Anda di halaman 1dari 16

Aidah Bakri

1
SEMALAMAN Syuhada berfikir. Sakit kepalanya. Hati yang terluka bertambah pedih rasanya. Hampir lima tahun dia sudah menjadi tunang Zulhilmi. Satu tempoh yang cukup lama. Namun Zulhilmi sekeluarga tidak pernah menghiraukan kedudukannya. Dia bagaikan digantung tidak bertali. Ibarat melukut di tepi gantang. Setiap kali ke rumah Zulhilmi, dia hanya diminta bersabar. Sampai bila? Apabila diminta alamat tempat Zulhilmi berubat tidak pula diberitahu. Syuhada merasakan harga dirinya bagai dicarik-carik. Diperkotak-katik sesuka hati. Betapa silapnya dia dulu kerana sanggup berjanji. Kali ini Syuhada nekad. Keputusannya muktamad. Apabila dia memberitahu keputusannya itu kepada ibunya, Puan Zainab menyokong penuh. Sudah lama dia pendam hasrat itu. Hasrat supaya Syuhada menamatkan segala ikatan dengan lelaki itu. Tetapi tidak
1

Mencari Taman di Hati

sampai hati untuk memberitahu kepada Syuhada. Memang Syuhada tidak menyebut tentang Zulhilmi kalau tidak ditanya. Mak ikut kau sekali, ye Syu. Puan Zainab memandang Syuhada yang telah siap berpakaian. Tak payahlah mak, biar Syu uruskan sendiri. Nanti mereka kata kau tak tahu adat. Biarlah apa yang mereka nak kata. Syu tak kisah pun, mak. Syuhada bersuara perlahan. Puan Zainab sekadar menggeleng. Dia tidak menyangka Syuhada sanggup menghadapi semua ini bersendirian. Mak bimbangkan kau Syu. Mak jangan bimbangkan Syu. Syu tahu apa yang Syu buat.

DENGAN BERBEKALKAN keyakinan diri, Syuhada ke rumah itu lagi. Ini yang terakhir, bisik hatinya. Sudah cukup lama dia memberi peluang walau sejak dia tahu penyakit sebenar Zulhilmi, hatinya sudah tawar terhadap lelaki itu. Sedalam mana pun dia cuba untuk memenuhi janjinya terhadap Zulhilmi, namun untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga dia akan berfikir lebih daripada seribu kali. Boleh bahagia ke hidup kalau kewarasan fikiran hanya bergantung pada ubat penenang yang dibekalkan oleh doktor? Sering pertanyaan itu berlegar dalam fikirannya.
2

Aidah Bakri

Syuhada memandang wajah kakak Zulhilmi, Mustika dan ibu Zulhilmi, Puan Rahmah di hadapannya. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan kata-kata. Makcik, Kak Mus Syu datang ni sebenarnya nak pulangkan cincin pertunangan kami dulu, ujarnya perlahan. Bimbang juga andai ada kata-kata yang bakal mengecilkan hati mereka. Syuhada merenung cincin yang dipegangnya kemudian diletakkan cincin itu di atas meja di hadapan mereka. Hampir lima tahun cincin itu tersarung di jari manisnya. Kini sudah sampai masanya ia dikembalikan kepada tuan punya yang sebenar. Puan Rahmah dan Mustika agak terkejut walaupun sudah menduga perkara itu pasti terjadi. Syu dah ada orang lain? Pertanyaan Mustika di luar dugaan Syuhada. Sebentar kemudian dia mengangguk. Mungkin ini alasan terbaik untuk dia melepaskan diri. Apa salahnya mengaku diri sudah ada yang punya. Lagipun sudah hampir lima tahun Zulhilmi membiarkan dia seorang diri. Kerja apa? Mustika bertanya lagi. Syuhada berfikir sejenak. Bank. Terkeluar jawapan itu daripada bibirnya. Ingin tergelak tetapi ditahan. Tidak seorang pun orang bank yang dikenali. Sepadan kan dengan Syu. Anak makcik tu apalah yang ada. Sayu suara Puan Rahmah mengeluarkan kata. Syuhada memandang wajah itu lama-lama. Hatinya terkilan. Tidak
3

