Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 3

Pemakanan

TUTORIAL 1 Buat kajian terhadap perkembangan motor halus kanak- kanak di prasekolah anda dalam aspek: 1. Prasyarat kepada kemahiran menulis. 2. Kemahiran melukis Sediakan laporan kajian dengan lengkap dan bincangkan semasa sesi tutorial bersama pensyarah anda. Dokumentasikan dan simpan di dalam folio anda. JAWAPAN: Menulis adalah satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga adalah proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk ayat. ASPEK-ASPEK BERKAITAN DENGAN KEMAHIRAN MENULIS 2 jenis kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran untuk pelahiran (mental) Kemahiran menulis mekanis dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan boleh dibaca. Kemahiran menulis pelahiran (mental) dijalankan selepas kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mekanis. PERKEMBANGAN OTOT HALUS DAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan tangan, iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis. KEBOLEHAN MEMEGANG ALAT TULIS Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menggenggam alat tulis kerana otot halus mereka masih lagi belum matang.

Setelah otot halus mereka matang kanak-kanak akan diajar cara memegang alat tulis dengan betul dan kemudian guru akan menyuruh mereka menconteng dengan cara memegang alat tulis dengan betul.

KEBOLEHAN MEMBUAT LAKARAN ASAS (basic stokes) DAN PERSEPSI ABJAD / NOMBOR Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka Contengan adalah merupakan asas kebolehan menulis Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai wakil bunyi (suara), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan lukisan itu digunakan untuk meniru huruf yang mereka lihat dalam bacaan mereka

KEMAHIRAN MELUKIS Melukis sebagai medium komunikasi Lukisan merupakan bentuk awal komunikasi kanak- kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberi kepuasan kepada kanak- kanak. Melalui lukisan, kanak- kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya instuisi kanakkanak. KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI KEPADA KANAK- KANAK a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak- kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi mata- tangan. c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek didalam pendidikan seni visual mengutamakan proses berbanding dengan hasilan akhir.

d) Aspek Persepsi Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan projek yang terdapat disekeliling mereka. e) Aspek sosial dan emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Matapelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Anda mungkin juga menyukai