Anda di halaman 1dari 17

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

2.0 JENIS – JENIS AYAT MAJMUK

3
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

2.1 AYAT MAJMUK PANCANGAN

“Menurut Abdullah Hassan (2008), Ayat majmuk pancangan


didefinisikan sebagai menggabungkan dua atau lebih klausa. Klausa- klausa
itu tidak sama taraf. Dalam ayat majmuk yang dihasilkan, perlu ada klausa
utama dan juga perlu ada klausa, atau klausa- klausa pancangan. Klausa
pancangan itu disisipkan ke dalam klausa utama. Ada tiga kaedah Klausa
pancangan itu disisipkan ke dalam Klausa utama“.

Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau
ayat utama (ayat induk) dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil
lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan


kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan
sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada


tiga jenis iaitu :-

1) Ayat Relatif

2) Ayat Komplemen
3) Ayat Keterangan

4
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

2.2 AYAT RELATIF

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau
lebih klausa terikat atau ayat kecil .

Dalam bahasa Inggeris, istilah relatif bermakna bersaudara. Dengan


demikian, klausa relatif tersebut adalah bersaudara dengan kata nama dalam
subjek atau predikat dalam klausa utama. Klausa relatif atau bersaudara itu
dipancangkan atau dimasukkan klausa utama selepas ganti nama. Kemudian,
kata nama subjek dalam klausa pancangan itu ditukar kepada ganti nama
yang.

Ayat relatif juga merupakan ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat
utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung yang,
bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Contoh proses pancangan berlaku:

1. Contoh Pertama :

Saya membeli buku yang berwarna biru itu

• Ayat majmuk ini asalnya terdiri daripada dua klausa (ayat) iaitu :

Pertama : Saya membeli buku itu

Kedua: Buku itu berwarna biru.

Kemudian, kedua- dua klausa ini digabungkan menjadi seperti


berikut, Saya membeli buku itu + Buku itu berwarna biru.

5
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Dalam bahasa Melayu apabila ada dua klausa seperti ini


digabungkan , maka wujudnya klausa pertama (utama) dan
klausa kedua yang bersaudara atau menerangkannya. Ini
bermakna klausa kedua adalah relatif dengan klausa pertama.
Dalam keadaan ini,klausa relatif itu dipancangkan ke dalam
klausa utama selepas kata nama yang bersaudara dengannya.
Contoh dapat dilihat klausa relatif itu dipancangkan ke dalam
klausa utama.

Saya membeli kereta (kereta itu berwarna putih) itu.

Oleh sebab kata nama objek dalam klausa utama adalah serupa
dengan kata nama subjek dalam klausa relatif, maka ganti nama
subjek klausa relatif itu digantikan dengan kata nama yang.
Perkataan yang menghubungkan klausa relatif yang
dipancangkan itu dengan klausa utama, seperti :

Saya membeli kereta (yang berwarna putih) itu.

Hasilnya adalah ayat majmuk seperti berikut:

Saya membeli kereta yang berwarna putih itu.

Ayat pancangan itu dipancangkan ke dalam klausa utama


selepas kata nama inti, sebelum kata tugas tunjuk itu.

Saya membeli kereta yang berwarna putih itu. [ betul ]

Saya membeli kereta itu yang berwarna putih [ salah ]

Ini adalah kerana, klausa relatif itu bersaudara dengan kata


nama sahaja, bukan dengan seluruh frasa subjek berkenaan.

2. Contoh kedua

6
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

i. Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka


mengintai orang kampung itu.
ii. Atan menampar budak itu.
iii. Atan cepat naik angin.
iv. Budak itu suka mengintai orang kampung.

 Ayat (iii) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam


ayat (i) dan ayat (iv) dipancangkan kepada objek ayat
utama.
 Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama
dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat
utama.

3. Contoh ketiga :

i. Ahmad membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan.


ii. Ahmad membeli novel Samad Said.
iii. Novel Samad Said baru dipasarkan.

 Ayat (iii) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan


dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad
Said dan penggunaan kata yang.

 Kesimpulannya, penanda relatif ialah yang. Namun,


dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja
digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga
sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama +
yang seperti contoh :

7
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

a) Orang yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.

Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.

b) Baju yang hijau itu warna kegemaran saya.

Yang hijau itu warna kegemaran saya.

c) Bangunan yang tinggi itu bangunan Bank Negara.

Yang tinggi itu bangunan Bank Negara.

2.3 AYAT KOMPLEMEN

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat
kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim: 2004:


241), kata hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu
klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa
utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".

Dalam bahasa Inggeris perkataan komplemen bermakna pelengkap.


Oleh sebab itu klausa komplemen adalah klausa yang dipancangkan ke
dalam klausa utama bagi melengkapkan klausa tersebut. Klausa komplemen
ini dipancangkan ke dalam klausa utama dengan menggunakan kata hubung
seperti: bahawa, untuk, demi, yang, agar. supaya, semoga, setelah. Kata
hubung ini juga dipanggil Kata hubung komplemen.