Mencari Taman di Hati

nampakkah pengorbanan aku selama ini? hati kecilnya memprotes. Tidak sedarkah masanya yang sudah terbuang hampir lima tahun? Syu tak pandang itu semua makcik. Tapi lima tahun Syu tunggu, satu tempoh yang cukup lama. Melebihi tempoh yang kita janjikan dulu. Sekarang ni, hati Syu dah tawar. Dah tak ada rasa apa-apa pada Hilmi. Lagipun, mungkin Hilmi sendiri sudah tidak mahukan Syu. Syuhada menundukkan mukanya. Ada air mata yang ingin keluar. Lima tahun dia membazir masa untuk lelaki yang hilang dirinya. Lima tahun dia memujuk hati agar terus menempatkan lelaki itu di kotak hatinya. Kalau lima tahun Syu sanggup tunggu, kenapa Syu tak sanggup tunggu dalam sikit masa lagi? pinta Puan Rahmah penuh mengharap. Sampai bila? Syu ni perempuan makcik. Syu dah habiskan banyak masa untuk Hilmi. Sedangkan Hilmi bagaikan tak wujud langsung. Kalau dia dah baik sekalipun, sukar untuk Syu terima dia sebagai seorang suami. Syu tak sanggup menanggung risiko selepas perkahwinan kami. Syu harap makcik faham. Puan Rahmah terdiam. Mustika merenung Syuhada. Sebagai seorang perempuan dia faham perasaan Syuhada. Dia juga maklum keadaan adiknya, Zulhilmi. Kalau dia di tempat Syuhada sekalipun, belum tentu dia akan sesabar Syuhada. Dia melihat Syuhada sebagai perempuan yang sempurna. Ayu, berkerjaya dan lemah lembut. Tidak mustahil ramai lelaki yang menginginkannya.
4

Aidah Bakri

Makcik tolong sampaikan salam Syu pada Hilmi apabila dia sembuh nanti. Katakan padanya, Syu minta maaf banyak-banyak. Dada Syuhada sebak tiba-tiba. Rasa bersalahnya pada Zulhilmi hadir lagi. Dan dia tidak pernah berniat untuk mengingkari janji yang dia sendiri lafazkan. Namun apakan daya. Segala rasa yang terhimpun terpaksa dipendamkan jauh-jauh di lubuk hatinya. Sudahlah Syu. Kak Mus faham. Ini semua bukan salah Syu. Bukan juga salah Hilmi. Dia tidak meminta jadi begini. Kak Mus tahu, dia memang betul-betul sayang pada Syu. Dia selalu sebut nama Syu apabila Kak Mus jumpa dia di sana. Tapi keadaan tidak mengizinkan untuk dia balik ke sini dan jumpa Syu. Jelas Mustika cuba meredakan perasaan Syuhada. Air mata Syuhada gugur akhirnya apabila mendengar kata-kata Mustika. Dia memang betul-betul sayang pada Syu... kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinganya. Teringat pada memori yang mereka lalui dulu. Memang dia tidak dapat nafikan kasih sayang yang Zulhilmi curahkan. Syu minta maaf pada makcik sekeluarga kalau ada perbuatan Syu selama ini yang melukakan hati makcik sekeluarga. Syuhada mencapai tangan Puan Rahmah lalu diciumnya. Puan Rahmah meraih Syuhada ke dalam pelukannya. Dia pun menangis sama. Terkilan kerana tidak dapat bermenantukan gadis sebaik Syuhada.

Mencari Taman di Hati

Bila Syu nak kahwin? Mustika bertanya lagi apabila keadaan sudah reda. Dalam masa terdekat ini. Syuhada menjawab tanpa berfikir panjang. Jangan lupa jemput kami. Puan Rahmah bersuara lirih. Dia tidak menyalahkan Syuhada. Cuma dia rasa terkilan. Syuhada sekadar mengangguk meneruskan pembohongannya. Benar kata orang, apabila sekali berbohong, kita akan terus terperangkap untuk berbohong lagi dan lagi.

