Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran kognitif Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan

kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 (wikipedia). Peringkat Teksonomi Bloom ialah: 1. Pengetahuan nyatakan, namakan,terangkan, labelkan 2. Pemahaman pilih, terangkan, tulis semula 3. Aplikasi selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat 4. Analisis bezakan, pastikan, pilih 5. Sintesis bina , hasilkan, susun, kembangkan
6. Penilaian pilih kritik, berikan alasan, buktikan

Domain Afektif

Melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang khusunya pelajar. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan domain afektif ini, pelajar menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu, perkembangan dari segi perasaan emosi dan sikap serta elemen kerohanian lain yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri.

Konsep ini berkait rapat dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui representasi emosi yang dialami oleh seseorang pelajar. Pertama, dimensi afektif positif di mana pelajar mengalami perasaan positif seperti ketenangan, keseronokan, kenikmatan atau kegembiraan. Kedua, dimensi afektif neural pula sedikit atau tidak mengalami sebarang perasaan pada sesuatu tempoh masa. Ketiga, dimensi afektif negatif membayangkan perasaan dan emosi negatif seperti sakit, risau, rasa bersalah, bosan dan marah.