Anda di halaman 1dari 10

PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH MUSNAINI

1.1 Pengenalan Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guruguru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.

Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit

sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.

1.3 Pernyataan Masalah Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi.

Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolahsekolah menengah perlu mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.

Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos.

1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah iaitu :a) Membandingkan kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar. b) Menyenaraikan dan menjelaskan pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah. c) Menjelaskan penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. d) Menjelaskan kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

e) Menjelaskan sikap dan penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer.

1.5 Persoalan Kajian Untuk menangani masalah ini, penyelesaian perlu dikemukakan bagi persoalan yang berikut :-

1) Apakah kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru? 2) Sejauh manakah guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan? 3) Apakah kepentingan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan di sekolah menengah? 4) Apakah kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan di sekolah menengah?

1.6 Kepentingan Kajian Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994), guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap

penggunaan IT dalam pendidikan (Ambigapathy dan Suthagar, 2003), dan peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah (Downes, 1993). Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju

bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru.

1.7 Batasan Kajian Penyelidikan mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah adalah di kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu di Sekolah Menengah Methodist dan di Sekolah Menengah Muhibbah. Penyelidikan ini meliputi aspek-aspek seperti sikap guru, peranan ICT dan kekangan / cabaran penggunaan ICT. Selain itu, penyelidikan ini juga untuk mendapatkan maklumat mengenai ICT dalam pendidikan guru dan melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Malah peneylidikan ini meliputi bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

1.8 Definisi Istilah Globalisasi a) Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT.

b) Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Wawasan ICT a) Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. ICT a) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.

Pengajaran a) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa serta embelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. b) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar.

c) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

Literasi Komputer a) Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. b) Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. c) Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer.

Anda mungkin juga menyukai