Anda di halaman 1dari 7

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Risalah

Amalan Malam Awal Ramadhan

Muqaddimah

Alhamdulillah, dengan izin Allah , risalah kecil ini dapat disempurnakan sebagai tarhib (selamat datang) kepada bulan yang penuh berkat dan anugerah, bulan Ramadhan alMubarak. Semoga dengannya menjadi asbab kita mendapat Al-Khair al-Kathir (kebaikan yang banyak) dari Allah, Jalla wa Ala. Al-Faqir mengharapkan teguran dan pembetulan daripada para masyaikh dan pembaca budiman jika terdapat kesalahan di dalam risalah ini.

1|Page

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Hadith tentang kelebihan malam awal Ramadhan: Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:

Apabila telah masuk malam pertama di bulan Ramadhan, syaitan dan jin pengganggu terbelenggu, pintu-pintu neraka tertutup tidak satupun terbuka darinya, pintu-pintu surga terbuka tidak satupun tertutup darinya, ada malaikat akan menyeru : Wahai para pencari kebaikan, tujuilah kepada kebaikan, wahai para pencari kejahatan, berhentilah dari kejahatan, dan Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka dan ini terjadi di setiap malam bulan Ramadhan. (Riwayat At-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab AshShaum an Rasulillah, Bab Maa Jaa Fi Fadhl Syahr Ramadhan) Adalah sangat digalakkan sekali memperbanyakkan amalan dan doa pada malam ini antaranya: Apabila telah muncul anak bulan Ramadhan, bacalah:

Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga Baginda. Allah Maha Besar, Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, serta petunjuk kepada segala yang Engkau sukai dan ridhai, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.

Ya Allah, rezekikanlah kepada kami kebaikan padanya, keberkatan dan cahayanya, dan kami berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan sesudahnya.

2|Page

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Ya Allah, jadikanlah ia bulan keberkatan, cahaya dan perlindungan, keridhaan dari Tuhan, Yang Maha Penyayang, dan penjagaan dari syaitan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau memberi kebaikan di dalamnya kepada hamba-hambaMu. Maka berikanlah kepada kami kebaikan yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Doa ini juga boleh dibaca, setelah mendengar akan pengumuman Awal Ramadhan oleh Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Setelah Solat Sunat Badiyyah (Selepas) Maghrib, bacalah doa ini:

Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat dan roh-roh yang mulia. Selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat Baginda yang mulia. Kami mohon kepadaMu Ya Allah, pemeliharaan dan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa bulan Ramadhan. Rahmatilah kami dan berilah keberkatan kepada kami dalam berpuasa Ramadhan. Ya Allah, lanjutkanlah usia kami dengan berkata Ramadhan dan jadikanlah puasa kami mengikuti segala puasa yang dipuasakan oleh Nabi kami Muhammad dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

3|Page

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Wahai Tuhanku, para peminta telah berdiri di pintuMu, orang-orang faqir telah berlindung kepada kehormatanMu, perahu orang-orang miskin telah berlabuh di pantai kemuliaanMu, mereka semua mengharapkan kemurahan rahmat dan nikmatMu. Wahai Tuhanku, orang-orang berpuasa telah meraih kemenangan. Orang-orang yang mendirikan sembahyang telah beruntung. Orang-orang yang ikhlas telah terbebas dari kesalahan. Sedangkan kami adalah hamba-hambaMu yang berdosa. Maka kasihanilah kami dengan rahmatMu. Muliakanlah kami dengan anugerah dan kurniaanMu, sehingga kami memiliki kekuatan untuk menerima berkah di bulan Ramadhan ini. Ampunilah kami semua dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Penyayang di antara Para Penyayang. Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap rakaat, membaca Al-Fatihah 1 kali dan Surah Al-Fath ( ) 1 kali. Selepas salam, bacalah Surah Al-Qadar ( ) 10 kali dan selawat 10 kali. Tok Kelaba al-Fathani menulis: Yang pertama, barangsiapa membaca pada awal malam daripada bulan Ramadhan akan surah , di dalam tathawwu

