Anda di halaman 1dari 1

Menurut Berita Harian (22 Ogos 2003), Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendakwa sukatan pelajaran di IPT tempatan

masih tidak memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran kerja dalam negara Kenyataan ini disokong oleh Adham Baba ( Berita Harian, 4 April 2004) yang menyatakan bahawa sektor awam dan swasta kini memerlukan siswazah yang memiliki kemampuan berkomunikasi, menguasai banyak bahasa, berfikiran kritis dan mampu bekerja di dalam pasukan. Meskipun kerajaan sudah berusaha mewujudkan peluang pekerjaan bersama sokongan pihak swasta, tidak ramai yang berjaya. Alasan majikan, mereka tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan seperti kehendak syarikat. Pihak universiti pula telah berusaha menyediakan pelbagai aktiviti atau modul terbaik sebagai persediaan mahasiswa melangkah ke alam pekerjaan (Azali Mohamed, 2007).

Anda mungkin juga menyukai