SAMPAI DI RUMAHNYA, Syuhada terus mengurungkan diri di dalam bilik. Pertanyaan daripada rakan-rakannya dibiarkan sepi. Dia ingin bersendirian. Wajahnya nampak tenang namun hatinya tetap terluka. Kecewa putus tunang. Putus tunang dalam usia dua puluh enam tahun. Sesuatu yang memeritkan. Biarpun dia sendiri yang pergi memutuskan. Ikatan pertamanya hanya sekadar sekerat jalan. Itu pun penuh ranjau yang berliku. Di awal pertemuan, dia sedikit pun tidak menyangka masalah yang dihadapi oleh Zulhilmi. Dia seperti lelaki normal yang lain. Mungkin kerana dia ditinggalkan walau hakikatnya hanya sementara, membuatkan perasaannya tertekan. Sedikit sebanyak Syuhada masih tetap menyalahkan diri sendiri. Pukul sepuluh malam barulah Syuhada keluar dari biliknya. Menggabungkan diri
6

Aidah Bakri

dengan teman-teman serumahnya menonton televisyen. Kau kenapa Syu? Sakit ke? Mazni bertanya. Hairan dengan perangai Syuhada hari ini. Balik sahaja dari kampung terus berkurung dalam bilik. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Syuhada. Sudahlah langsung tidak berkata walau sepatah perkataan. Syu ke rumah Hilmi pagi tadi. Syu pulangkan cincin pertunangan kami. Syuhada berterus terang. Mereka saling berpandangan. Sukar untuk mempercayai tindakan Syuhada namun bagi mereka itulah jalan yang terbaik. Terlalu lama Syuhada mengabdikan diri dengan ikatan yang pada pandangan mereka tidak menjamin masa depan. Hanya Syuhada yang mempertahankan. Sungguh hairan Syuhada sanggup mempertaruhkan seluruh hidupnya hanya kerana sepotong janji. Kami tetap menyokong kau Syu. Aznah bersuara sambil menggenggam erat tangan Syuhada. Yang lain mengangguk setuju. Syu rasa bersalah pada Zulhilmi sekeluarga. Kalau Syu tak tinggalkan dia dulu tentu perkara ini tidak berlaku. Lirih suara Syuhada. Jangan salahkan diri Syu. Ini semua takdir yang telah ditentukan. Kalau Syu tak tinggalkan dia dulu pun, belum tentu perkara ini tidak berlaku. Kak Maz percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mazni mengelus bahu Syuhada
7

Mencari Taman di Hati

perlahan. Syuhada sudah seperti adiknya. Sakit Syuhada dia tetap terasa. Syu, ada cikgu kat sekolah aku tu selalu tanya fasal kau. Bolehlah aku kenalkan kau orang berdua. Ruzian bersuara pula. Dia tersenyum meleret memandang Syuhada. Syuhada menjegilkan matanya ke arah Ruzian. Itulah perkara yang paling dia tidak suka. Menyampah betul rasanya apabila ada yang cuba memadankan dia dengan sesiapa. Tak payahlah Yan. Kau cakap aje pada dia aku tak berminat. Atau kau ajelah yang ambil dia. Balasnya jengkel. Seperti biasa Syuhada tetap meneruskan kerja-kerjanya dengan sebaik mungkin. Kesibukannya melayan kerenah pelajarpelajarnya membuatkan dia terlupa pada luka di hatinya. Habis waktu mengajar dia akan sibuk dengan kelas tambahannya.

Aidah Bakri

2
HARI MINGGU. Satu-satunya hari cuti bagi Syuhada. Mazni sejak semalam balik ke kampungnya di Kota Tinggi. Ruzian dan Aznah ke Plaza Kotaraya yang terletak di Bandaraya Johor Bahru. Syuhada ke Parkson sendirian untuk membeli barang keperluan diri. Setelah membayar harga barang-barang yang dibelinya, Syuhada bergegas keluar. Sesak nafasnya apabila terpaksa beratur panjang di kaunter bayaran. Pantas dia bergerak ke arah tempat letak keretanya. Dia mengeluarkan kunci keretanya lalu ditekan butang berwarna biru. Sekali ditekan tidak berbunyi. Tekan kali kedua pun tidak berbunyi. Tanpa berfikir panjang, Syuhada pun memasukkan anak kunci untuk membuka boot keretanya. Tiba-tiba kereta itu mengeluarkan bunyi yang tidak disangka. Bunyi alat penggera kecemasan. Syuhada panik. Tidak pernah-pernah keretanya membuat hal. Apa nak buat ni???
9

