Anda di halaman 1dari 2

Prinsip Archimedes adalah hukum keapungan.

Ia menyatakan bahawa mana-mana jisim yang sebahagian atau keseluruhannya direndam ke dalam cecair akan mengalami keapungan oleh daya yang sama dengan berat air yang disesarkan. Berat objek bertindak ke bawah, manakala daya keapungan akan bertindak ke atas. Untuk mengira berat air yang telah disesarkan adalah seperti formula berikut.

Berat air yang disesarkan, w = mg, Untuk mengetahui jisim dalam bentuk ketumpatan dan isipadu, m = pV. Berat air yang disesarkan, W = pVg (replacing m by pV)

Keapungan objek juga disebabkan oleh ketumpatan objek. Ketumpatan = jisim dibahagikan dengan isipadu. Objek yang lebih tumpat daripada ketumpatan air akan tenggelam. Manakala objek yang kurang tumpat daripada air ia tidak akan tenggelam.

Apakah kegunaan prinsip Archimedes?

1. Kapal selam Kapal selam mempunyai tangki ballas yang besar yang digunakan untuk mengawal posisi kedalamannya. Kapal selam tenggelam apabila air dimasukkan kedalam tangki ballas supaya ia menjadi semakin berat melebihi daya keapungan. Manakala, ia akan terapung apabila

air di dalam tangki ballas dikurangkan, Apabila beratnya kurang, maka daya keapungan lebih tinggi, maka terapung lah kapal selam tersebut.

2. Belon Udara Panas.

Apabila udara di dalam belon dipanaskan, udara di dalamnya akan mengembang. Ini menyebabkan ketumpatan dan tekanan udara di dalam belon menjadi kurang. Oleh kerana tekanan pada luar belon lebih tinggi daripada udara di dalam belon, maka belon tersebut akan terangkat ke udara apabila daya keapungannya melebihi daya gravity.