Anda di halaman 1dari 6

KETABAHAN NABI AYYUB ALAHI SALAM

. , Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Para Hakim Yang Arif lagi bijaksana, Penjaga masa yang sentiasa setia dengan detik jam randiknya, Barisan Para Guru yang di sanjungi, Hadhirin dan Hadhirat teman-teman seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk KETABAHAN NABI AYYUB ALAIHISALAM SALAM Rakan-rakan sekalian, Nabi Ayyub merupakan cucu kepada Nabi Ishak Alaihisalam dan cicit kepada Nabi Ibrahim Alaihisalam. Nabi Ayyub diutuskan kepada masyarakat Rom dan Parsi. Nabi Ayub adalah seorang yang sangat bertuah kerana keluarga dan kaum kerabatnya adalah daripada golongan Nabi dan Rasul. Bahkan moyang baginda iaitu Nabi Ibrahim Alaihi salam adalah salah seorang Rasul Ulul Azmi. Nabi Ayub juga dianugerahkan harta kekayaan, isteri dan anak-anak yang ramai. Sungguhpun Nabi Ayyub memiliki kemulian keturunan, kekayaan dan anak-anak yang ramai. Namun bagibda tidak pernah lupa kepada Allah. Iman baginda semakin kuat, di mana pada sebelah malam baginda mendirikan solat tahajjud, berdoa dan sentiasa berzikir kepada Allah serta sentiasa mengajak manusi beriman kepada Allah. Begitulah Nabi Ayub yang sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala rezeki yang diberikan kepadanya. Sebagaimana firman Allah:-

Oleh itu, kita sebagai masyarakat pada hari ini hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, iaitu membantu pada masyarakat yang memerlukan agar Negara kita khususnya dan dunia amnya akan aman dan sejahtera. Para Hadirin Sekalian, Sepertimana Nabi-nabi yang lain , Nabi Ayyub juga tidak terlepas daripada cubaan dan dugaan dalam dakwah dan kehidupannya. Sifat kemulian yang dimiliki oleh Nabi Ayub Alaihisalam bukan sahaja dipuji oleh manusia bahkan menjadi pujian dan kebanggaan para malaikat. Oleh itu, timbul dengki dihati Iblis lalu berhasrat untuk memusnahkan kemulian dan kebahagian hidup Nabi Ayyub .Iblis telah menfitnah Nabi Ayyub dengan mengatakan bahawa kekuatan iman baginda adalah kerana baginda memiliki kekayaan dan anak-anak yang ramai dan baginda takut segala kekayaannya akan hilang, sekiranya semu hilang nescaya Nabi Ayyub akan menjadi seperti orang lain yang lupa kepada Allah. Oleh itu jangan kita suka mengada-adakan cerita atau fitnah kerana perbuatan tersebut adalah sifat iblis, jika kita berbuat demikan, maka kita adalah saudara iblis. Sepertimana yang terjadi dengan dunia hari ini manusia sanggup saling bunuhmembunh asalkan hasrat hati tercapai seperti Palestin yang ingin dimusnahkan oleh Israel. Rakan-rakan sekalian, Dugaan yang pertama yang dihadapi oleh Nabi Ayyub ialah kehilangan harta kekayaannya, satu demi satu ternakan Nabi Ayyub mati tetapi baginda tidak pernah mengeluh, akan tetapi menerima segala takdir Allah dengan hati yang redha. Sebagimana firman :-


Seterusnya Nabi Ayyub diuji lagi dengan ujian kedua iaitu kematian anak-anaknya. Akan tetapi baginda tetap redha dan tidak berhenti beribadat kepda Allah.

Akhirnya baginda ditimpa pula dengan sejenis penyakit kulit yang teruk tanpa didampingi dengan anak-anak dan isteri selama tujuh tahun. Namun demikian iman baginda tetap kental menghadapinya. Oleh yang demikian ,kita hendaklah redha dengan segala ujian dan cubaan dari Allah contohnya kebakaran, tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa barubaru ini. Semuanya itu adalah ujian bagi orang yang beriman dan bala bagi yang berdosa. Rakan-rakan hadirin sekalian, Berkat kesabaran dan ketaqwaan Nabi ayub selama 7 tahun tersebut., Allah mnerima pengaduan dan doa Nabi Ayyub dengan menamatkan ujian yang besar itu Sebagiamana firman Allah taala maksudnya:Hentaklah kakimu, inilah air sejuk untuk mandi dan minum Akhirnya Nabi Ayyub sembuh seperti sediakala. Badan baginda kembali sihat dan tampan, kulit baginda kembali putIh bersih. Oleh itu ingatlah kawan bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Itu semua adalah ujian Allah terhadap hambanya bagi melihat kekuatan dan ketaqwaan hambanya dalam manghadapi setiap dugaan. Rakan-rakan hadirin sekalian, Setelah Nabi Ayyub sembuh, baginda memperolehi semula semua harta kekayaan dan anak-anak baginda sebagai ganti pada segala musibah yang lalu bahkan berlipat ganda daripada itu. Begitu juga Allah telah mendamaikan baginda dan isterinya, namun demikian sebelum ini baginda pernah bersumpah akan memukul isterinya dengan menggunakan seikat rumput. Baginda telah menunaikan perkara tersebut.

Oleh itu sebagai manusia kita hendaklah sentiasa menepati janji dan sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan ada hikmahnya . Kawan-kawan pendengar yang dikasihi, Konklusinya, Beberapa pengajaran yang dapat diambil daripada kisah yang saya bawakan ini, ialah: (1): Kesabaran Nabi Ayyub dalam menghadapi setiap ujian yang Allah berikan Oleh itu kita hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh apa jua ujian daripada Allah SWT. (2): Kita mesti bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Taala. (3): Setiap masalah mesti mempunyain jalan penyelesaiannya. Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal dengan Allah SWT.

Akhir sekali, semoga kisah yang dipersembahkan dapat dijadikan pengajaran dan seterusnya menjadi sumber inspirasi untuk kita terus menjaga agama ALLAH.. Sekian , Terima Kasih Wasallamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

TAJUK LAGU:

Sanubari insan, insan cemerlang, Tuhanku limpah cahaya,keimanan, Beramal,berilmu mencapai kejayaan Menjulang tinggi syiar Islam. Menggengam erat pekerti mulia, Sabar nurani dengan iman dan taqwa, Berfikir dengan bijaksana, Hanya Iman Dalam Jiwa, Insan cemerlang, Suluh kehidupan, Cekal dan tabah, Hadapi cabaran, Sujud dan syukur , Penuh keinsafan, Sematkan dihati cahaya Islam.

TAJUK: BERIMAN KEPADA KITAB Marilah kita beriman pada kitab, Zabur ,Taurat,Injil dan al-Quran, Semua sebagai kitab panduan, Petunjuk jalan pada semua insan. Al-Quran itulah kitab kita, Menjadi pembawa panji kebenaran, Membetulkan segala kezaliman, Pembohongan dan kepalsuan. Kitab ini dari Allah, Sebagai cahaya kebenaran, Jalan diredhai Allah menjamin Keselamatan dunia dan akhirat. Saying tapi saying, 3 kitab diubah, Untuk kepuasan dan ketamakan, Rugilah mereka dan dibinasakan. Marilah umat sekalian, Kembalilah pada al-Quran, Semoga tuhan memberi kemenangan, Kecemelangan dan kegemilangan.

Anda mungkin juga menyukai