Anda di halaman 1dari 3

Watak :Tuan rumah Datin Zue : Zuridah binti Supri Kucing parsi - Dora : Nor Adura binti Paimin

n Kucing kampung - Minang : Relina binti Ahmad Tasman Kucing gelandangan Tompok : Fadhilah Pencerita : Azwanie Cerita ini mengisahkan tiga ekor kucing yang tinggal di sebuah rumah orang kaya di pinggir bukit. Tuan rumah ini bernama Datin Zue yang sangat penyayang terhadap binatang. Beliau suka membawa pulang kucing yang terbiar di jalanan. Walaupun sudah memiliki seekor kucing parsi yang dibeli dengan harga RM2000.00 yang diberi nama Dora. Di dalam rumah:Tuan rumah : Dora, Minang, Tompok , mari makan!

* tuan rumah memberikan makanan kepada ketiga-tiga ekor kucing peliharaannya. Dora Tompok Minang Dora : Eee..... makanan ni tak sedap ar (sambil mencampakkan ikan) : Hei, kan sayang buang ikan ni. Susah tau aku nak jumpa ikan sesedap ni. : Ish, tak baik tau Dora buat macam ni. Ni semua kan rezeki Allah. : Eh, suka hati akulah. Aku ni kan kucing parsi, mahal pulak tu. Tak macam korang, da la kucing kampung, kurap pulak tu. Cuba cermin muka korang tu sikit. Ada macam aku? Kau ader? : Eh mulut kau tu jaga sikit ye. Grrrrr ( mula bunyi bergaduh) ...sambil mencakar. :Aduh, tercabut semua bulu-bulu aku yang mahal ni. : Jangan bergaduh kawan-kawan, nanti tuan kita marah. Nanti kita semua kena buang, macam mana?

Tompok Dora Minang

Dora dan Tompok : ko diam lah, jangan menyibuk!

*Semasa Si Tompok dan Si Dora sedang bergaduh, Datin Zue yang sedang membaca surat khabar terkejut mendengar jeritan kucing-kucing tersebut. Datin Zue : Apa yang bising-bising pagi-pagi ni, tak senang aku nak baca paper (sambil mengusap-ngusap kucing-kucingnya) *Si Dora menggesel-gesel badannya di kaki Datin Zue untuk meminta simpati.

# Perkara tersebut telah berlarutan sehingga beberapa hari. Sehingga pada suatu malam, Si Dora dan Tompok telah bergaduh besar. Dora Tompok Dora Tompok : Eh kurap, aku memang tak puas hati dengan kau ni! : Kau kenapa? Kau ingat kau gebu, comel, kau cantik sangat la..... suka hati kau je... : Engkau ada....? : Kau ni memang cari pasal la. Tak puas hati, jom la gaduh. Kau belum tahu siapa aku. Aku ni ketua persatuan kucing-kucing kurap di Bukit Chombee ni tau. : Ah, ada aku kisah! Dora mula mencakar Si Tompok. : Siap kau, Dora (sambil bercakaran) : Dora , Tompok janganlah bergaduh macam ni. Kita kan serumah. Aku takut tuan kita marah nanti. : Eh Minang... kau jangan masuk campur boleh tak? Jangan berlagak baiklah!

Dora Tompok Minang Dora

*Datin Zue sudah tidak tahan lagi mendengar pergaduhan antara Dora dan Tompok. Tuan rumah : Dora, Tompok. Korang ni tak habis-habis bergaduh. Aku dah naik meluat dengan korang ni tau. (sambil mengangkat kedua-dua kucing tersebut) : Jangan puan, jangan... kami minta maaf. Kami janji tak buat lagi. : Aduh puan..jangan puan.

Dora Tompok

* Datin Zue membuang Dora dan Tompok di tepi sebuah pasar. Tompok Dora : Apalah nasib kita ni kan Dora. Itu lah engkau, berlagak sangat. Hmmm..Padan la muka! : Kau boleh diam tak? (masing-masing muram)

* Semenjak peristiwa itu, tinggallah Si Minang di rumah itu seorang diri tanpa gangguan. Kesimpulan : - Kita mestilah bersyukur dengan segala yang kita miliki. - Sentiasa bersikap baik antara satu sama lain. - Bertolak ansur dengan orang di sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai