Anda di halaman 1dari 10

Pendahuluan Akidah atau Tauhid mempunyai maksud yang sama.

Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkaraperkara Sam’iyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith. Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustaan khususnya dari kalangan musuh-musuh, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah danTauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan sahsiah dan jati diri seseorang. Pengertian Akidah Dan Konsep Akidah Asas pola pemikiran ini disebut iman . Tauhid adalah merupakan ciri khasnya. Ubudiah intipatinya manakala akidah adalah rentetan darinya. Ibadah pula gandingannya. Akhlak buah dan hasil tuaiannya. Aqidah berasal daripada perkataan Arab (Aqada) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang manawi. Dari maksud lahiriah perkataan aqidah bermaksud ikatan atau simpulan manawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak dapat mungkin tercerai atau terurai. Fahaman praktikalnya aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan Penciptanya. Aqidah Islamiyyah sahajalah yang benar dan yang betul, manakala yang lainnya adalah palsu dan batil. Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan Islam sebagai Iman. Akidah bukan hanya mencorakkan minda atau pemikiran tetapi juga perasaan interaksi, sikap, sahsiah dan struktur budaya, sistem hidup dan akhlak seseorang . Akidah keagamaan yang kuat mengikat pemikiran dan corak hidup manusia. Ia akan menjernihkan rohaniah meluruskan kaedah berfikir, menghasilkan kebijaksanaan yang berasaskan kepada petunjuk Allah. Ia akan menjadikan manusia mengikut pedoman Al

1|Page

Sunnah.Quran. (Surah Al-Zariyat 56) Akidah merujuk kepada keyakinan bahawa sumber nilai norma hidup dan hukum hakam ialah Allah swt yang maha esa. Kalau demikian tentu tuhan akan membawa pergi apa 2|Page . Segala-galanya dijadikan berkhidmat untuk Allah. (Surah Al-Isra’ 42) "Ia adalah agama fitrah yang manusia semuanya dicipta Firman Allah lagi: ‫َ ه ََ ه‬ ُ َ َ ً ٍ ُ ََ َ َ َ ٍ َ َ‫ما اتخذ َّللا ُ مِنْ ولَد وما كانَ معه مِنْ إِلَه إِذا لَذهَب كل ُّ إِلَه بِما خلَقَ ولَعًل بعضهم على بعض سبحانَ َّللاِ عما ٌصِ فُون‬ َ ‫ه َ ه‬ َ ُْ ٍ َْ ََ ُْ ُ َْ ََ َ َ َ ٍ Maksudnya "Mana mungkin Allah mempunyai anak dan tidak pula ada bersamanya tuhan yang lain. Tujuan utama manusia beriman dan berakidah Islamiah ialah untuk menyembah Allah selaras dengan firman Allah: ‫وما خلَقتُ الجنَّ واْلِنس إِ ََّّل لِيعبدُونِي‬ َُْ َ ْ َ ِ ْ ْ َ َ َ Bermaksud " Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah ". (Surah Al-Rum 30) Allah berfirman lagi: ً ِ َ ِ ْ َْ ‫قُلْ لَو كانَ معه آلِهة كما ٌقُولُونَ إِذا ََلبتغوا إِلَى ذِي العرش سبًٌل(42)سبحانه وتعالى عما ٌقُولُونَ علُوا‬ ًّ ُ َ ‫ُْ َ َ ُ َ ََ َ َ ه‬ ََْْ ً َ َ َ ٌ َ ُ ََ َ ْ ‫كبٌرا‬ ً َِ Maksudnya "Katakan kalau ada tuhan lain bersama Allah seperti mana yang mereka katakan mescaya tuhan-tuhan lain itu akan cuba berusaha menggeser tuhan yang menduduk arasy. Ijma' dan kias. Akan tetapi Maha suci dan terlalu maha tinggi dan agung Allah dari terdedah (kepada sebarang ancaman) seperti mana yang mereka katakan". Allah berfirman: ‫ِ َ ً ْ ََ ه‬ َ َ ْ َ ْ َ ‫ف َأقِم وجهك لِلدٌِّن حنٌِفا فِطرة َّللاِ ا هلتًِ فطر ال هناس ع َلٌها‬ َ ْ َ َ َ َ َ Maksudnya berdasarkannya". Akidah Islam selaras dengan fitrah manusia. sesuai dengan kehendak Allah.

