Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN Zaman moden ini, terdapat umat Islam yang sering menyamakan Sirah dengan Sejarah Islam.

Mereka tidak dapat membezakan antara Sirah dan Sejarah Islam. Jika kita amati secara mendalam terdapat perbezaan yang nyata antara Sirah dengan Sejarah Islam dari segi sumber dan metod jalan ceritanya. Misalnya, Sirah ditulis berdasarkan Hadis Rasulullah SAW dan dimuatkan didalam kitab-kitab Hadis. Manakala Sejarah Islam pula sebaliknya.

PENGERTIAN SIRAH DAN SEJARAH ISLAM Pengertian Sirah Sirah dari segi bahasa bererti jalan (at-thariq). Secara amnya, perkataan Sirah ini dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah SAW (as-Sirah an-Nabawiyah) yang meliputi nasab, keadaan baginda semasa didalam kandungan ibunya, kelahirannya dan lain-lain lagi keadaan yang berkaitan. Kumpulan berita-berita Sirah Rasulullah SAW ini dikuatkan lagi dengan penyandaran kepada berbagai Hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat, tabiin dan generasi sesudahnya.

Pengertian Sejarah Islam Maksud Sejarah Islam secara bahasa adalah sejarah masa lalu. Perkataan Sejarah digunakan lebih umun berbanding dengan perkataan Sirah. Perkataan Sejarah mempunyai cakupan yang luas, ianya digunakan untuk membahaskan Sejarah Islam

(sejarah hukum Islam), Sejarah Fiqih Islam, Sejarah Mazhab-mazhab dalam Islam, Sejarah Para Khalifah, sejarah Filsafat Islam dan lain-lain lagi.