Mencari Taman di Hati

Excuse me. Cik buat apa dengan kereta saya? Syuhada terperanjat apabila mendengar suara garau di belakangnya. Terlepas beg plastik Parkson yang dijinjingnya. Sepantas kilat dia menoleh ke belakang. Kereta awak? Ya ke? Saya ingat kereta saya. Syuhada kaget. Benarkah apa yang dikata oleh lelaki itu? Tidak mungkin dia tersalah kereta. Syuhada melihat nombor pendaftaran kereta itu. Sah! Bukan kereta dia. Alamak! Tibatiba terasa malu lantas mengangkat muka memandang lelaki di hadapannya. Pandangan mereka bersatu agak lama. Ada senyum di bibir lelaki itu. Sekali lagi Syuhada kaget. Sorotan mata lelaki itu macam pernah dilihat. Macam pernah dikenali. Namun dia tidak ingat di mana. Seraut wajah itu serasa dekat di hatinya. Mereka masih berpandangan. Senyuman lelaki itu mengusik rasa hatinya. Sorry ye. Saya tak perasan tadi, tutur Syuhada perlahan lalu mengorak langkah. Meninggalkan tempat itu sambil cuba mengingati tempat keretanya diletak tadi. Eh, cik. Nanti dulu panggil lelaki di belakangnya. Namun Syuhada tetap meneruskan langkah tanpa berpaling lagi. Dia terus menuju ke keretanya di barisan kedua tempat letak kereta itu. Menyesali diri kenapa kesilapan itu harus berlaku. Malu! Hei Man, yang kau tengok dia macam nampak hantu kenapa? Shahrul Riezman tersentak. Menoleh ke arah Hatta yang menepuk
10

Aidah Bakri

bahunya tadi. Lama dia membisu. Apa yang dilihat sebentar tadi seperti tidak masuk akal. Kau ingat tak mimpi yang aku cerita minggu lepas? Hatta kelihatan berfikir. Sebentar kemudian dia tersenyum. Dia ke? Shahrul Riezman menggangguk. Hatta macam tidak percaya. Seiras. Betul-betul seiras. Baju, tudung yang dia pakai pun sama. Aku akan cari dia. Tekad Shahrul Riezman dalam hati. Betul ke Man? Kau jangan terlalu taasub dengan mimpi. Tapi kalau dia, tak rugi kau. Cantik! Tak mungkin aku silap. Memang dia. Cuma dalam mimpi aku dia tersenyum. Tapi yang tadi tu, langsung tak senyum. Macam sombong aje... Shahrul Riezman masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Sebentar kemudian Hatta duduk di sebelahnya. Wajah itu masih lagi terakam dalam kotak ingatan Shahrul Riezman.

11

Mencari Taman di Hati

3
SYUHADA DUDUK di satu kerusi di tepi dinding. Orang yang ramai di dalam bank itu membuatkan dia sakit kepala. Serabut otaknya. Dijelingnya Mazni yang duduk di sebelahnya sambil memeriksa buku banknya. Lambat lagi ke nombor Kak Maz? Mazni berpaling. Memandang Syuhada yang kelihatan tidak bermaya. Mungkin penat. Lambat lagi Syu. Nombor dua-tiga-lima. Sekarang ni baru satu-lapan-empat. Syu letih ke? Terasa menyesal pula di hatinya kerana mengajak Syuhada menemaninya tadi. Bukan dia tidak tahu kepenatan Syuhada. Jadual Syuhada sentiasa padat berbanding dengan orang lain. Tak apalah kak. Syu bukannya letih cuma bosan. Kalau bawak novel tadi boleh jugak baca. Duduk saja macam ni, emm... memanglah mengantuk. Kelas Syu pukul berapa?
12

Aidah Bakri

Lambat lagi. Pukul empat setengah nanti. Syuhada teringat pada pelajarnya. Sepuluh orang murid berbangsa Cina yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ramai yang mempertikaikannya kenapa dia tidak memberi tuisyen kepada pelajar Melayu. Bukan dia tidak mahu. Pelajar Melayu di bandar kecil seperti ini lebih suka mengikuti kelas bimbingan yang diadakan di sekolah. Lebih murah. Berbanding dengan murid Cina, ibu bapa mereka mampu mengeluarkan belanja yang banyak. Biarlah orang kata dia materialistik. Dia tidak kisah. Yang penting dia dapat apa yang diingini. Susah senang keluarganya siapa lagi yang nak peduli. Sementara itu di dalam bilik pengurus kelihatan seorang lelaki sedang terjengukjenguk dari pintu kaca bank itu. Apabila pasti dengan apa yang dilihatnya, dia kembali ke kerusinya. Shahrul Riezman hairan melihat telatah Hatta. Terlalu ramaikah pelanggan di luar? tanya hati kecilnya. Biasalah waktu-waktu macam sekarang ini memanglah waktu kemuncak. Dia ada di luar, Man. Shahrul Riezman mengerutkan dahinya. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hatta. Dia? Siapa yang ada di luar? Siapa? Buah hati kaulah. Siapa lagi? Shahrul Riezman bangun dari kerusinya lantas keluar dari biliknya. Berpura-pura memeriksa kakitangannya membuat kerja.
13

