Anda di halaman 1dari 2

19. SULIT 1103/1 buku rujukan dalam bidang kesusasteraan terlalu kurang. Menurut Sasterawan Negara, Datuk A.

Samad Said ketika berucap di Majlis Pelancaran Karya Sastera di Pusat Perdagangan Dunia Putra tahun 2004 yang lalu, dalam usaha kita menuju Wawasan 2020, perkembangan kesusasteraan tidak harus dilupakan kerana negara maju juga memberikan keutamaan kepada pembinaan sastera yang bermutu tinggi. Soalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan agar penulis tempatan terus berminat untuk menghasilkan karya-karya sastera? Satu daripada usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat penulis tempatan menulis buku-buku sastera ialah dengan memberikan pengiktirafan kepada penulis dan mewujudkan beberapa anugerah supaya penulis berasa sumbangan mereka sentiasa dihargai. Hal ini demikian kerana apabila ada pengiktirafan, penulis-penulis tempatan akan berusaha menghasilkan karya yang bermutu untuk menarik minat masyarakat terhdap karya sastera. Pengiktirafan yang diberikan dapat menjadi dorongan kepada penulis untuk terus berkarya dan menjadi inspirasi yang berkekalan di kalangan penulis. Perkara ini akan mendorong mereka untuk terus menulis dengan jujur, bijaksana dan penuh dedikasi.Satu daripada anugerah yang diwujudkan ialah Anugerah Sasterawan Muda yang diperkenalkan untuk menggalakkan penulis muda yang berbakat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dan menghasilkan karya sastera yang bermutu. Selain itu, pihak kerajaan dan badan-badan swasta turut mewujudkan anugerah yang diiktiraf di peringkat kebangsaan seperti Anugerah Sasterawan Negara dan Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank. Anugerah berprestij ini dapat mengangkat martabat penulis tempatan untuk menghasilkan karya. Penulis yang telah dicungkil bakatnya menerusi anugerah-anugerah tersebut ialah penulis Faisal Teerani, Norhisham Mustafa, Mawar Shafie, Saroja Theavi dan lain-lain lagi. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlulah berusaha untuk membantu penulis tempatan memasarkan hasil karya mereka untuk tatapan masyarakat. Pada hari ini, penulis tempatan berusaha menghasilkan karya yang bermutu dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen, novel, kritikan sastera dan sebagainya. Sekarang timbul pertanyaan, kepada siapakah karya itu hendak diserahkan? Kadangkala terdapat penulis yang berusaha sendiri menghantar karya kepada penerbit, namun karya itu belum tentu diterbitkan. Keadaan yang berlaku ini akan melemahkan minat dan semangat penulis tempatan untuk terus berkarya. Oleh itu, pihak kerajaan menerusi agensinya seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu mengambil inisiatif untuk menerbitkan karya-karya penulis tempatan. Karya-karya sastera yang diterbitkan ini boleh dijadikan buku rujukan wajib di sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Sebagai contohnya, Kementerian Pelajaran memperkenalkan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tindakan ini amat wajar kerana secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasai komponen sastera dalam bahasa Melayu. Apabila adanya usaha untuk membantu penulis dari segi pemasaran, keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik minat penulis untuk terus berkarya kerana penulis sudah mendapat jaminan bahawa selepas ini sudah ada khalayak yang akan membaca hasil tulisan mereka. Selain itu, badanbadan dan persatuan penulis seperti Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Persatuan Penterjemahan dan Penulis Kreatif Malaysia

(PERSPEKTIF) perlulah mengadakan pertemuan antara penulis dengan lebih kerap supaya idea bersama dapat dikembangkan untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu. Pertemuan ini akan membolehkan para 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 19 .