Anda di halaman 1dari 12

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK Perubahan Sahsiah Adalah Proses Pertumbuhan Diri Kesan Daripada Interaksi Dalaman (psikologi) Dan Input Persekitaran Luaran. Kursus pembangunan Sahsiah Telah Dibina Khusus Sebagai Input Perubahan Karektor Seorang Pendidik Yang Professional Dan Berkesan. i. Merujuk kepada kursus pembangunan sahsiah, jelaskan 4 (perkara) utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. Huraikan dengan member contoh yang jelas bagaimana kursus pembangunan sahsiah member kesan kepada perubahan karektor diri anda.

ii.

KUMPULAN A12 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA SAHIMAH BT. MAT ISA

NO. ID D20112054186

NO. TELEFON 0125498766

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN SAMSIAH BT MOHD. JAIS TARIKH SERAH: 9 APRIL 2012

PERUBAHAN SAHSIAH ADALAH PROSES PERTUMBUHAN DIRI KESAN DARIPADA INTERAKSI DALAMAN (PSIKOLOGI) DAN INPUT PERSEKITARAN LUARAN. KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH TELAH DIBINA KHUSUS SEBAGAI INPUT PERUBAHAN KAREKTOR SEORANG PENDIDIK YANG PROFESSIONAL DAN BERKESAN. i. MERUJUK KEPADA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH, JELASKAN EMPAT (4) PERKARA UTAMA YANG CUBA DITERAPKAN KEPADA GURUGURU. ii. HURAIKAN DENGAN MEMBERI CONTOH YANG JELAS BAGAIMANA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH MEMBERI KESAN KEPADA PERUBAHAN KAREKTOR DIRI ANDA. ______________________________________________________________________________

PENGENALAN SAHSIAH Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada perangai yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Mengikut G.W Allport dalam bukunya Pattern and Growth in Personality, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam diri seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1)

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama iaitu keunikan dengan membawa maksud tersendiri, kebolehsuaian atau keupayaan seseorang untuk berubah dan diubah dan organisasi iaitu bukan sekadar himpunan tingkah laku sebaliknya melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pembentukan sahsiah diri penting dalam kehidupan kita. Pembentukan sahsiah diri yang sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Sahsiah diri dapat didefinasikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan masyarakat. Oleh itu, perkembangan dan pembangunan sahsiah diri ini banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat. Dalam proses sosialisasi ini terdapat empat agen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat khususnya ke atas perkembangan dan pembangunan sahsiah . Empat agen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat ialah keluarga, rakan sebaya, media dan agama. Apabila seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan kehidupannya maka lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani. Secara kesimpulannya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran.

Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak , peribadi dan tingkahlaku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al 2006).Maka, fokus pembangunan sahsiah merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

Pembangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan. Dalam perspektif Islam , pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Terdapat dua pendapat tentang pembangunan sahsiah iaitu menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007) , sahsiah bermaksud akhlak yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manakala menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah bermaksud personaliti atau secara umumnya akhlak. Faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah adalah hubungan manusia dengan Allah s.w.t, interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. 2

Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Menurut Imam Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Manakala Ibn Miskawah mentakrifkan pembangunan sahsiah ialah suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang kerana sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta paksaan.

Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia itu sendiri. Berdasarkan pandangan seperti Mark (1818-1883), Weber (18641920) dan Maslow (1908-1970) , keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia.

Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran . Interaksi dalaman (psikologi) merujuk kepada jiwa, rohani atau mental. Manakala faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal , kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa dan masyarakat.

Manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu sistem. Sebaik manapun sesuatu sistem itu, jika tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk menguruskannya maka sistem tersebut tidak akan mencapai objektifnya. Kursus pembangunan sahsiah telah dibina khusus sebagai input kepada perubahan karektor seorang pendidik yang profesional dan berkesan. Dalam konteks ini, sesebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan.

Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya professionalisme dan kredibiliti mereka sebagai warga pendidik dapat dikekalkan dan dimantapkan.Profesion perguruan merupakan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Gurulah yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Peranan guru juga bukan sahaja terhad kepada dirinya tetapi juga kepada rakan sekerja agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna. Oleh itu, bagi merealisasikannya, guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal, akan tetapi perlu disertai sahsiah diri.

Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru perlu terlebih dahulu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi pelajar.Dalam hal ini, Professor Mohd. Kama Hasan (1998) menjelaskan, Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Guru adalah antara insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Guru juga sentiasa mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan. Guru juga adalah pendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memegang kepada konsep JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosial.

EMPAT PERKARA UTAMA YANG DITERAPKAN KEPADA GURU

Merujuk kepada kursus pembangunan sahsiah terdapat empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru iaitu aspek kognitif , fizikal , sosial dan rohani.

Menurut Atan Long (1978), kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran indidvidu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Konsep kognitif ialah menggambarkan pemikiran seseorang yang digunakan untuk mengorganisasi informasi yang didapati dalam membantu menginterprestasi dan memahami dunia 4

Konflik kognitif adalah merupakan usaha untuk mendapatkan perseimbangan fikiran.Nilai kognitif merupakan suatu kemahiran yang dapat menjadikan seseorang itu berfikir secara inovatif dan kreatif. Teori kognitif dapat diserapkan kepada guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran di mana segala maklumat yang tersimpan dalam ingatan seseorang akan diaplikasikan dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Sebagai seorang guru juga, kita perlu menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tidakan sesuai dengan masa serta keadaan seperti menggunakan seluruh potensi , keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah ; sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti ; mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi dan sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

Menurut Wright dan Sugden (1999), kemahiran fizikal berkait dengan kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula, boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan. Schmidt dan Wrisberg (2000), menjelaskan bahawa kemahiran fizikal dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahiran .

Fizikal seseorang guru pula dirujuk kepada kebolehan mempamerkan tingkah laku, penampilan kendiri serta pengurusan kendiri. Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana dia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Konsep kendiri merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.

Carls Rogers (1950), mendifinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. 5

Dari segi psikologi , Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

Manakala Sharifah Alawiah (1987) menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripoada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku , perasaan dan fikiran. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif lazimnya dapat menghadapi masalah dan cabarancabaran dengan tabah, bersifat optimistik, sikap lebih terbuka serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif akan berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta mudah tersinggung perasaannya.

Kemahiran sosial menurut Philip (1991), bermaksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Kemahiran sosial terbentuk di antara seseorang bagi menyesuaikan dirinya dengan orang lain dan alam sekitar. Melalui interaksi sosial kita dapat melihat kebolehan, kelemahan dan tingkah laku seseorang. Dalam hubungan sosial ini kita harus bersedia menerima pendapat orang lain sama ada secara negatif atau positif. Kita juga mempunyai peluang untuk memberi pendapat kita sama ada kita bersetuju atau tidak dengan pendapat orang lain. Melalui hubungan sosial ini, ia akan membentuk diri seseorang itu supaya lebih bersedia menerima pendapat dan kritikan daripada orang lain serta bersikap lebih tenang dan mudah berinteraksi. Ini secara tidak langsung akan membentuk emosi yang tenang dan stabil bagi individu terbabit.

Syamsu Yusuf (2007), menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula ditakrifkan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain. Sunarto dan Hartono (1999), berpendapat hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan.

Hubungan sosial dimulai dari tingkat sederhana dan terbatas serta didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.

Perkataan rohani dalam bahasa Melayu sering dikaitkan dengan hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna iaitu pertama, jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Roh juga bermaksud bersifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian.

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran, antaranya, Firman Allah yang bermaksud, Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan (Q.S al-Baqarah, ayat 10)

Sebagai seorang guru, kita perlu merawat penyakit rohani ini yang tentunya akan mempengaruhi diri dan profesion kita. Seseorang guru yang sihat rohaninya akan mudah menangkap kebenaran dan hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Guru yang sihat rohaninya juga memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah untuk bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Rohani yang sihat begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah dan menerimanya dengan penuh syukur manakala rohani yang tidak sihat sentiasa bersyak wasangka dan dibelenggu dengan rasa tidak puas hati. Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani . Antara kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit rohani adalah menganggu ketenangan, menjauhkan diri daripada tuhan, melumpuhkan daya kerja dan merosakkan jasmani. 7

