Anda di halaman 1dari 9

PANTUN ALAM SEKITAR pergi ke kedai membeli bunga, bunga di beli cantik sekali, alam sekitar perlu di jaga,

agar hidup sentiasa harmoni.. berjalan-jalan di tepi tasik, bila berjalan perlu berhati, alam di jaga kan cantik, agar dilihat semua generasi.. pergi ke kota bersama teman, kota Melaka tempat pilihan, menjaga sungai jadi amalan, agar tidak berlaku pencemaran.. pergi menyelam di dalam laut, pergi menyelam di laut china, kita perlu menjaga laut, agar khazanahnya terpelihara.. dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, jika tidak menjaga bumi, nanti datang bencana alam..

PANTUN ALAM SEKITAR

Dari emas biarlah permata Dalamnya digali berbatu-batu Alam ternoda didepan mata Masihkan saja di biar begitu. Hembus pawana bayu terasa Hati kehendak merasa sepi Indah buana ciptaan esa Mengapa tidak di jaga rapi Terang malam kerana bulan Pucuk paku delima batu Indah alam ciptaan tuhan Kemusnahan berlaku mengapa begitu Berseri putih kain peteri Pula ditambah hiasan beribu Alam merintih tanpa disedari Kesan apakah bakal berlaku Tepian pantai tumbuhnya bidara Kamilah tahu dari dahulu Keindahan sungai khazanah Negara Pencemaran berlaku mengapa begitu Cenderawasih terbangnya rendah Peliharaan puteri menjadi temannya Persekitaran bersih Negara indah Kepada diri apa pentingnya Daun selasih di tepi sumur Di petik sudah si anak pertapa Negara bersih rakyatnya makmur Persekitaran indah tanggungjawab siapa Bunga selasih di petik nyonya Lalu di ikat di dalam perahu Persekitaran bersih banyak faedahnya

Badan sihat ceria selalu Kerana cinta ku hantar tanda Ku semat dihati si mawar putih Kerana harta jiwa ternoda Angkara nafsu buana merintih Indah purnama dari puspita Cantik berseri diwaktu malam Peranan utama adalah kita Membentuk diri cintakan alam Tebang kedidi singgah kuala Elok bertenggek di tepi kali Kemusnahan terjadi di mana jua Jika harta menguasai diri Cantik bulan kerana terang Ditambah bintang yang berkelipan Kehijauan hutan akan menghilang Kalau ditebang tanpa kawalan Tanam mari si pokok lada Pohon kelapa juga di tegar Kesedaran diri jika didada Kekal terpelihara alam sekitar Bunga kemboja di pohon sena Dipetik dilurut celahan batu Pupus segala flora dan fauna Manusia hidup berhutankan batu Anak haruan mencari teman Bertumu tidak masih mencari Punca pencemaran masih berterusan Perasaan tamak menguasai diri

Ciri-ciri kelebihan pantun

a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain. b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya. c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain. (a-a-a-a) @ (a-b-a-b) d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun

a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll. b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisipuisi lain. c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapanungkapan bahasa yang puitis. d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

Pantun Alam Sekitar Pergi ke kedai membeli bunga, Bunga di beli cantik sekali, Alam sekitar perlu di jaga, Agar hidup sentiasa harmoni.. Pergi ke kota bersama teman, Kota Melaka tempat pilihan, Menjaga sungai jadi amalan, Agar tidak berlaku pencemaran.. Pergi menyelam di dalam laut, Pergi menyelam di laut china, Kita perlu menjaga laut, Agar khazanahnya terpelihara.. Cantik bulan kerana terang Ditambah bintang yang berkelipan Kehijauan hutan akan menghilang Kalau ditebang tanpa kawalan Bunga kemboja di pohon sena Dipetik dilurut celahan batu Pupus segala flora dan fauna Manusia hidup berhutankan batu

Isikan tempat kosong dengan menggunakan baris pantun yang sesuai dalam kotak di bawah. Kita perlu menjaga laut, Manusia hidup berhutankan batu. Alam sekitar perlu di jaga, Kehijauan hutan akan menghilang, Menjaga sungai jadi amalan, Pantun Alam Sekitar Pergi ke kedai membeli bunga, Bunga di beli cantik sekali, _________________________________ Agar hidup sentiasa harmoni. Pergi ke kota bersama teman, Kota Melaka tempat pilihan, _________________________________ Agar tidak berlaku pencemaran. Pergi menyelam di dalam laut, Pergi menyelam di laut china, _________________________________ Agar khazanahnya terpelihara. Cantik bulan kerana terang Ditambah bintang yang berkelipan _________________________________ Kalau ditebang tanpa kawalan. Bunga kemboja di pohon sena Dipetik dilurut celahan batu Pupus segala flora dan fauna _________________________________

Borang Pengurusan Grafik

Rangkap 1 _____________________________ _____________________________ _____________________________ ____________________________

Rangkap 2 _____________________________ _____________________________ _____________________________ _____________________________

Rangkap 3 _____________________________ _____________________________ _____________________________ ___________________________

Rangkap 4 _____________________________ _____________________________ _____________________________ _____________________________

Rangkap 5 _____________________________ _____________________________ _____________________________ ____________________________

Pantun Alam Sekitar