Mencari Taman di Hati

Matanya diarahkan ke arah pelanggan yang ramai. Tiba-tiba pandangannya tertumpu ke arah seorang gadis yang sedang menyandarkan kepalanya di dinding. Hatinya tiba-tiba berbunga. Dia masuk semula ke biliknya mendapatkan Hatta. Kita mesti buat sesuatu Hatta. Paling kurang pun kita mesti dapatkan nombor telefon dia hari ini. Tapi aku rasa bukan dia yang berurusan dengan bank. Kawan dia. Tapi tak apa, kau tunggu sini. Tahulah aku nak buat apa. Hatta melangkah keluar dari bilik Riezman. Sesuatu mula berlegar di kepalanya. Orang sepertinya memang sentiasa ada idea. Dia berdiri di sutu sudut sambil memerhatikan mereka berdua. Sebentar kemudian salah seorang daripada mereka bangun lalu menuju ke kaunter 6. Hatta cepat-cepat ke kaunter itu lalu membisikkan sesuatu kepada kawannya yang bertugas di kaunter itu. Cik terpaksa tunggu sebentar. Ada masalah dengan akaun cik ni. Masalah apa tu? tanya Mazni meminta kepastian. Cik duduk dulu, nanti kami akan panggil. Mazni melangkah ke arah Syuhada sambil mengerutkan dahinya. Ada rasa pelik di hatinya, bukankah baru minggu lepas dia berurusan dengan bank ini? Mustahil ada masalah. Kenapa Kak Maz? Semacam aje Syu tengok.
14

Aidah Bakri

Entah Syu. Kak Maz pun pelik. Mereka kata akaun Kak Maz ada problem. Tapi setahu Kak Maz akaun Kak Maz sentiasa aktif. Baru minggu lepas Kak Maz update. Hairan betul. Mazni melabuhkan punggungnya di sisi Syuhada sambil menanti namanya dipanggil semula. Tidak sampai lima minit namanya telah pun dipanggil. Mazni masuk ke dalam sebuah bilik dengan terpinga-pinga. Selama dia berurusan dengan bank tidak pernah dia mengalami keadaan seumpama itu. Di manamana bank sekalipun. Syuhada hanya duduk di luar menanti urusan Mazni selesai. Syuhada semakin gelisah di kerusinya. Sesekali dia melihat jam di tangannya. Sudah setengah jam Mazni di dalam bilik itu. Kenapa belum keluar-keluar lagi? Masa bagaikan emas baginya. Dia malas berhutang kelas dengan anak muridnya. Sukar untuk mencari masa yang terluang untuk menggantikannya nanti. Okey, jom kita balik. Syuhada tersentak. Tidak sedar Mazni sudah berada di sebelahnya. Malas bertanya lanjut, Syuhada menuruti langkah Mazni menuju ke keretanya. Sesekali dia melihat Mazni tersenyum-senyum memandangnya. Kenapa dengan Kak Maz ni, tersenyum sorang-sorang? Mazni mengeluarkan keretanya dari petak tempat letak kereta. Manager bank tu handsome tau, Syu. Syuhada ketawa kecil. Kalau handsome, kenapa? Tergelenggeleng kepala Syuhada melihat Mazni yang
15

Mencari Taman di Hati

masih tersenyum-senyum. Takkan dah berkenan kut! Rugi Syu tak ikut masuk sekali tadi. Mazni masih lagi tergelak-gelak kecil. Lucu rasa hatinya apabila mengingatkan peristiwa tadi. Macam-macam perangai manusia dalam dunia ini. Rugi apanya Kak Maz? Kalau Syu masuk pun bukannya dapat apa-apa pun. Mana tahu kut nanti dia berkenan kat Syu. Pecah ketawa Syuhada. Berkenan kat aku? Hmmm lambatlah sikit. Kalau mamat tu berkenan dekat dia pun belum tentu dia akan berkenan sama.

16

Anda mungkin juga menyukai