Anda di halaman 1dari 7

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK KAPIT YEE 7101 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul ANIJAH BINTI AHMAD GURU SEBAGAI MENTOR Kod Sekolah :

Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program. Jelas semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk menjadi orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup yang bermakna. Mentor tidak semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru berperanan sebagai mentor yang efektif, sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pendorong, kaunselor, penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-nilai murni juga dikupas untuk rujukan mentor. Buku ini dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar mengajar menulis, membaca dan mengira (3M), malah ditambah dengan menerapkan nilai akhlak dan moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya proses pementoran. Buku ini membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik perhatian guru kepada pementoran.. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus pelaksanaan program mentor mentee. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerpakan nilai murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti. Guru dapat meneruskan proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih bermakna.

3. Bidang : AMALAN DAN NILAI PROFESIONALISME PERGURUAN 5. Masa :

8.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


-

Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan seterusnya membimbing dengan menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam kelas. Guru juga boleh mengunapakai teori psikologi yang terdapat dalam buku untuk diaplikasikan dalam PnP.

Disediakan oleh, oleh, .............................................. ............................... ( ANIJAH BINTI AHMAD ) )

Disahkan ................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK KAPIT Sekolah : YEE 7101 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis ANIJAH BINTI AHMAD INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL UNTUK REMAJA Kod

3. Bidang : AMALAN DAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN 5. Masa :

Buku ini mengupas komunikasi intrapersonal dan interpersonal berlaku dalam jiwa remaja. Sesuai dibaca oleh mereka yang selalu berhubung dengan remaja seperti kaunselor, ibu bapa dan guru. Buku ini membincangkan secara terperinci perkembangan biologi dan kognitif remaja dan mengupas perkembangan sosio-emosi remaja. Turut menarik adalah perkembangan interpersonal remaja yang mampu menggiat remaja memahami diri mereka. Selain itu turut dihurai ialah isu berkaitan masalah remaja dan langkah yang wajar dilakukan bagi mengekang remaja terbabit dalam gejala social seperti ponteng sekolah dan terlibat dengan dadah. Jelas peranan mentoring interpersonal remaja diketengahkan dan hubungan interpersonal remaja.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran -

Dapat memahami konsep intrapersonal dan interpersonal bagi memahami perkembangan sesorang remaja yang biasanya terdiri daripada golongan pelajar. Dapat membantu, memahami perkembangan fizikal remaja dan menjadi contoh kepada remaja kerana orang dewasa (guru/ibu bapa) biasanya akan menjadi ikutan remaja. Remaja merupakan insan yang mempunyai daya ingin mencuba yang tinggi, jadi penerapan nilai yang baik perlu diamalkan.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


-

Guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan

remaja yang menuju pergaulan positif. Oleh itu guru perlu menggalakkan/melatih pelajar berbincang dan mengemukakan pendapat yang positif terutamanya isu remaja. Pembelajaran secara kooperatif boleh dijalankan untuk menggalakkan pergaulan sihat antara remaja yang berlainan latar belakang. Melalui ilmu yang diperolehi dari bahan bacaan tersebut, guru lebih mudah memahami dan menyatakan tindakan konstruktif yang wajar dilakukan bagi membantu remaja memahami aspek intrapersonal dan interpersonal mereka.

Disediakan oleh, oleh, .............................................. ............................... ( ANIJAH BINTI AHMAD ) )

Disahkan ................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : ANIJAH BINTI AHMAD YEE 7101 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis ANIJAH BINTI AHMAD GURU SEBAGAI FASILITATOR Kod Sekolah :

3. Bidang : AMALAN DAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN 5. Masa :

Buku ini merupakan panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut dipaparkan ialah 60 modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan dalam Kumpulan (LDK). Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru dan modul disusun secara fleksibel yang boleh diubahsuai bagi memenuhi objektif program. Susunan aktiviti dalam kumpulan yang disediakan memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna. Buku ini juga memberi panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme dalam menangani kerenah pelajar.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran .Antara pengetahuan yang mampu digarap ialah


- Memupuk dan menerapkan nilai - Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran

9.

- Menjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan fasilitator mengendalikan aktiviti bimbingan disamping dapat mengaitkan teori dengan situasi praktikal yang bersifat kontekstual. Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri guru dan fasilitator sebagai pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan orang lain serta dijadikan panduan kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan dalam kalangan pendidik.

