Anda di halaman 1dari 2

AGAMA HINDU

Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia dan ia dikenali sebagai Santhana Dharma ( kekal abadi ). Agama Hindu tidak diasaskan oleh seorang individu ataupun berasaskan wahyu. Agama ini berpusat di kawasan Sungai Indus, satu kawasan luas di India Utara.

Agama Hindu mengamalkan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, tolak ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan dengki, ampun dan maaf, menimba ilmu, kemanusiaan, tidak fanatik terhadap agama, memerangi hawa nafsu, mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda.

Tambahan pula, agama Hindu juga mengamalkan nilai-nilai seperti kasih sayang, larangan minum arak, mentaati ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan dalam sistem pemerintahan. But the man who, controlling his senses with his mind, undertakes through his action organs the discipline of action without attachment, distinguishes himself. (Bagavath Gita.3.7)

Berdasarkan Rig-Veda ( 1.89.1. ) pula menganjurkan toleransi keagamaan dengan ayat bermaksud Let noble thoughts come to us from everyside, pure, unobstructed, overflowing.

Selain itu, Yajur Veda 36.18 pula menganjurkan kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat bermaksud May all beings look on me with friendly eyes; may I look on all beings with friendly eyes; may we look on each other with friendly eyes .

Dalam agama Hindu, tindakan atau amalan adalah amat penting kerana Tuhan hanya melihat amalan manusia dan bukan keturunan seseorang itu. Dalam hubungan ini, seorang Mahaguru Hindu bernama Thirumoolar mengatakan bahawa seorang insan can reach God in services to humanity, charity, love shown to them.

Mahaguru agama Hindu ini juga pernah menyebut bahawa sekiranya manusia memahami dan menerima hakikat bahawa manusia sebagai satu ummah dan Tuhan itu Esa, maka manusia tidak akan menemui penderitaan (Oruvane Thevanum nantre ninaimin namanillai-Bahasa Tamil).

Agama Hindu mengamalkan konsep berdoa untuk keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan seluruh alam dan manusia semasa menunaikan ibadat sembayang dan bukan kepada sesuatu kaum, ummah atau sesuatu penganut agama tertentu.

Antara doa-doa agama Hindu adalah seperti berikut:

Berdoa agar seluruh umat manusia sentiasa sejahtera dan bahagia. ( Om, sarve bhavantu sukhinah, sarve santu niramaya-ah, sarve bhadrani pashyantuma-kaschit duhkhabhag bhavet, Om shanti, shanti, ) Oh, Almighty, may all ( entire mankind ) be happy, may all be healthy, may all experience prosperity, may none ( in the world ) suffer. May peace, peace, peace be unto us and all the beings of the world

Berusaha untuk kebajikan seluruh umat manusia ( Sarva bhuta hite ratah ) Work continuously for the welfare of every living being

Berdoa agar seluruh umat manusia gembira selalu Loka samsthah sukhino bhavanto) Let all be happy

Petikan doadoa tersebut jelasnya menunjukkan bahawa agama Hindu tidak menganmalkan konsep permusuhan dengan penganut agama lain tetapi meletakkan sebagai kewajipan bagi setiap penganut Hindu untuk berdoa agar kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan alam dan umat manusia terjamin, tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.

Anda mungkin juga menyukai