Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Aktiviti Pembangunan Spiritual (Untuk Muslim) Konsep Pembinaan Spiritual (menurut Islam) Pembangunan aspek spiritual merupakan

salah satu kaedah yang digunakan untuk membentuk sahsiah diri yang baik. Pembangunan spiritual yang ditekankan dalam Islam ialah pembangunan yang memfokuskan terhadap usaha mendekatkan hubungan seseorang dengan penciptanya iaitu Allah s.w.t. melalui amalan rohani(Ibadah Qalbiyyah). Hubungan dalam bentuk rohani yang erat ini melahirkan seorang yang bersedia untuk tunduk dan patuh kepada penciptanya seterusnya akan membawa kepada menghayati sahsiah dan akhlak terpuji yang boleh dilihat melalui amalan zahir. Bertepatan dengan maksud sahsiah itu sendiri sepertimana yang disebutkan oleh Imam al Gahzali dalam bukunya Ihya Ulum al Din iaitu, sahsiah ialah aspekaspek yang saling mempengaruhi antara-antara sifat-sifat dalaman dan luaran. Ia bermaksud merangkumi aspek luaran iaitu tingkah laku yang dijelmakan dari sifat dalaman yang meliputi aspek emosi, sikap, motivasi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, tingkah laku jasad menggambarkan sifat rohani seseorang. Elemen yang ditekankan dalam pembangunan spiritual Elemen yang ditekankan dalam proses pembangunan spiritual ialah pembinaan jiwa melalui elemen iman yang bersifat mengikat seseorang dengan ikatan yang paling kukuh iaitu ikatan Islam. Firman Allah s.w.t. dalam surah al Taghabun di bawah ini memberikan penjelasan berkenaan intipati mujahadah yang mendatangkan hidayah dalam ayat di atas ialah iman itu sendiri. Firman Allah s.w.t.: Dan barangsiapa beriman (petunjuk) kepadanya. (al Taghabun: 11) kepada Allah, diberikan hidayah

Pembangunan spiritual yang berterusan akan melahirkan kesan yang seterusnya dalam pembinaan sahsiah iaitu bakal mencapai tahap taqwa sepertimana firman Allah s.w.t.: Dan barangsiapa sentiasa dalam hidayah, akan ditambahkan hidayah kepadanya, seterusnya akan diberikan kepada mereka taqwa sebagai milik mereka. (al Quran) Gambaran pemeringkatan peningkatan diri dalam pembinaan spiritual

Mujahadah (kesungguhan)

Hidayah

Iman

Taqwa Kepentingan Iman sebagai elemen penting dalam pembangunan spiritual: Orang beriman dengan senang boleh menerima arahan-arahan pencipta (Allah s.w.t) serta mengakui tanda-tanda kebenaran yang dibentangkan kepada mereka. Firman Allah s.w.t.: Dan apabila diturunkan surah (al Quran). Maka sebahagian mereka (golongan munafik) berkata siapakah di antara kamu yang bertambah imannya. Adapun orang yang beriman, maka bertambahlah iman mereka dalam keadaan penuh gembira. Manakala orang-orang yang berpenyakit pada hati mereka, maka bertambah rosak hati mereka sebagai tambahan kepada hati yang sememangnya telah rosak dan mereka telah mati dalam keadaan kafir. (al Anam: 124-125)

Pemeringkatan spiritual Selaraskan akal dengan akidah

mekanisme

dalam

proses

pembangunan

Bina kehendak (hati)

Melahirkan kekuatan perasaan

Pendekatan: Ilmu + persekitaran

Pendekatan: Ilmu + persekitaran + amal Bina Iman

Pendekatan: Ilmu + amal + persekitaran

Penjelasan pemeringkatan mekanisme proses pembangunan spiritual Peringkat 1: Penyelarasan antara akal dengan akidah melalui proses taaqul / ilmu. Muqaddimah: Akal yang ditekankan dalam peringkat ini ialah akal yang dihubungkan dengan hati. Ia bertepatan dengan penjelasan al Quran yang menggunakan lafaz yang sama kepada akal untuk perkataan hati (al Qalb) dan dalam beberapa tempat yang lain di dalam al Quran hati dijelaskan dengan menggunakan perkataan akal (al Aql). Walaupun begitu terdapat beberapa tempat dalam al Quran yang mengasingkan penggunaan perkataan akal daripada hati, tetapi ia menggunakan perkataan yang lain iaitu fuad . Namun yang demikian, perkataan akal yang tidak dihubungkan dengan hati ini selalu merujuk kepada orang-orang yang tidak beriman. Objektif: 1. Pembentukan akal / hati yang jujur, bersih, waras. 2. Menghilangkan penutup-penutup akal / hati yang menutupnya daripada menerima kebenaran seperti sangkaan-sangkaan yang salah, taqlid yang salah dan sebagainya. 3. Menyelaraskan akal / hati dengan akidah.

