Anda di halaman 1dari 14

KULIAH 1

ETIKA, MORAL, AKHLAK

PENDAHULUAN
Konsep Moral adalah sesuatu perkara yang rumit. Suatu perkara yang kompleks,ia juga sesuatu yang tidak jelas. Kekaburan dalam moral mungkin kerana terdapat banyak teori

yang bertentangan, dan tidak kurang juga teori-teori psikologi yang bertanding untuk menerangkan proses perkembangan moral dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa. Moral dipengaruhi oleh konsep moral yang diterima dan teori psikologi perkembangan moral yang dipegang oleh individu yang bertanggungjawab melaksanakannya. Kesimpulannya, untuk memahami konsep asas moral secara mendalam, kita akan meninjau dengan kritis mengenai konsep moral dan teori-teori psikologi tentang perkembangan moral.

KONSEP ETIKA
Maksud etimologi bagi perkataan "etika" (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani "ethos", ialah adat (customs) atau kegunaan (usages).

Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral,tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik (Grassian.V. 1981). Menurut Frankena, W. K. (1973), etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral.

KONSEP MORAL

Moral" berasal daripada perkataan Latin "mores" yang

membawa erti yang sama dengan etika (Ashmore, R. B. 1987). Cara dan gaya individu mengikuti peraturan-peraturan masyarakatnya adalah suatu pertimbangan yang penting kerana ini menentukan setakat mana tindakan-tindakan individu itu boleh dipuji dan dijustifikasikan dari segi moral.

Virtues atau sifat-sifat murni ialah satu istilah yang berkaitan dengan sifat atau perangai yang mulia dan ciri watak yang baik serta mengandungi cara atau bagaimana individu itu patut mengikuti peraturan-peraturan masyarakat. Konsep moral yang dicadangkan di sini mestilah ditafsirkan sebagai pemupukan sikap, sifat dan ciri watak yang cemerlang dari segi moral dan yang telah dikenalpasti sebagai sifat-sifat murni oleh masyarakat yang bertamadun dan berperikemanusiaan.

Ada kemungkinan besar peraturan-peraturan masyarakat didapati tidak sesuai dengan situasi-situasi baru dan luar biasa, menyebabkan kerumitan bagi individu untuk menilai atau mempertimbangkan sesuatu isu moral dan seterusnya memutuskan tindakan mana yang boleh dianggap sebagai bermoral. Seperti yang dikatakan oleh Aristotle (1979), jika individu itu bukan orang yang bijaksana, kontemplatif dan mempunyai virtues intelektual.

Menurut Richard Hare (1981), seseorang yang berfikiran kritis tetapi hanya sebagai orang baik yang biasa, individu itu mungkin tidak berupaya apabila berhadapan dengan dilema moral. Sifat-sifat murni pernah juga ditafsirkan oleh setengah-setengah orang sebagai kebiasaan-kebiasaan yang manis serta baik, dan oleh itu ia sebenarnya ridak dapat membimbing tingkah laku dalam situasisituasi luar biasa.

Apa yang hendak ditetapkan adalah dalam mencari konsep moral yang agak sempurna, kriteria, standard atau prinsip-prinsip moral adalah diperlukan untuk melengkapkan (bukan untuk bertanding) etika sifat-sifat murni dan juga kemoralan sosial. Jika individu (yang mengamalkan perangai dan menun-jukkan watak yang baik serta mematuhi peraturan-peraturan masyarakatnya) tidak mengikuti apa-apa prinsip, individu itu mungkin memilih, membuat keputusan atau pertimbangan dan mengambil tindakan yang bukan moral atau yang kurang nilainya dari segi moral ataupun lebih buruk lagi, tidak bermoral.

Menurut pendapat William Frankena (1973), prinsipprinsip moral tanpa peraturan serta ciri-ciri watak yang mulia adalah tidak berdaya, dan peraturan serta ciri-ciri watak yang mulia tanpa prinsip-prinsip moral adalah tidak bertujuan. Ringkasnya, konsep moral yang dicadangkan mempunyai dua aspek yang penting.:
Pertama

ialah kemoralan sebagai kandungan (terdiri daripada peraturan-peraturan tertentu, sifat-sifat murni dan prinsip-prinsip moral);

Kedua, kemoralan sebagai bentuk (penggunaan prinsip).

Boleh diperkatakan bahawa apabila berhadapan dengan dilema moral dan di mana terdapat konflik atau kekaburan dalam peraturan-peraturan moral masyarakat, seseorang itu akan lebih bermoral dalam pertimbangan, keputusan dan tingkah lakunya jika individu itu mengikuti prinsip-prinsip moral (sebagai bentuk bukan sebagai kandungan kemoralan). Dalam menghadapi dilema moral, bagi konsep moral yang dicadangkan di sini, kemoralan berprinsip agak lebih asas dan penting daripada kemoralan sosial atau etika sifat-sifat murni.

KONSEP AKHLAK
Akhlak merujuk kepada kelakuan dan perbuatan yang berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat. Individu seperti ini bertindak secara terkawal serta mempunyai pemikiran yang waras. Dia berupaya membuat pertimbangan agar tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Pada masa yang sama, dia tidak pula bersifat terlalu altruistik sehingga hak-hak sendiri terkorban.

Sambung..
Dalam pergaulan sehari-hari kita mudah melihat situasi-situasi di mana tingkah laku moral itu ditonjolkan. Contohnya adalah seperti berikut:
1. Guru-guru pelatih dalam Badan Kebudayaan melawat

Rumah Orang Tua, Rumah Anak Yatim dan Rumah Orang Cacat pada setiap penghujung minggu. Mereka juga menghiburkan penghuni-penghuni tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti berbual-bual dengan mereka, mengajar kanak-kanak cacat, mengadakan permainan dan mengendalikan projek gotong-royong.

Sambung..
2. 3.

Seorang murid yang bangun untuk menyerahkan tempat duduknya dalam bas kepada seorang ibu yang mengandungi atau seorang tua. Seorang individu yang membantu seorang tua melintasi jalan raya yang sibuk. Tingkah laku moral merupakan hasil penaakulan moral dan emosi moral seseorang individu.

Anda mungkin juga menyukai