA KORBAN

POLIS DAN TENTERA SEDANG MENGAWAL PANGGUNG ODEON YANG MENJADI SASARAN RUSUHAN. PANGGUNG ODEON Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

53

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar. Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

54

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
[5]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian ialah Melayu 86 orang,Cina 342 orang dan Lain-lain seramai 3 orang Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

55

REFLEKSI NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM 911018-01-5268 REFLEKSI

Bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.Walaupun terdapat banyak kesukaran semasa menyiapkan kerja kursus ini,namun saya dapat menanganinya dengan penuh kesabaran terutama ketika mencari,mengumpul dan memahami maklumat tentang teori tamadun terutama dalam memahami dengan lebih mendalam mengenai isu keretakan perpaduan di Malaysia.dengan baik. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh saya ketika menyiapkan tugasan ini.Antaranya ialah kesuntukan masa untuk memastikan kerja kursus ini

berkualiti.Namun berkat semangat dan kesabaran,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang berkualiti ini tepat pada masanya.Selain itu masalah internet yang dihadapi menyukarkan saya untuk mencari bahan-bahan kajian.Saya terpaksa meluangkan banyak masa untuk mencari,mengumpul,membaca,memahami dan merangka isi-isi penting.Disamping itu,kesukaran untuk meminjam buku kerana kebanyakannya telah dipinjam oleh rakan alin dan sya terpaksa menunggu giliran Untuk memastikan kerja kursus ini sentiasa berkualiti saya mengharapkan agar perpustakaan menambahkan lagi buku-buku berkaitan dengan tamadun dan masalah perpaduan serta meletakkan banyak lagi surat khabar,majalah atau jurnal dengan berkaitan kes dan isu perpaduan kaum di Malaysia di papan tanda atau rak ruangan membaca. .Ini memastikan agar kami sentiasa peka dengan isu semasa dan dapat dijadikan iktibar kepada kami apabila membaca dan memahami dengan lebih mendalam..Selain itu,membaik pulih line internet bagi memudahkan kami untuk menyelesaikan tugasan ini agar kami dapat menyiapkannya dengan berkualiti

56

Pada mulanya amat sukar bagi saya menyiapkan kerja kursus ini terutama untuk memastikan hasilnya adalah yang lebih berkualiti.Saya amat bersyukur dengan adanya pensyarah pembimbing berkat nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan ,akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang diigini.Walaupun masa tidak mencukupi tetapi tugasan ini sememangnya memberi saya satu kesedaran bahawa isu perpaduan kaum di Malaysia terutamanya peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya wajar dijadikan pengajaran kepada anak bangsa ketika ini agar masalah penindasan dan permusuhan berlainan bangsa dan agama dapat dicegah dan ditangkis sehingga ke akar umbi.Setelah selesai melakukan tugasan ini,saya telah mengetahui tentang teori-teori tamadun dan dapat memahaminya maksud tamadun dari segi bahasa dan istilah dengan lebih mendalam.Seharusnya setiap pelajar perlu megetahui makna di sebalik tamadun agar setiap perkara yang berlaku sepanjang kehidupan ini dapat dijadikan pengajaran.Wassalam....

57

REFLEKSI NUR HAZIRAH ZAKARIA 910330-03-6472 Bersyukur kehadrat Ilahi,dengan limpah dan kurnianya berjayalah saya menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) bagi semester ini. Walaupun tugas ini mencabar,namun hal ini tidak mematahkan semangat saya bagi menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya,tugasan ini agak sukar bagi saya,namun berbekalkan pertolongan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan,saya dapat mengatasi masalah tersebut. Saya berusaha mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan ini.seterusnya ,saya melakukan perbincangan bagi mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam tugasan saya. Alhamdulillah, selesai sudah tugasan yang diberikan kepada saya ini dalam masa yang ditetapkan. Sesungguhnya meskipun tugasan yang nampak ringkas ini sudah disiapkan, namun perjalanan menyiapkannya bukanlah sesuatu yang mudah. Mentafsir soalan serta mencari rujukan yang sesuai menjadi dugaan-dugaan awal dalam menyelesaikan tugasan ini. Dengan mempelajari subjek ini saya mendapati negara ini mempunyai sejarah hitam yang boleh membawa kepada perpecahan antara kaum. Tetapi, oleh kerana peristiwa itu negara kita telah matang dan berjaga-jaga berkaitan dengan isu yang boleh memebawa kepada perpecahan kaum. Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada sesiapa yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sekian, terima kasih.

58

LAMPIRAN

59

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku

60

61

62

63

64

65

66

67

LIM KIT SIANG MENGAKU TERLIBAT DALAM PERISTIWA 13 MEI 1969

68

69

70

Anda mungkin juga menyukai