Bagi ayat- ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa


pada kedudukan objek, pengguguran kata komplemen tersebut dibenarkan
8
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

selagi tidak menjejaskan ayat. Namun, pada kedudukan frasa nama kata
komplemen untuk tidak boleh digugurkan.

Seperti ayat berikut:

1) Untuk Ali melakukannya sangat sukar.

Ali melakukannya sangat sukar.

2) Dia mengetahui bahawa Ahmad telah hilang.

Dia mengetahui Ahmad telah hilang.

3) Bahawa ekonomi negara telah merosot adalah kurang tepat.

Ekonomi Negara telah merosot adalah kurang tepat.

Diagram :

(a) Dia menerangkan sesuatu. (ayat induk)


(b) Murid itu sakit. (ayat komplemen)

Dia FN S Ayat Pertama

Kata Kerja Ayat Kedua

Menerangkan ( Objek )

Bahawa Murid itu sakit

9
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Ayat Dia menerangkan sesuatu telah dipancangkan ke dalam ayat Murid itu
sakit untuk melengkapi kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan seperti
ini, yang berbeza daripada hubungan relatif , disebut hubungan komplemen.
Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan
beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk
menandakan hubungan ini. Terdapat dua komplemen dalam bahasa Melayu,
iaitu bahawa dan untuk. Perhatikan contoh-contoh di bawah:
 Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
 Untuk Ali melakukannya amat sukar.

Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu:

1) Ayat komplemen frasa nama


2) Ayat komplemen frasa kerja
3) Ayat komplemen frasa adjektif
1) Ayat komplemen frasa nama
1.1Frasa nama boleh berada pada empat tempat dalam ayat, iaitu
sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun, ayat-
ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua
tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat
komplemen frasa nama objek tepat seperti berikut :
1.1.1 Ayat komplemen frasa nama subjek

• Bahawa bahasa Melayu bahasa ibunda memanglah


jelas.
• Untuk dia mendapat kejayaan dalam peperiksaan itu
memang sukar.
• Bahawa cerita itu menyeramkan tidak benar.
• Dakwaan bahawa Ali membunuh telah mendapat liputan
meluas di media.

10
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

• Amat penting untuk kita menyedari kejayaan tidak akan


datang bergolek tanpa usaha.

Walaupun susunan ayat- ayat di atas ialah ayat


songsang, namun bahagian- bahagian yang condong
tetap merupakan subjek.

2) Ayat komplemen frasa nama objek tepat

2.1 Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja
transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh
wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Contoh :
• Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat akan
menikmati pemberian subsidi berikutan harga
minyak dinaikkan secara mendadak.
• Berita TV3 itu menyebut bahawa semua penumpang
kapal terbang Boeing 474 terselamat.
• Mereka menyedari bahawa kehidupan mereka belum
terbela sepenuhnya.
• Yang dituduh mengakui bahawa dia yang melakukan
rompakan di kedai emas tersebut.
Dalam ayat- ayat di atas ayat komplemen berfungsi
sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat
induknya.

3) Ayat komplemen frasa kerja


3.1Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif,
iaitu yang diikuti bukan oleh kata nama tetapi oleh keterangan-
keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada
ayat- ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada
kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat- ayat ini
seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi hakikatnya
tidak, oleh sebab ayat- ayat tersebut tidak boleh mengalami proses

11
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

pasif, iaitu bagi menentukan frasa nama objek. Oleh itu ayat- ayat
itu digolongkan ke dalam jenis ayat- ayat komplemen frasa kerja.

Contohnya :-
• Ahmad berpendapat bahawa ladang kelapa sawit itu
tidak patut dibangunkan perumahan.
• Penceramah itu berfahaman bahawa pembangunan
negara seiring dengan kepesatan ekonomi.
• Puan Fatimah beranggapan bahawa suaminya telah
melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.
• Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.
• Murid itu berasa bahawa nasihat guru disiplinnya itu
benar.

4) Ayat komplemen frasa adjektif

4.1 Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Begitu
juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen
adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke
dalam ayat induk. Tetapi, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu
amat terhad.

Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut:

• Saya amat percaya bahawa saya akan cemerlang dalam


peperiksaan.
• Pelajar itu sedar bahawa mereka harus berjaya dalam
peperiksaan.
• Dia sangat yakin bahawa anaknya akan berjaya.
• Mereka sangat insaf bahawa mereka itu serba kekurangan.

12
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

2.4 AYAT KETERANGAN

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat
induk dan satu ayat kecil atau lebih yang bertugas sebagai keterangan
kepada predikat.

Contoh :

(i)Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.


(ii) Bayi itu menangis kerana ia lapar.
(iii) Dia bukan majikan saya ketika saya bekerja dahulu.

• Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata


kerja dalam ayat utama.

