Anda di halaman 1dari 19

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

TAJUK 1

ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih mengenai strategi dan perkaedahan dalam pengajian dan pembelajaran Pendidikan Islam. Melalui isi kandungan pelajaran ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran mereka dalam membina rancangan pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang di ajar. HASIL PEMBELAJARAN 1. mengetahui jenis-jenis strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berkesan. 2. Memahami kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran 3. Merancang strategi dan pendekatan pengajaran yang berkesan dalam pengajaran.

Para pelajar sekalian ! Anda pernah mendengar istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. tersebut ? Adakah anda dapat menerangkan perbezaan kempat-empat istilah

Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik carta maklumat dan buat catatan isi di dalam carta tersebut.

AGIHAN TAJUK 1.1 1.2 STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

TAJUK 1.1

STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

STRATEGI Kebijaksanaan pendekatan, teknik berdasarkan pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk memilih kaedah dan

PENDEKATAN Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar

pengajaran objektif

tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori

pemilihan bahan, masa dan sebagainya KAEDAH Siri tindakan guru yang TEKNIK merujuk kemahiran guru mengelola dan pendekatan melaksanakan kaedah

sistematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha

mengajar yang dilaksanakan pengendalian yang benar-benar

keseluruhan terdiri daripada prosedur berdasarkan yang dipilih Mendokong dipilih tersusun pendekatan

berlaku dalam bilik darjah digunakan pengajaran perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam dalam langkah

menentukan teknik yang dipilih

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

1.1.1

Prinsip-prinsip dalam strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam:

a. Dari mudah kepada susah mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. b. Dari maujud kepada mujarad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud c. Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru d. Dari dekat kepada jauh memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi. e. Dari spesifik kepada umum memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

Dan strategi yang kita rancang perlulah : Dapat meningkatkan keberkesaan pengajaran dan pembelajaran Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan Berpusatkan murid . Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna,kreatif dan inovatif Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

1.1.2

JENIS-JENIS STRATEGI PENGAJARAN

a. PEMBELAJARAN BERFIKRAH (Thoughful Learning) Proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanaan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks

Strategi guru dalam pembelajaran berfikrah ialah: i. ii. iii. fokuskan pelajar kepada tugasan mengemukakan soalan terbuka mengemukakan soalan lanjutan

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) iv. v. vi. vii. viii. ix. mengambil masa menunggu respon pelajar menerima pelbagai respon pelajar galakkan interaksi elakkan memberi pandangan elakkan mengulangi respon pelajar meminta pelajar membuat refleksi

Fikirkan sebentar! Apakah perbezaan antara pembelajaran berdaya fikir dengan pembelajaran kemahiran berfikir? Lihat contoh lampiran 1a.

b. PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU [Individualized Instruction] Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran.

Persediaan untuk capai objektif pembelajaran ini ialah: Panduan belajar [learning guide] Prosedur pengajaran Penilaian yang sesuai

Jenis Pembelajaran Bersifat Individu: Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-Directed Learning) Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-Paced Learning) Pembelajaran Akses Kendiri (Self-Access Learning)

c. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Mengapakah pembelajaran?

pendekatan

kontekstual

perlu

dalam

pengajaran

dan

Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

d. PEMBELAJARAN KOPERATIF

Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pasukan kecil. Setiap ahli pasukan bukan sahaja bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi juga atas pencapaian ahli pasukan (cth. Melalui coaching, tutoring dan lain-lain).

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Strategi ini melibatkan satu kumpulan murid yang bekerja sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan satu masalah atau melengkapkan satu tugasan demi mencapai sesuatu tujuan yang sama Strategi pembelajaran koperatif meletakkan pelajar daripada tahap pencapaian yang berbeza untuk bekerjasama dalam pasukan kecil bagi mencapai matlamat pembelajaran bersama pada tahap maksima Ciri-Ciri Utama : Kelebihan Pembelajaran Koperatif e. KECERDASAN PELBAGAI Fikirkan sejenak Seorang lelaki dan wanita berjalan bersama dengan memulakan langkah dengan kaki kiri mereka Panjang langkah wanita itu adalah 2/3 daripada lelaki tersebut Jika mereka mesti terus berjalan bersama, berapakah langkah yang perlu wanita dan lelaki itu ambil supaya kaki kiri mereka mencecah tanah pada waktu yang sama semula ? 6 Tutoran dan latihan / coaching Motivasi melalui ganjaran intrinsik (keikhlasan berkongsi dan sumbangan

dihargai) Sokongan rakan sebaya - pasukan Peranan pelajar dipertingkatkan student accountabiliti & student Pencapaian akademik (semua boleh berjaya yang lemah dibantu rakan

empowerment

sebaya) Hubungan kaum yang sihat Perkembangan kognitif, sosial dan afektif (IQ dan EQ) Berinteraksi dan berkomunikasi Berdikari - Independent thinkers