Tindakan: 1. Menyampaikan ilmu yang benar berkenaan iman. Al Quran menjelaskan bahawa orang yang dapat menerima ilmu yang benar boleh mengelakkan diri daripada halangan-halangan yang menghalang daripada menerima iman. Firman Allah s.w.t.: Tiadalah Kami utuskan sebelum engkau seorang Rasul dan tidak pula Nabi, melainkan apabila ia bercita-cita (dalam hatinya), maka

syaitan menghalang cita-citanya itu, lalu Allah menghapuskan halangan itu, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatnya. Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana. Supaya Dia menjadikan halangan syaitan itu sebagi cubaan bagi orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang yang kasar hatinya. Sesungguhnya orangorang aniya itu dalam perselisihan yang jauh. Dan supaya mengetahui orang-orang yang diberi pengetahuan, bahawa al Quran sebenarnya daripada tuhanMu, lalu mereka beriman kepadanya dan tenteram hatinya... (al Hajj: 52-54) 2. Penekanan aspek taaqul iaitu penyampaian ilmu melalui kaedah pengamatan yang mendalam terhadap maklumat-maklumat yang disampaikan. Iaitu pengamatan yang melibatkan seluruh komponen akal. Pemikiran secara ta,aqul ini memberikan kesan yang lebih kepada ingatan dan kefahaman seseorang. Al Quran telah menjelaskan perkara ini melalui firman Allah s.w.t.: Mengapa tidak mereka mentadabbur (mengamati) al Quran. Atau pun pun telah terdapat penutup pada hati mereka. (al Quran) Dalam ayat yang lain, Allah s.w.t menjelaskan tentang balasan buruk yang bakal diterima oleh mereka yang tidak menggunakan akal dengan penggunaan yang sebenar (taaqul) sehingga menyebabkan mereka memilih jalan yang dilarang oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam memperihalkan kisah ahli neraka Sair: Dan mereka berkata, sekiranya dahulu kami benar-benar mendengar dan berfikir, tidaklah kami menjadi ahli neraka sair pada hari ini (al Quran)

3. Penekanan penjelasan secara bertubi-tubi melalui kaedah yang pelbagai. Pendekatan seperti ini adalah kerana meraikan akal manusia yang mempunyai kecenderungan yang berbeza disebabkan penggunaan akal dominan yang berbeza. Selain daripada itu, ia juga merujuk kepada kemampuan kecenderungan akal yang boleh dibentuk melalui latihan yang berterusan. Hadith Rasulullah sa.w. yang bermaksud: Berbicaralah dengan manusia bersesuaian dengan kemampuan akal mereka. Manakala firman Allah s.w.t. pula bermaksud:

Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk diberi hidayah, maka Allah akan melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Dan barangsiapa yang Allah ingin menyesatkannya, Allah akan menjadikan hatinya terasa sempit (apabila mendengar ayat-ayat Allah) sepertimana keadaan seorang yang sedang naik ke tempat yang tinggi. (al Quran: al Anam) Kepentingan pembersihan akal / hati Al Quran banyak menjelaskan kesan daripada hati yang sakit antaranya seperti berikut: 1. Lebih tertarik kepada bisikan-bisikan syaitan dan berpaling daripada kebenaran. Dalil telah dijelaskan di atas iaitu Surah al Hajj ayat 52-54. 2. Tertutup hati daripada mentadabbur (mengamati) al Quran. Dalil Surah Muhammad ayat 34. 3. Tertutup hati daripada menerima peringatan. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau mendengarkan (pengajaran), sedang dia (hatinya) hadir. (Qaf: 37) 4. Hati menjadi semakin sakit dan rosak apabila mendengar ayatayat Allah s.w.t. Dalil surah al taubah ayat 124-125)

Peringkat II: Pembinaan kehendak diri untuk menerima kebenaran dan berubah ke arah kebaikan. (Pembentukan hati untuk menerima dan menghayati kebenaran) Muqaddimah: Pada peringkat ini, seseorang itu telah memahami konsep Iman yang sebenar dan telah sedar betapa pentingnya keimanan kepada seseorang individu. Walaupun begitu, kefahaman dan kesedaran ini sahaja tidak cukup untuk menggerakkan seseorang ke arah menghayati Iman tersebut. Ia masih perlu membina kehendak untuk menerima iman tersebut sebagai sesuatu yang dihayati.(Iman bukan sekadar ilmu semata-mata tentang konsep-konsep aqidah tetapi ia memerlukan kehendak daripada hati seseorang individu untuk menerimanya sebagai suatu yang dihayati)

Objektif: 1. Membina keinginan terhadap diri seseorang untuk menghayati Iman dalam kehidupan. 2. Membawa seseorang untuk memperbanyakkan amalan soleh melebihi daripada perkara-perkara fardhu yang telah ditetapkan ke atas seorang muslim. Tindakan: 1. Bersihkan jiwa serta tingkatkan cahaya hati melalui latihan hati dan zikrullah. Ini adalah disebabkan, al Quran menjelaskan bahawa keinginan dan kekuatan melakukan amalan yang baik lahir daripada hati yang bersih manakala keinginan dan kekuatan melakukan amalan yang buruk lahir daripada hati yang kotor. Firman Allah s.w.t.: Dan jiwa serta penyempurnaannya. Maka kami ilhamkan kepada jiwa tersebut jalan baik dan jalan buruk. Telah berjaya orang yang membersihkan jiwa tersebut dan telah rugi orang yang mengotorkannya. (al Quran) Antara contoh latihan hati yang ampuh untuk membersihkan jiwa ialah latihan Khauf iaitu latihan merasakan dalam diri perasaan takutkan Allah s.w.t. (merasakan kebesaran Allah s.w.t.). Firman Allah s.w.t.: Dan adapun orang yang takutkan tuhannya serta menahan diri daripada hawa (nafsu) maka balasannya ialah syurga sebagai tempat tinggal. (al Naziat: 40-41) 2. Jelaskan serta dedahkan panduan untuk meningkatkan diri serta jelaskan garis panduan cara hidup Islam yang sebenar dalam perkara-perkara yang perlukan kepada pendetailan. Penjelasan ini penting bagi memastikan tidak tersalah memilih jalan dalam meningkatkan sahsiah diri. 3. Imbangi amalan dengan mengadakan amalan-amalan fizikal seperti riadhah, out door dan sebagainya. Kepentingan membina kehendak: 1. Konsep perubahan dalam Islam bertitik tolak daripada kehendak diri sendiri. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada jiwa mereka sendiri. (al Radu)

2. Keburukan hasil sesuatu perkara yang berlaku disebabkan perlanggaran ketetapan Allah s.w.t. adalah atas pilihan sendiri. Firman Allah s.w.t. kepada tentera Islam di perang uhud yang telah menghadapi kekalahan bermaksud: Apabila kamu ditimpa musibah (dalam perang Uhud), kamu berkata (kepada rasulullah s.a.w.). Kenapakah berlaku perkara ini? Katakanlah wahai Muhammad ia berlaku adalah disebabkan daripada jiwa kamu sendiri. (al ayah) Peringkat III: Melahirkan menghayati Islam perasaan yang kuat untuk

Pada peringkat ini, aqidah yang berasaskan ilmu yang benar serta diterima dengan penuh kerelaan hati perlu diserapkan ke dalam ruang diri, diserapkan ke dasar jiwa dan disebatikan dengan darah daging sehingga aqidah tersebut menjadi sebahagian yang tidak terpisah daripada diri individu. Peringkat ini menjadikan seseorang menjadikan pegangan aqidah merupakan asas yang paling kukuh kepadanya dalam menjalani kehidupan harian. Objektif: 1. Memperkukuhkan iman yang telah mencapai tahap penghayatan melalui kehendak hati (bukan taqlid) 2. Menjadi seorang individu muslim yang sebenar dan menjadi contoh kepada yang lain. Aktiviti: 1. Penyiraman ayat-ayat Allah s.w.t. 2. Pembersihan hati daripada sifat-sifat menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah. 3. Pemupukan amal soleh.

mazmumah

dan

Program soft skill (elemen spiritual) 1. Aktiviti pembentukan akal / pemikiran yang benar dan sihat. 2. Aktiviti pembentukan hati yang bersih 3. Aktiviti pembinaan jiwa yang mantap Fasa 1: 1. Pembentukan akal / pemikiran yang benar dan sihat 1.1. Pengenalan fitrah manusia (naluri beragama) 1.2. Pengenalan sifat manusia (elemen dalam diri kelemahan) 1.3. Konsep pegangan beragama (aqidah) 1.4. Konsep pembangunan spiritual / mujahadah an Nafs

manusia:

1.5. 1.6. 1.7. 1.8.

Pengenalan Pengenalan Pengenalan Pengenalan

jalan-jalan menuju perubahan amalan-amalan spiritual konsep ketundukan kepada Allah konsep pembangunan sahsiah insane

Fasa 2: 2. Pembentukan hati yang bersih Fasa 3: 3. Pembinaan jiwa yang mantap

Anda mungkin juga menyukai