Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang

g telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Terdapat 2 jenis permainan hoki iaitu: Hoki Ais & Hoki padang rumput. Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas.

ASAL USUL HOKI Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir.

Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal

Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puakpuak dengan kedudukan yang agak berjauhan.

Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Menurut sesetengah ahli sejarah, permainan ini mula dimainkan semula di England pada tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan berlakunya kekecohan yang membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul semula dengan pelbagai nama seperti hogket di Peranchis, banty di Wales.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan shinty tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. .

Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

PERKEMBANGAN Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan.

Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan PRINCES OF WALES pada masa itu, (bakal raja King Edward VII) dilantik sebagai presiden pertama.

Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab.

Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada 1896, hoki telah dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik Dengan perkembangan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954.

Di Malaysia, hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula, barulah permainan tersebut mula dimainkan.

Pada tahun 1948 pula, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan. Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan hoki di peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di mana ketika itu Malaysia menduduki tempat ke- 4 dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. ( Kuala Lumpur Tuan Rumah )

Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negerinegeri.

Piala ini dinamakan Piala Razak, sempena dengan nama beliau. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

UNDANG UNDANG PERMAINAN HOKI PASUKAN


o

Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain utama termasuk penjaga gol.

Jumlah pemain adalah 18 orang yang di daftarkan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan. ( tertakluk kepada peraturan semasa )

o Tiada had pertukaran bagi sesebuah pasukan semasa perlawanan berlangsung. o Setiap pertukaran mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas. o Pertukaran hanya dibenarkan apabila pemain yang ditukarkan meninggalkan kawasan padang. o Bagi pemain yang cedera didalam padang, pertukaran boleh dilakukan secara terus tanpa menunggu pemain tersebut dikeluarkan ataupun memasuki kembali ke padang. o Masa akan diberhentikan jika penjaga gol digantikan dan semasa penjaga gol membetulkan peralatan pakaiannya.

KETUA PASUKAN/ CAPTAIN o Setiap pasukan mestilah mempunyai seorang ketua pasukan. o Ketua pasukan haruslah memakai lilitan arm band pada bahagian bawah bahu, bagi membezakan dirinya dari pemain lain.

o Harus mengawal pemainnya.


o

Memastikan pertukaran pemain bagi pasukannya dilakukan dengan cara yang betul.

PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN


o

Sebuah pasukan mestilah memakai pakaian/ jersi yang seragam ( warna ).

o Pemain tidak dibenarkan memakai sebarang benda yang boleh membahayakan pihak lawan. o Pemain dibenarkan menggunakan sarung tangan ( gloves ), asalkan tidak mempengahruhi kepada saiz genggaman tangan pada kayu hoki. o Pemain Diwajibkan memakai alat pelindung tulang kering ( shin guard ), pelindung mulut dan pelindung kaki ( ankle guard ).
o o

Diwajibkan memakai topeng muka, semasa pukulan sudut penalty Penjaga gol mestilah memakai pakaian yang berbeza daripada pemain lain dan menggunakan semua alat perlindungan tubuh ( kepala, alas badan ,tangan,lutut, penghadang kaki dan penendang ).

PERALATAN PEMAIN

MASA & KEPUTUSAN PERLAWANAN

Masa permainan dijalankan ialah antara 60 70 minit bergantung kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan diberi.

30 : 5 : 30 / 35 : 5 : 35. Pasukan mana yang menjaringkan gol yang banyak akan dikira sebagai pemenang apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

Jika tiada sebarang gol, maka perlawanan akan dikira seri. ( pada peringkat kumpulan ). PERMULAAN PERLAWANAN

Pengadil akan membuat undian dengan lambungan syiling untuk menentukan siapa yang memulakan sepak mula.

