Anda di halaman 1dari 2

Pengedar ganja dicekup >

GERIK 1 Feb 2012. - Dua pengedar dadah bernasib malang apabila mereka cedera parah setelah kereta dinaiki terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam parit di Kilometer 47.8, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Lenggong dekat sini kelmarin. Nasib mereka bertambah malang apabila dicekup oleh polis yang pada asalnya datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya itu. Ini kerana, polis menemui ketulan mampat ganja seberat 54 kilogram ketika memeriksa but kenderaan tersebut. Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Manab Bahrum berkata, dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Balai Polis Lenggong, Inspektor Mohamad Faisal Sarip bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya itu. "Di tempat kejadian, polis menemui dua lelaki cedera parah dan tersepit dalam kereta tersebut. "Bagaimanapun, setelah diperiksa di bahagian belakang kereta, polis menemui dua buah beg plastik kanvas berisi 54 ketulan mampat berbalut plastik lutsinar berisi ganja dianggarkan seberat 54 kilogram yang bernilai RM205,000 di pasaran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Abd. Manab, siasatan awal mendapati dadah tersebut diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang kerana kedua-dua suspek berasal dari Kuala Lumpur. "Suspek pertama berusia 40 tahun, beralamat di Perumahan Awam Jinjang dan bekerja sebagai penarik kereta manakala rakannya berusia 34 tahun dari Taman Koperasi Polis 2 bekerja sebagai mak andam. "Suspek pertama memiliki lima rekod jenayah termasuk tiga melibatkan dadah. Bagaimanapun, rakannya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," ujarnya. Abd. Manab berkata, kedua-dua suspek yang sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh ditahan reman selama seminggu sehingga 6 Februari ini. "Keadaan mereka kini stabil. Mereka cuma patah-patah sahaja dan tidak mengalami kecederaan serius," jelasnya.

Kumpulan Mat Kahar tumpas > PEKAN 1 Februari 2012. Polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes curi motosikal di daerah ini yang berleluasa sejak dua tahun lalu apabila berjaya menahan ketua kumpulan penjenayah dikenali sebagai Mat Kahar baru-baru ini. Polis turut menahan lima lagi suspek yang merupakan ahli kumpulan itu yang terlibat dalam kegiatan itu sejak November lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, polis menemui semula rangka motosikal yang dicuri oleh kumpulan terbabit di Sungai Tambun di sini dan motosikal yang dicuri itu dijual kepada rakan terdekat. Lima ahli kumpulan itu ditahan secara berperingkat-peringkat. Terbaru, ketua kumpulan itu ditahan pada 19 Januari lalu. Kumpulan ini dipercayai dianggotai seramai 10 orang ahli. Polis sedang memburu lima lagi ahli yang sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan polis, katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Hadir sama, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Daerah Pekan, Asisten Supritendan Mansor Shamsuddin Yahaya berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an dan ada di antara mereka lepasan sebuah institut kemahiran di daerah ini. Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Anda mungkin juga menyukai