Anda di halaman 1dari 9

OLEH : NORASYIDA BINTI OMAR ( 810787)

pendahuluan
perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Dengan pendidikan, manusia mendapat segala ilmu yang sangat penting. Dengan pendidikan juga, manusia mendapat pengalaman, kemahiran dan sebagainya. Tidak terkecuali pengalaman sosial. Pendidkan dan Sosialisasi saling bersangkutan dalam membentuk keperibadian sesebuah organisasi dan masyarakat

Pendidikan merupakan agen sosialisasi adalah suatu

PENGERTIAN PENDIDIKAN
membentuk kebolehan dan sikap manusia. Sistem pendidikan sesebuah negara ialah kegiatan yang dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani bertujuan melengkapkan seseorang individu supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

Pendidikan secara keseluruhan ialah suatu proses yang

PENGERTIAN SOSIALISASI
Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sahsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Peter L. Berger-Proses pekembangan dan pembesaran seorang anak yang belajar menjadi seseorang yang bergiat cergas dalam masyarakat.

Robert M.Z. Lawang, Proses mempelajari nilai, norma, peranan dan sebagainya yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat bergiat secara efektif dalam kehidupan sosial.
Irvin L. Child berpendapat, Segenap proses yang menuntut individu mengembangkan potensi tingkah lakunya dan telah menjadi kebiasaan serta sesuai dengan piawaian kelompoknya.

Jenis-jenis sosialisasi
1. Sosialisasi Formal
Sosialisasi jenis ini terjadi melalui badan-badan atau lembaga-lembaga yang bertangungjawab di negara ini, iaitu lebih bersifat rasmi. Pada jenis ini, biasanya akan ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Sosialisasi formal ini berlaku secara rasmi dalam lembaga-lembaga sepeti pendidikan di sekolah. 2. Sosialisasi Informal Sosialisasi Informal ini terdapat di dalam masyarakat atau di dalam pergaulan yang bersifat kekeluargaan, seperti antara teman, sahabat, dan kelompok-kelompok sosial yang ada di dalam masyarakat.

Peranan pendidikan sebagai agen sosialisasi


Maksud : Agen sosialisasi adalah pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi. Dapat juga disebut sebagai media sosialisasi.
Antaranya mereka diajar bergaul dan bersaing ke arah kebaikan mereka. Sekolah juga tempat untuk berkongsi ilmu, samaada secara formal dan tidak formal. Banyak interaksi berlaku di sekolah. Interaksi yang berlaku merupakan sebagian daripada sosialisasi.

Mengajar kanak-kanak tentang nilai dan adat resam masyarakat. Ini secara langsung mampu menanam pelbagai aspek masyarakat terutamanya kelas sosial.

sambungan
Merangsang penglibatan secara demokrasi melalui pengajaran cara berkomunikasi dan mengembangkan kemampuan berfikir secara rasional dan bebas. Mengembangkan potensi pelajar untuk mengenal kemampuan dan bakatnya. Melestarikan kebudayaan dengan cara mewariskannya dari satu generasi ke generasi berikutnya. Memperkayakan kehidupan dengan mencipta pengalaman pemikiran yang baru yang bersesuaian dengan kemampuan dan keinginan diri sendiri. Meningkatkan taraf kesihatan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menghasilkan pelajar yang cintakan negara dan tinggi sifat patriotisme. Mengadakan hiburan umum ( Pertandingan olahraga atau pertunjukan kesenian ).

Kesimpulan
Sekolah atau Pendidikan sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup besar kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang berypaya melalui peranan yang dimainkannya. Jatuh bangun, kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada masyarakatnya. Maka masyarakatnya perlu mempunyai sifat sosial yang baik bagi menjadi masyarakat yang produktif dan inovatif. Ini mampu menjadikan masyarakat kita berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Anda mungkin juga menyukai