(sembahyang sunat), niscaya dipeliharakan dia oleh Allah Taala pada demikian tahun itu dan 4|Page

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

daripada Allah pertolongan. Seperti demikian telah meriwayatkan akan dia oleh Ibnu Masud. (Hadaqus Shalawat, hlm. 1056-1057). (Lihat Majmuah Musammah bi Tuhfah alAwthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-Awrad wa al-Adiyah allati tataallaqu bi al-Awqat wa al-Azman, ms. 86 dan Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian Ketiga), ms. 1) Tok Kelaba al-Fathani menulis lagi: Dan pada riwayat Abi Said al-Khudri dan Abi Hurairah Radhiyallahu anhuma, pada pertama malam itu dua rakaat, membaca ia pada tiap-tiap rakaat akan Fatihah sekali, dan membaca surah , kemudian ia memberi salam dan sepuluh kali, dan ia (membaca) shalawat atas Nabi

sepuluh kali. (Lihat Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian Ketiga), ms. 1) Pada pandangan Al-Faqir, solat ini adalah termasuk Solat Sunat Muthlaq dan ia boleh dilakukan selepas Badiyyah Maghrib atau selepas Tarawih, atau sebelum sahur. Wallahu alam.

Kemudian membaca doa ini (juga dibaca pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan):

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemaaf dan Maha Mulia, Engkau menyukai permohonan maaf, maka maafkanlah daripada kami. Doa ini juga baik dibaca seawal malam ini dan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan:

Ya Allah, rezekikanlah kami bertemu dengan Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada setiap tahun. Hendaklah bersembahyang Isya dan Tarawih serta Witir berjemaah. (bolehlah merujuk tentang perbahasan tentang Solat Tarawih dalam risalah yang ditulis Al-Faqir bertajuk Risalah Solat Tarawih )

5|Page

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Adalah sunat untuk melafazkan niat puasa (juga diniatkan pada tiap-tiap malam):

Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah . Boleh juga mengikut mazhab Maliki yang berniat puasa sepenuh bulan sebagai ihtiyath (berhati-hati) lupa berpuasa pada setiap malam:

Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah . Hidupkan malam ini (terutamanya), dan malam-malam Ramadhan lain dengan solatsolat Nawafil di malam hari sebelum bersahur. Berusahalah membaca sebanyak-banyaknya ayat Al-Quran atau bertadarus, mengkhatamkan Rawatib (ratib-ratib), Ahzab (hizib-hizib), Awrad (wirid-wirid) yang telah diijazahkan oleh para Masyaikh yang bersanad. Demikianlah juga dengan selawat, istighfar dan zikir-zikir yang lain. Lakukanlah semua Hasanat (kebaikan-kebaikan) yang boleh mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah .

Semoga Allah menerima amalan-amalan baik dari kami dan kamu semua.

6|Page

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Rujukan: Kitab Jawi: 1. Majmuah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-Awrad wa al-Adiyah allati tataallaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 86. Bahasa Melayu: 2. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan dan Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 1. 3. Dzikir dan Doa Bulan Ramadhan: Amalan di Saat tak Tergantikan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 16/2010, ms. 3-7. 4. Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhammed Hussein, Djakarta: Pustaka Dundia Pustaka Jaya, Cetakan Ketujuh, 1982, ms. 61-63. 5. Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, ms. 3-4.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan mentamimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1 kali untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabiin dan tabiin yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliyaillah, para ulama, fuqaha dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita..AL-FATIHAH. * mohon kepada yang melihat kesalahan dan kekurangan yang ada pada risalah kecil ini, untuk memberitahu kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza. Disusun oleh: Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia Muhadir bin Haji Joll Ahad, 5.03 pm, 30 Syaban 1432H/ 31 Julai 2011M khuwaidim_elilm@hotmail.com

7|Page

Anda mungkin juga menyukai