Anda di halaman 1dari 5

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Alkisah 4 orang sepupu


Time cuti sekolah nih, masa tu lah masa budak budak nak di ekspot ke kampung. Kisah 4 orang sepupu 3 orang berumur 6 tahun bernama Amar, Zafrullah dan Nadhrah. Manakala seorang lagi Izah berumur 5 tahun. Masing masing sedang mengikuti sekolah tadika. Dalam masa mereka penat bermain, keempat kanak kanak ni berboraklah sesama sendiri untuk melepaskan penat sekejap. Oleh kerana Si Amar paling banyak bercakap, Amar memulakan tajuk perbualan. Amar : Wei,, ko orang dah pandai eja lum? Yang lain : Sudah lah .. Masing masing nak menunjuk, sape pun tak nak mengaku kalah Amar : Izah, cuba ko eja cikgu .. Izah : Err ..err Disebabkan Izah masih lagi berumur 5 tahun ... agak tergagap dia nak menjawab. Sambil senyum-senyum. Tak sempat lagi nak jawab, Amar dah bagi lagi satu soalan. Amar : Ko pulak,,cuba eja pokok (soalan diajukan kepada Zafrullah) Zafrullah : P.O.K.O.K Amar : Wei ..betullah ..sama dengan cikgu kita ajar. (dengan nada kehairanan) Dia bagi soalan lagi ... Amar : Nadhrah ,, ko pulak eja ayam. Dirah : A.Y.A.M Amar : Wei ,,samalahhh Zafrullah : Kita pun eja A.Y.A.M Izah : Kita pun sama Amar menampakkan kehairanan dan terus bertanya Amar : Ko sekolah mana ha ..kita sekolah kat Gombak Dirah : Kita kat Senawang Zafrullah : Kita kat Seremban Izah : Kita kat Taska Al Ghazali Amar : Eh cam ner haa ..macam mana boleh sama. Cikgu ko kenal cikgu kita ke?

Ngorat Kalsom anak Pak Imam


Alkisah Halim, seorang pemuda kampung yang amat kedekut. Ramai yang tidak senang dengan sikapnya itu. Halim amat menaruh hati pada Kalsom anak Pak Imam. Oleh kerana hendak memikat hati Kasom dan ayahnya, Halim selalu berjemaah di surau cukup 5 waktu. Suatu hari Halim megikuti ceramah kerana dia tahu Kalsom pun hadir. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan sumbangannya ke dalam tabung derma itu sambil menjeling kearah imam. (sebenarnya tak banyak pun ,,sehingget je) Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan tiga keping duit kertas yang berjumlah RM300 kepada Halim secara menyorok-nyorok. Halim tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Lagak Halim, seolah-olah dia yang membuat sumbangan sambil tersengeh kepada Pak Imam. Dalam hatinya ..harap-harap Kalsom nampak. Semasa menyarung selipar semasa hendak pulang, pakcik di belakang Halim kembali menepuk bahunya dan Halim mendengar bisikan dari pak cik itu Encik, kata pak cik tersebut, duit RM300 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi.

Harimau Dengan Bayangnya


Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut. Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.

Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil. "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati. "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh. Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti. "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluasluasnya.

"Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

Anda mungkin juga menyukai