Kursus Pembangunan Sahsiah Memberi Kesan Kepada Perubahan Karektor Diri

Kursus pembangunan sahsiah telah memberi kesan kepada perubahan karektor diri saya selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan :

Perubahan Karektor Diri Terhadap Profesion Perguruan

Melalui kursus pembangunan sahsiah yang dihadiri, saya lebih menghargai dan ingin menjaga nama baik profesion ini . Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik dan ketabahan guru menghadapi cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan ini. Namun, tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan penyelidik. Pendedahan tentang penglibatan guru dalam fenomena ini menyedarkan saya tentang betapa tingginya harapan negara dan masyarakat terhadap peranan yang dimainkan oleh seorang guru. Untuk meningkatkan martabat profesion ini saya turut melanjutkan pelajaran walaupun sudah agak berusia. Kesedaran terhadap masa juga timbul dalam diri iaitu lebih menghargai masa untuk datang ke sekolah dan menepati masa ketika masuk ke dalam kelas.

Kesan Perubahan Karektor Diri Terhadap Pelajar

Melalui kursus pembangunan sahsiah, saya semakin mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Mereka telah dianggap seperti anak sendiri dan cuba mendekati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa mengira faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Saya perlu membuang sikap pilih kasih dan mengutamakan murid cemerlang kerana semua murid berhak mendapat layanan yang sama rata.Guru merupakan role model kepada murid, jadi saya perlu menjaga pakaian, pertuturan dan tingkah laku terutama apabila berhadapan dengan murid-murid.

Kesan Perubahan karektor Terhadap Rakan Sejawat

Melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga, saya perlu bersikap positif dan berbaik sangka terhadap rakan sejawat. Kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Perbezaan agama, budaya ataupun parti politik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melepaskan perasaan terhadap rakan sejawat. Selain itu , kita perlu membantu rakan sejawatan terutamanya yang baru menyertai profesion perguruan supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar dan membantu mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.

Kesan Perubahan Karektor Terhadap Masyarakat dan Negara

Melalui kursus pembangunan sahsiah , saya juga perlu memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna , menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Seseorang guru juga tidak boleh menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Kesan Perubahan Karektor Terhadap Diri Sendiri dan Keluarga

Melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga, saya dapat merasa akan perubahan karektor saya terhadap diri sendiri dan keluarga. Saya menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana tuntutan pekerjaan memerlukan saya mempunyai kesihatan diri yang baik dan personaliti diri yang meyakinkan apabila berhadapan dengan pelanggan (murid). Saya tidak menganggap kerja itu sebagai bebanan tetapi sebagai tuntutan dalam kehidupan. Saya juga semakin bertanggungjawab terhadap keluarga kerana kejayaan anak-anak bermula di rumah dan bukannya bergantung kepada guru-guru di sekolah semata-mata. Hubungan dengan ahli keluarga juga semakin rapat kerana kebahagiaan keluarga memudahkan saya menguruskan tanggungjawab di tempat kerja.

Kesimpulan

Kursus pembangunan sahsiah merupakan satu kursus yang memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah yang baik. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Selain itu, kursus pembangunan sahsiah juga telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. Sahsiah yang kita miliki adalah aset diri yang paling penting kerana melalui sahsiah dapat membantu bagaimana kita membentuk pengalaman yang telah ditempuh mahupun yang akan datang.

10

Bibliografi

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin, 1995. Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan dan Perkembangan. Petaling Jaya: Longman.

Ee Ah Meng, 1996. Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan . Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Friedman, H.S. & Schustack, M.W, 1999. Personality : Classic Teories and Modern research. Boston: Allyn and Bacon.

Kamus Dewan, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mok Song Song, 1994. Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Selangor. Multimedia Sdn. Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011. Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my

http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/nilai-bitara-pembangunan-sahsiah-guru.htm

http://www.scribd.com/mohd_nor_38/d/52770629-04-KKD2063-UNIT-1-PENGERTIANPEMBANGUNAN-SAHSIAH

http://www.scribd.com/doc/55709043/Huraikan-Lima-Aspek-Ciri-Guru-Yang-Berkesan-DalamPengajaran-Berdasarkan-Nilai

Anda mungkin juga menyukai