Disediakan oleh, oleh, .............................................. ............................... ( ANIJAH BINTI AHMAD ) )

Disahkan ................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul ANIJAH BINTI AHMAD {E-ART ASEAN ONLINE} Kod Sekolah : 3. Bidang : KEMAHIRAN PROFESIONALISME 5. Masa :

Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis Buku ini berkisar tentang perkembangan seni elektronik yang memaparkan integrasi, multidisiplin dan perubahan kearah bidang elektronik dan teknologi digital. Turut terdapat dalam buku tersebut ialah beberapa jurnal pelukis tanah air yang memberi komentar tentang perubahan aliran dan perkembangan seni sejajar dengan peningkatan ilmu. Pelbagai medium dan teknik baharu diperkatakan dan digarap dalam penghasilan karya yang member makna dan

menjadi medan perkembangan seni di Asia. Jelas seni merupakan cabaran alaf baru berdasarkan kemunculan pelbagai inovasi teknologi dalam kemelut globalisasi. Buku ini juga memberikan panduan kepada penghasilan seni dan penjanaan imej melalui medium tradisonal mahupun moden.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Memahami bahawa terdapat percantuman antara seni dan sains Mampu menangani cabaran dalam bidang seni dalam kalangan masyarakat yang bermaklumat. Mengikuti perkembangan seni visual sejajar arus pembangunan dunia. Menghargai /Memartabatkan hasil karya dan nilai seni pengkarya.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Guru dapat mengaplikasikan dan mendedahkan pelajar tentang perkembangan seni yang selari dengan perkembangan teknologi. Idea dan ilmu disalurkan dalam PnP dan disebarluas dalam organisasi agar pengetahuan tentang seni visual tidak terbatas kepada seni tradisional sahaja.

Disediakan oleh, oleh, .............................................. ............................... ( ANIJAH BINTI AHMAD ) )

Disahkan ................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ASAJAYA NO.2 YEA 8103 1. 2. 4. 6. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat ANIJAH BINTI AHMAD STRATEGI PENGAJARAN GURU CEMERLANG Kod Sekolah :

3. Bidang : PENGETAHUAN PROFESIONALISME 5. Masa :

7.

Pembentangan Sinopsis Buku ini merupakan himpunan makalah yang dipecahkan kepada tiga segmen iaitu kaedah pengajaran , kajian empiris dan esei pendidikan. Melalui segmen kaedah pengajaran, terdapat pelbagai input baharu kepada pendidik terutamanya kepelbagai teknik dan kaedah pengajaran hasil idea guru-guru cemerlang bagi menangani pelajar yang memiliki latar belakang yang rencam. Antara kupasan yang menarik ialah : Guru Kreatif Pelajar Aktif dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai contoh modul dapat dijadikan pencetus idea dalam proses PnP. Menerusi segmen kajian pula merupakan kajian empirikal yang dapat dijadikan prototaip kepada kajian yang ingin dilakukan oleh guru bagi meningkatkan status akademik dan menjadi pemangkin kepada penciptaan kaedah pengajaran yang lain. Segmen esei pula, mengemukakan makalah yang melihat isu pendidikan secara lebih menyeluruh. Keseluruhannya, bahan ini merupakan dokumentasi dari pelbagai topik yang dapat dikecapi isi kandungan oleh guru, pelaksana dasar, mahupun pembuat dasar bagi memberikan corak pendidikan yang lebih dinamik menerusi usaha yang lebih proatif daripada semua pihak. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Antara nilai pengetahuan yang mampu digarap ialah

8.

Kemahiran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran Menjana minda berfikiran lebih kritis dan kreatif Memangkin penciptaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan

9.

Merangsang pembangunan material dan akal fikir agar dapat memartabat profesion perguruan. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P
-

Bahan ini dapat dijadikan panduan guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran. Himpunan pelbagai variasi segmen terutamanya kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan input untuk mencerna idea baharu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar belajar disamping merangsang pelajar mengaktifkan pemikiran dan potensi akal serta membuka ruang kreatitiviti ke tahap yang maksimum disamping meningkatkan mutu dan memartabatkan profesion perguruan.

Disediakan oleh, oleh, .............................................. ............................... ( ANIJAH BINTI AHMAD ) )

Disahkan ................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ASAJAYA NO.2 YEA 8103 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis ANIJAH BINTI AHMAD KEMAHIRAN INTERPERSONAL UNTUK GURU Kod Sekolah :

3. Bidang : AMALAN DAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN 5. Masa :

Buku ini merupakan panduan komunikasi interpersonal yang praktikal yang disertakan beberapa contoh dengan menggunakan bahasa yang mudah. Terdapat banyak panduan yang merangkakan dengan jelas prinsip dan teknik komunikasi interpersonal untuk kegunaan guru-guru di dalam bilik darjah. Antara teknik yang perlu dikuasai ialah : Mendengar yang lebih baik, Bercakap dengan lebih tegas, Berucap dengan lebih menarik Mengamalkan empati, Mengkritik dengan lebih berkesan, Memuji secara ikhlas, Memahami bahasa bukan lisan dan Mengesan dusta 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran .Antara pengetahuan dan pengajaran yang diperolehi ialah:

Kemahiran komunikasi interpersonal yang lebih berkesan. Menguasai pelbagai teknik untuk mengawal situasi dalam kelas Dapat mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang baik antara pelajar. Dapat mengubah sikap dan tingkahlaku

9.

Meningkatkan keyakinan diri menghadapi tiingkahlaku yang rencam. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Intipati buku ini dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas khususnya. Dengan mengusai beberapa teknik komunikasi, guru akan lebih berkeyakinan, dekat dan memahami pelajar seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Disediakan oleh, .............................................. ............................... ( ANIJAH BINTI AHMAD ) )

Disahkan oleh, ................. (