Anda di halaman 1dari 5

10 Sebab Beli Macbook Pro Berbanding Macbook Air

Memandangkan pembaca blog ini meminta saya mengeluarkan artikel tentang sebab saya memilih Macbook Pro berbanding dengan Macbook Air maka saya mengeluarkan updatenya kali ini. Ada apa dengan Macbook Pro sehingga saya memilihnya? Baca sampai habis untuk mengetahuinya. Semoga membantu.

Beli sekali dengan iPad 2 hehe

Hello lawrence !

1. Prosessor Lebih Laju Kenapa saya tidak memilih Macbook Air adalah kerana bila saya tengok spesifikasi untuk Macbook Air, prosessor paling power pun 1.7GHz dual-core Intel Core i5 berbanding Macbook Pro, 2.4GHz dual-core Intel Core i5 . Bagi mereka yang suka edit video Macbook Pro memang pilihan tepat.

2. Antara Laju & Ringan Memang dari segi harga Macbook Air menang sebab untuk 13 inci RM 3999. Manakala Macbook Pro RM 3699. Apa yang saya lihat sebab utama orang yang beli Macbook Air adalah kerana ianya sangat ringan. Oleh itu, antara ringan dan prosessor lebih laju, saya pilih prosessor yang lebih laju.

3.Berbanding Labtop Biasa Kalau hendak dibandingkan Macbook Pro dan Macbook Air memang Macbook Pro lebih berat tetapi Macbook Pro tetap ringan berbanding jenama labtob yang ada sekarang. Bila saya tengok berat Asus yang saya gunakan sebelum ini tidak ada masalah untuk saya membawanya ke mana sahaja, Macbook Pro ni pula lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan Asus.

4. Screen Macam Smartphone Apabila saya melihat sendiri di Swithc saya tertarik dengan screen Macbook Pro memang kelihatan solid seperti smartphone. Ini mudah dicuci sebab debu tidak boleh masuk ke dalam dari celah screen. Labtop biasa memang mudah dimasuki habuk sebab di bahagian bawah screen masih mempunyai ruang. Kalau tak percaya bila anda jalan-jalan nanti cuba bandingkan screen Macbook Pro dengan labtop lain memang jauh bezanya.

5. Jangka hayat bateri Dari aspek bateri pula kedua-duanya sama sahaja iaitu jangka hayat bateri yang lama, iaitu selama 7 jam. Bayangkan kalau bateri tahan 7 jam, nak melepak tengok bola pun takyah nak usung charger takdala korang kena charge seriggit jam dengan mamak sebab plugin charger.

Anda boleh 100% confident kerana Mac baterinya adalah built-in, maknanya ketahanan bateri lebih tahan lama berbanding laptop-laptop biasa yang boleh pasang dan bukak bateri. Oleh itu sekarang laptop Vaio dah perkenalkan bateri builtin pada laptop untuk memastikan ianya tahan lama.

6. Design Design Macbook Pro memang membuatkan sesiapa sahaja cair melihatnya. Kalau ada sesiapa yang cuba mempertikaikannya mungkin sekadar menjaga hati diri sebab dana belum cukup lagi hehe.

7.First Time On Apabila first time anda on Macbook Pro, berikut adalah perkara-perkara hebat yang anda alami. Anda tekan on je, keyboard dia dilengkapi dengan lampu yang membolehkan korang buat kerja waktu malam jadi takdalah nak menggangu roomate anda yang tengah tidur (bagi yang masih stduy).

Apatah lahi kalau anda buta keyboard jadi anda tak payah nak hafal susunan keyboard tu. Bila imbas kembali time saya menggunakan Windows 7 mengambil masa sehingga 15 saat untuk startup namun 3 saat sahaja diperlukan untuk startup nya hehe.

8. Charger Yang Cool Kita juga pasti terpesona dengan charger Macbook Pro yang memang cool. Bila anda plug pertama kali, anda akan berasa terkejut sebab port dia tu dah siap dengan magnet (tiada lubang bulat seperti kebiasaannya). Tak payah korang nak cucuk-cucuk macam laptop biasa. Hanya dekatkan sahaja charger tu dia akan terus melekat..pehhhh kata korang dalam hati hehe.

9. Software/ Apps Software sama ada games, converter, player dan macam lagi biasanya di Window kita perlu menunggu lama untuk install hingga sampai 1 jam pun ada kalau program

yang filenya besar. Namun perkara itu tidak berlaku di Mac, kalau file tu dah ada atau sudah siap didownload anda cuma perlu drag & drob je Tadaaaa.. siap hehe. Terus boleh main or run program.

10. DVD Drive Ini juga merupakan sebab kenapa saya memilih Macbook Pro berbanding Macbook Air. Walaupun bukan everyday kita menggunakannya namun tetap diperlukan. Sekiranya saya membeli Macbook Air maka saya terpaksa membeli DVD Drive secara berasingan. Kalau beli Macbook Air 3999 maka anda perlu menambah 269 untuk DVD Drive Macbook Air yang dibeli secara berasingan.

Sila ke website saya untuk banyak lagi tips http://lawrencevision.com/

Anda mungkin juga menyukai