Jika pasukan A yang memulakan sepak mula pada separuh masa pertama, maka pasukan B pula yang akan memulakan sepak mula pada separuh masa kedua

BOLA KELUAR PADANG / OUT & JARINGAN Bola akan dikira out apabila keseluruhan bola keluar melintasi garisan sisi padang dan belakang padang. Permainan dimulakan dengan, bola diletakkan di atas garisan tepi dan dipukul oleh pasukan yang mengambilnya.

Jaringan hanya dikira sah atau gol, apabila bola melepasi garisan dalam kawasan gawang gol.

HUKUMAN KEPADA PEMAIN Bagi pemain yang melakukan kesalahan pertama akan diberikan amaran tanpa kad.

Amaran kad hijau akan diberikan oleh pengadil kepada pemain apabila melakukan kesalahan kedua, selepas diberi amaran tanpa kad.

Pengadil akan memberikan kad kuning kepada pemain yang melakukan kesalahan dan kekasaran. Dan ini akan menyebabkan pemain tersebut dikeluarkan dari kawasan permainan selama 5 minit. Pemain ini tidak boleh digantikan oleh pemain lain.

Bagi pemain yang menerima kad merah, pemain ini akan disingkirkan terus daripada perlawanan dan diminta meninggalakan kawasan padang dan juga kawasan pertandingan.

PENGADIL & ISYARAT Jumlah pengadil dalam sesuatu perlawanan adalah 2 orang. Pengadil tersebut akan berada di kedua dua tepi garisan kawasan padang hoki. Bertanggungjawab terhadap kelancaran dan mutu perlawanan

SPESIFIKASI PERALATAN PERMAINAN HOKI

Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau sfera digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g 235 g.

Panjang kayu hoki adalah 26 inchi 38 inchi. ( 66.04 cm -96.52 cm ). Berat kayu hoki mestilah tidak melebihi 737 gram. Lebar tidak melebihi 55 mm.

MEMUKUL BOLA ( HITTING ) Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar dan Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua dua tangan adalah selari dengan kayu hoki.

Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu.

Berat badan seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah.

Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

MENOLAK

Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untuk clearance dan jaringan gol.

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola.

Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola.

Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola.

Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

MENGUIS

Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan.

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit.

Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

MENAHAN / MENYERKAP Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki.

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan.

Mata- memandang pada arah bola. Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

MEREBUT (TACKLE) Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul.

Tackle jab - Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas.

Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan.

Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

Tackle forehand - Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang.

Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tangan kanan di bahagian tengah kayu.

Tackle reverse stick - Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain.

Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Prosedur perlakuan

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan.

Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan.

Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan. Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 (darjah ) dari tanah.

PUKULAN SUDUT PENALTI

Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti.

Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti biberhentikan di luar kawasan D.

Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti.

Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.

Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain.

Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk.

Asas Sains dalam permainan hoki Kesan daya dan impuls Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz, bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu. Dalam kemahiran menahan atau menyerkap bola hoki, bola hoki yang sedang bergerak dengan halaju seragam telah dikenakan daya untuk bergerak. Daya itu tidak dapat dirasa dan dilihat. Tetapi apabila stik/kayu hoki pemain menahan pergerakan bola itu (daya luar), kita dapat melihat halaju pergerakan bola itu perlahan dan seterusnya berhenti. Ini adalah kesan daya.

Mengurangkan kesan daya impuls

Dalam permainan hoki, bola yang bergerak dengan cepat perlu ditahan/ diserkap oleh pemain. Jika bola itu dihentikan dengan cepat, daya impuls yang dikenakan ke atas stik/kayu hoki adalah sangat besar dan bola itu akan tidak dapat ditahan/diserkap dengan baik. Selain menggunakan kayu yang dibuat khas untuk menahan dengan tepat, pemain boleh menahan/menyerkap bola itu sambil mengundurkan stik/kayu hoki kebelakang sedikit. Istilah lainnya ialah menyerap/absorp daya itu. Dengan cara ini, masa untuk memberhentikan bola dipanjangkan dan daya impuls akan dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai