Anda di halaman 1dari 2

1.

Soalan : Jawapan :

Gembeleng atau gembleng? Gembleng

2. Soalan : Cara penggunaan kata pemeri "adalah" dengan ''ialah''. Jawapan : "Adalah dan ialah" di kategorikan sebagai kata pemeri.

(a) Kata pemeri "adalah" pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dalam, dengan dan banyak lagi) dan kata adjektif .

seperti (untuk, pada,

Perkataan "adalah" tidak boleh digunakan selepas kata kerja dan kata nafi. Contohnya : (i) adalah dimaklumkan.. (salah) (ii) adalah tidak sah.. (salah)

(b) Kata pemeri "ialah" digunakan untuk kata nama dan frasa nama. Contohnya: Ayah saya ialah seorang askar.

3.

Penulisan Allah SWT petik (" ").

perumpamaan, dalam

peribahasa,

kata-kata

hikmat,

hadis

dan

firman

penulisan novel, surat khabar, artikel dan rencana perlu diletakkan tanda

4. Soalan : Hadirin atau hadirin dan hadirat, hadirin-hadirat? Jawapan: Hadirin, kerana hadirat tiada dalam perkamusan Bahasa Melayu. Ini kerana masyarakat Melayu terpengaruh dengan Bahasa Arab seperti muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Hadirin juga sudah membawa maksud yang banyak dan tidak perlu menambah perkataan hadirat. Berlaku kelewahan bahasa disitu.

Contohnya : Hadirin diminta duduk Hadirin dan hadirat Hadirin-hadirat (betul) (salah) (salah)

5. Soalan : Penggunaan imbuhan ''mer'' kepada perkataan merbahaya betul atau salah? Jawapan : Salah. Dalam Bahasa Melayu tidak wujud imbuhan "mer''.

Contohnya : merbahaya

(salah)

6. Soalan : Penggunaan menghadiahkan dan menghadiahi? Jawapan : Apitan meng-..-kan hendaklah menerima objek yang tidak bernyawa. Apitan meng-..-i hendaklah menerima objek yang bernyawa

Contoh : Hizamir menghadiahkan sejambak bunga kepada isterinya. Hizamir menghadiahi Azizul sebuah basikal.

7. Soalan

:Analisa atau analisis dan maksima atau maksimum?

Jawapan :Analisis dan maksimum

8. Soalan

: Perkataan lain bagi gallop?

Jawapan : Congklang