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Mengapa kecerdasan pelbagai? Sebab, kita menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai boleh dipelajari, dikembangkan dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan keupayaan sendiri Semua kecerdasan berinteraksi di antara satu sama lain secara serentak. (Howard Gardner)

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Tugasan Refleksi

Apakah kecerdasan yang ANDA miliki (yang kuat/kurang)? Kecerdasan mana yang selalu ANDA gunakan? Kecerdasan mana yang ANDA cuba elakkan? Bagaimana kecekapan kecerdasan yang dominan boleh dipertingkatkan? Apakah cara yang membolehkan kita membina strategi untuk menyeimbangkan aktiviti? Mengapakah Kecerdasan Pelbagai perlu dilaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran?

f.

STRATEGI MEDIATIF DAN GENERATIF

Strategi Mediatif Bimbingan secara terus ke arah menyelesaikan masalah melalui aplikasi pengetahuan sedia ada Kombinasi di antara penaakulan (reasoning), kejurulatihan (coaching) dan perbincangan terbuka (open-ended discussion)

Strategi Mediatif membolehkan pelajar: Menilai pelbagai pandangan/pendapat berhubung isu-isu kontroversi, Menghormati pendapat dan pegangan orang lain, Menggunakan proses alternatif menyelesaikan masalah, (secara "heuristics," daripada kata Yunani eureka, bermaksud "I have found it!) Gunakan taakulan secara induktif dan deduktif untuk hasilkan penjelasan/ huraian, Menyokong penjelasan / huraian dengan bukti yang logik dan kukuh

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Peranan Guru (sebagai pemudahcara ): Mengajukan soalan dan pernyataan yang boleh menimbulkan dorongan ingin tahu pada pelajar Rangsang sifat ingin tahu pelajar agar mereka menemui dan menguji kesimpulan yang dicapai, serta mengaplikasi konsep , Cadangkan alternatif kepada teori atau penjelasan, dan Menggalak pelajar menguji beberapa alternatif masalah. pendekatan menyelesaikan

Strategi generatif

Berasaskan Teori Pembelajaran Generatif yang merujuk integrasi idea-idea baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar secara aktif. Strategi ini membantu pelajar membina pengetahuan baru dan menjana idea asli untuk menghadapi serta menyelesaikan masalah.

Teknik Dalam Strategi Generatif: Sumbangsaran (brainstorming) Sinektik (synectics) Pemikiran lateral (lateral thinking) Kreativiti dalam merekabentuk

Difahamkan setiap pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran generatif berupaya menyusun atur diri bagi menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif lahirkan pelajar yang intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

Elemen Pengajaran Generatif:


Ingatan Kembali (Recall) Mengingat kembali maklumat (fakta). Teknik: pengulangan,

rehearsal/practice, imbauan, and mneumonik

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Sepaduan (Integration) Sepadukan pengetahuan baru dengan pengetahuan sebelum agar lebih mudah difahami atau dingati. Teknik: Ringkasan (paraphrasing: outline in a narrative format) Rumus (summarizing: retelling the content in order to interpret or explain concisely) issue trees generate questions or examples generate analogies and metaphors

Atursusun (Organization) Kaitkan pengetahuan sebelum dgn idea dan konsep baru agar lebih bermakna. Teknik: analisis idea utama, merangka, mengkategori,

menyenarai/mengelompok, dan peta konsep.

Kembangan (Elaboration) Hubungkan bahan baru kpd maklumat atau idea sedia ada dalam minda. Teknik: janaan imej atau rajah fizikal, penulisan bebas, pengembangan ayat, paparan visual, persembahan slides dan papan bulletin.

g. PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Apa Maksud Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ? Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan Pembelajaran dan Pembelajaran . Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam P&P perkara perkara berikut perlu diberi perhatian:

10

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) Penggunaan ICT perlu dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran

Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P ? Dua aspek: Aspek pengajaran (guru mengguna ICT) iaitu ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. Aspek pembelajaran (murid mengguna ICT). Iaitu penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai : Tutorial, Penerokaan (eksploratori), Aplikasi dan Komunikasi

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ? Kelas yang mengandung kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer. Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer. Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan. Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

11

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka. Apa Kelebihan Mengguna ICT? Dapat mengindividukan pembelajaran Murid belajar mengikut kemampuan sendiri. Meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

h.

STRATEGI METAKOGNISI Metakognisi ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognisi merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran berlaku. Apabila kesedaran ini wujud seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang di pelajari.

Murid boleh menggunakan strategi metakognisi dan mengawal pembelajaranya melalui proses berikut: Merancang apa yang hendak dipelajari Meramal apa yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan yang akan diperolehi apabila perkara itu dipelajari. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya pada diri sendiri dari masa ke semasa perkara berikut: o o o o Adakah ini membawa makna kepada saya? Apakah soalan yangboleh saya ajukan ? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan ? Mengapa saya tidak memahami cerita ini ?

12

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Menilai apa yang pelajari (murid membuat refleksi): o Mengapa saya sukar/mudah menguasai ? o Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya ? o Apakah tindakan pengubahsuaian yang harus saya ambil ? o Dengan pengetahuan ini murid dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk mengusai pelajaran baru!

i.

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Interaction of a team of students that experience creative learning to be used in the real world . students are essential to the classroom, just like a team member is essential to a game (Thornburg, 1995)

The goals of a system (school) should meet the goals of the students (Harmon, & Hirumi, 1996).

Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

these strategies to student-centered learning, school is not just a small period in a childs life, it is "lifelong learning", and each student can learn what is important to them (Thornburg, 1995).

13

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Student-centered approach lets students take on a proactive role by working with others, using a variety of resources, and learning and evaluating skills on a continuous basis that they can use throughout life (Alley, 1996).

Strategi P&P Berpusatkan Pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Beri pendapat anda tentang rajah berikut:

14

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

TAJUK 1.2

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendekatan wujud berdasarkan aspek pengajaran yang ingin kita utamakan atau memberikan perhatian. Pendekatan juga memberikan ruang penentuan pengajaran berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Ini sebenarnya akan mewujudkan suasana pengajaran yang berhairaki ataupun langkah demi langkah yang disusun oleh guru bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Interaksi yang dimaksudkan ialah interaksi sosial antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian (teori) yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik (kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alas an).

Antara pendekatan yang boleh kita gunakan dalam pengajaran ialah:

a.

Bersepadu

Mengintegrasi atau menyerap beberapa kemahiran sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Biasanya dalam pendekatan ini kemahiran-kemahiran belajar dan memperoleh ilmu diajarkan serentak semasa guru mengajar. Kemahiran yang diserap dalam mata pelajaran dijadikan fokus secara sampingan tetapi terancang. Melalui pendekatan ini, guru akan menyepadukan beberapa kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran belajar (KB), kemahiran berfikir (KBKK), penerapan nilai, kajian masa depan (KMD), pendidikan alam sekitar (PAS), kecerdasan pelbagai dan lain-lain yang bersesuaian dengan tajuk pelajaran. b. Induktif

Pendekatan induktif menekankan corak pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada membuat huraian dan mencari contoh yang berkaitan dengan konsep atau benda

15

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) dan kemudian disusuli pula dengan membuat suatu generalisasi (membuat kenyataan umum) contoh: orang gemok kuat makan. Ciri-ciri pendekatan Induktif: 1. 2. 3. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan Mengutamakan pengalaman deria untuk mendapatkan pengetahuan Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu kemahiran 4. 5. 6. 7. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit Member peluang sepenuhnya kepada murid-murid belajar di bawah bimbingan guru Menekankan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Rajah 1: Proses Pendekatan Induktif c. Deduktif

Pendekatan deduktif ialah cara pengajaran yang berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

Ciri-ciri pendekatan deduktif: 1. 2. Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu

16

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) 3. Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya 4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

d. Eklektif Pendekatan eklektik ialah pengajaran yang menggabungkan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif Dalam pendekatan ini pengajaran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian yang sesuai dan kemudiannya diikuti pula dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. e. Qudwah hasanah Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik. Perhatikan gambar dibawah ini, apa yang anda faham tentang pendekatan Qudwah hasanah. Sebagai role model perlakuan begini amat tidak sesuai dilakukan oleh guru

Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan

17

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR) f. Kelas, kumpulan dan individu Pendekatan yang dilaksanakan oleh guru melibatkan murid secara kelas, kumpulan dan individu. Sesuai dilaksanakan dengan menggunakan teknik latih tubi, seperti mengajar tilawah dan hafazan. g. Pemusatan guru Merupakan pendekatan yang paling lama diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar bertindak sebagai penonton yang hanya mendengar sahaja penerangan guru. Hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan yang diberikan oleh guru. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. h. Pemusatan pelajar Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utamadalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator. Rumusan Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut : Memberi ilmu - kognitif Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif Membina kemahiran dan amalan - psikomotor Memupuk dan menanam penghayatan afektif Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid Menyepadukan faktor dan nilai Merentas kurikulum Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai Memotivasikan murid dalam pembelajaran

18

PIM 3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM (SR)

Tugasan Pembelajaran (2 jam)


(( 1. Bincangkan kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan

yang sesuai dalam pengajaran.


2. Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran baik dan menarik? 3.

19

Anda mungkin juga menyukai