13
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

• Contoh- contoh dia atas menunjukkan bahawa ayat majmuk


tersebut mempunyai dua ciri iaitu pertama, adanya ayat induk
dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri
sendiri, dan kedua, oleh sebab adanya kata hubung yang
menghubungkaitkan ayat induk dengan ayat- ayat kecil seperti
ketika, kerana, semasa, sewaktu, dan sekiranya. Ayat- ayat kecil
ini merupakan ayat keterangan. Hubungan antara ayat- ayat ini
dapat diringkaskan seperti berikut :

Ayat induk+ Kata hubung + Ayat keterangan

• Namun, kedudukan ayat keterangan ini tidak tetap, boleh hadir


di belakang ataupun di hadapan ayat induk. Ini dapat dilihat
menerusi contoh berikut :

a) Kerana tidak bersedia pemain hoki negara gagal.


b) Kerana ia lapar bayi itu menangis.
c) Ketika saya bekerja dahulu dia bukan majikan saya.

Jenis – Jenis Ayat Keterangan


Ianya dapat dibahagikan kepada sembilan jenis iaitu :
1) Keterangan musabab
2) Keterangan akibat
3) Keterangan syarat
4) Keterangan waktu
5) Keterangan pertentangan
6) Keterangan harapan
7) Keterangan cara
8) Keterangan tujuan
9) Keterangan perbandingan

1. Keterangan musabab
14
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

1.1.Keterangan musabab dapat diertikan sebagai unsur yang


menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.
Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti
kerana, lantaran, dan oleh sebab.

1.2. Sebagai contoh :


 Saya tidak dapat hadir kerana saya tidak sihat.
 Oleh sebab mereka datang lewat mereka tidak dibenarkan
masuk ke dewan peperiksaan.
 Pelajar itu cemerlang lantaran usaha yang bersungguh-
sungguh.
 Saya tidak dapat hadir kerana saya tidak sihat.
 Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Aman menerima lima
saman.

2. Keterangan akibat
2.1 Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan
atau hasil sesuatu perbuatan. Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti
hingga dan sehingga.

2.2Sebagai contoh :
 Pelajar itu berusaha bersungguh- sungguh sehingga ia
berjaya.
 Ia menjerit terlalu kuat hingga serak suaranya.

3. Keterangan syarat
3.1Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti
dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai
kata, jikalau, jika dan kalau

15
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

3.2 Sebagai contoh :


 Sekiranya saya lulus peperiksaan ini saya akan
mengadakan kenduri kesyukuran.
 Andai kata mereka bertindak kita akan bertahan
bersungguh- sungguh.
 Jika diizinkan Allah saya akan berkunjung lagi ke Melaka
tempat bersejarah ini.
 Siti akan ikut serta kalau ayah membenarkannya.

4. Keterangan waktu
4.1Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu
perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti
sejak, semenjak, sementara, tatkala, dan ketika

4.2 Sebagai contoh :


 Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang
pergaduhan itu.
 Sementara menunggu jagung masak petani itu menanam
tebu.
 Tatkala hujan membasahi bumi mereka masih di sawah.
 Ketika masih kecil dahulu saya selalu menolong ibu
membuat kuih di dapur.

5. Keterangan pertentangan

5.1Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu


perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan
pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun,
walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan.

5.2 Sebagai contoh:


 Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat
ingin menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah.

16
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

 Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan


berganjak daripada kedai tersebut.
 Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati
mereka masih di kampung.
 Kendatipun polis itu telah terkena peluru, dia terus
melawan perompak.

6. Keterangan harapan

6.1Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu


perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan
ini adalah seperti supaya, agar, semoga, moga- moga, dan kalau- kalau.

6.2 Sebagai contoh :

 Supaya suasana menjadi aman damai mereka bersetuju


dengan cadangan ketua kampung itu.
 Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
 Cuba berusaha dahulu, kalau- kalau kita berjaya
menyelesaikan masalah ini.

7. Keterangan cara

7.1Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya


atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung
keterangan cara ialah dengan

7.2 Sebagai contoh :


 Dengan memberanikan hati Anita nekad terjun daripada
kapal ke dalam laut
 Pemuda itu datang dengan menaiki kapal terbang

17
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

 Dia menangkap tikus itu dengan menggunakan


perangkap tikus
 Mereka ke sekolah dengan menaiki bas

8. Keterangan tujuan

8.1Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu


perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti
untuk, demi, dan bagi

8.2 Sebagai contoh :


 Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk
berjaya di dalam peperiksaan
 Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum,
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat ditubuhkan
 Udara yang bebas daripada pencemaran amat diperlukan
bagi menjamin kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan

9. Keterangan perbandingan

9.1Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang


menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung
keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah- olah, seakan-
akan, ibarat, bagaikan, dan bak

9.2 Sebagai contoh :


 Hatinya pilu seperti dihiris pisau
 Ali bermimpi seolah- olah berada di alam kayangan
 Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba

18
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

 Kedua mempelai itu bagaikan cincin dengan permata,


sama cantik sama sepadan
 Dia terdiam bagai mulutnya terkunci rapat
 Pemuda itu sering termenung macam pungguk merindui
bulan

 Kesimpulannya, ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan


dengan menggunakan kata hubung- kata hubung yang tertentu
mengikut kesesuaian penggunaannya di dalam konteks ayat.

19

Anda mungkin juga menyukai