Anda di halaman 1dari 1

Cara Memohon Simpanan Ahli Yang Tiada Penamaan

Permohonan boleh dihantar melalui serahan di kaunter atau melalui mel.

Waris terdekat ahli seperti balu/duda, anak, ibu atau bapa dan adik-beradik ahli boleh memohon untuk
mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia.

Melalui Kaunter
Pemohon hendaklah mengemukakan:

• Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM), KWSP 10 dan KWSP 23 yang lengkap diisi

• Sijil Kematian ahli

• Dokumen Sokongan (asal dan salinan)

o Kad Pengenalan Awam / Kad Pengenalan Tentera / MyKad penama atau penama-
penama
ATAU

o Kad Pengenalan Polis penama atau penama-penama dengan menurunkan kedua-dua


cap ibu jari kiri dan kanan di atas salinan dokumen dan Surat Pengesahan Majikan
menyatakan nombor polis dan nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang
yang sama

• Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (persendirian) atau Penyata Akaun Semasa (persendirian)
yang masih aktif;

• Dokumen bukti pertalian di antara pemohon dengan ahli seperti Sijil Kelahiran Anak, Surat
Nikah/Sijil Perkahwinan ahli, Sijil Kelahiran ahli atau Sijil Kelahiran Pemohon; dan

• Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian jika pemohon adalah Pentadbir


Pusaka yang dilantik (sekiranya simpanan ahli berjumlah melebihi RM 20,000.00 dan ke atas).

Jika ahli seorang yang beragama Islam, penama/pemohon adalah bertindak sebagai wasi/pentadbir
simpanan itu sahaja. Mereka dinasihati supaya mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli
mengikut Hukum Islam (Faraid).

Pemohon adalah dinasihati supaya berurusan sendiri dengan mana-mana pejabat KWSP dan tidak
menggunakan khidmat pihak lain berhubung permohonan pengeluaran ini.

Melalui Mel
Anda dikehendaki mengemukakan Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM) serta borang-borang lain yang
berkenaan yang telah dilengkapkan, berserta salinan fotostat dokumen seperti yang disebutkan di atas dan
disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan oleh KWSP.

Permohonan boleh diposkan ke:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


Beg Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.

Nota: Anda dikehendaki memberikan alamat yang lengkap di dalam Borang KWSP 9 (KM). Jika anda
bertukar alamat selepas mengemukakan permohonan ini, sila maklumkan alamat terkini anda di pejabat
KWSP yang berhampiran.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda membuat kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau
mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan pengeluaran ini, anda adalah melakukan kesalahan dan
sekiranya disabitkan kesalahan anda boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama dua tahun
atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 59, Akta KWSP 1991)

Anda mungkin juga menyukai