diungkapkan di lidah. tanggapan dan emosi mereka dengan hati dan dengan perbuatan.yang mereka cipta. Iman ialah ‫قول القلب واللسان وعمل العلب واللسان والجوارح‬ Dibenarkan dalam hati . keimanan yang benar dan tulus memungkinkan seseorang mencapai mertabat yang paling tinggi di dunia dan juga di akhirat. Ia maha mengetahui perkara yang gaib dan yang ada di dunia nyata. Muhammad pesuruhnya adalah setepat-tepat model bagi manusia yang ingin perintah Nya yang amat bijaksana. Norma dan pattern peri laku yang di sunnahkannya adalah yang terbaik. kami beriman dengan segala yang telah engkau turunkan dan kami mengikut rasulallah saw. Dan sudah tentu pula segolongan tuhan akan menguasai segolongan tuhan yang lain (akan tetapi) maha suci Allah ( untuk berkeadaan) seperti yang mereka sifatkan. (Surah Ali. mereka itulah golongan siddiqin ( jujur tulin). Oleh itu catitkanlah (nama) kami bersama dengan orang-orang yang menjadi saksi. (Surah Al-Mu’minun 91) Tauhid Rububiah dan Uluhiah menjernihkan asas iman kepada Allah sebagai penguasa alam yang mutlak.Imran 53) Keimanan ialah kecenderungan hati kepada nilai dan cabang-cabang iman 3|Page . Ia juga amalan hati. Mereka lumrahnya berkata: ِ ‫َ ْ ُْ َ َ َ ه‬ َ‫ربنا آمنا بما أ َْنزلتَ واتبعنا الرسول َ فاكتبنا مع الشاهدٌِن‬ ُ ‫َهَ َه َِ َْ َ هََْ ه‬ Maksudnya: "Hai tuhan kami. KehendakNya mutlak. lidah dan anggota. Sesungguhnya ia maha tinggi dari segala yang sekutukan. Allah berfirman: ُ ِّ ْ ُ َ ‫َ ه‬ ‫أ ُْولَئِك هم الصدٌِّقونَ والذٌِنَ آمنوا باَّللِ ورسلِه‬ ِ ُ ُ َ ‫َُ ِ ه‬ maksudnya: Orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya. dibuktikan dengan perbuatan. segala penilaiannya adalah yang terbaik. (Surah Al-Hadid 19) Mereka menurut dan menerima nilai-nilai Islam yang mencorakkan sikap.

maka yang sebaik-baik ucapan perkataan “La Ilaha IllaAllah” dan serendah-rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan malu itu sebahagian dari cabang Iman. Jawabnya: “Apabila menyebut dan mengingati Allah dan memujiNya (Mengucapkan Al-Hamdulillah) serta mensucikannya (menyebut SubhanaAllah). Bertambah disebabkan ketaatan dan berkurang disebabkan keingkarannya dalam melaksanankan tanggungjawab kepada Allah s. lalu sahabat bertanya: “Bagaimana bertambah dan bagaimana berkurang?”.w.a.t.Iman ada tingkatan tinggi dan rendahnya. Justeru. Kesempurnaan aqidah adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulan dalam jiwa.a. Melalui proses ketigatiga unsure tadi terjalin dan searah jalan tanpa pertentangan.unsur wujdan atau perasaan Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian dan kuat. kerelaan hati serta kehangatan peraan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang membentuk kesempurnaan peribadi atau syakhsiyyahnya dan menjadi 4|Page .w. iaitu pembuktian dan kelojikan aqal. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dari yang sekecil-sekecilnya adalah gambaran yang terjelma dari dorongan keimanannya. seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far dari datuknya Amir bin Habib seorang sahabat Rasulullah s. Iman seseorang boleh bertambah dan boleh berkurang.unsur iradah atau pemilihan . maka itu menyebabkan Iman bertambah. telah mengajak sahabatsahabatnya menambahkan Iman mereka dengan memperbanyakkan Zikrullah.”(Muttafaqun Alaih) Selain itu keimanan seseorang boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya.” Unsur-Unsur Pembentukan Aqidah Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdiri daripada unsur aqal atau pemikiran.w: Ertinya: ”Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluh cabang. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini. Yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. katanya yang bermaksud: “Iman itu bertambah dan berkurang.a.. Saidina Umar bin Al-Khatab r. Dalam suatu peristiwa. Sabda Rasulullah s.

Marifatul Batsi (mengenali hari kebangkitan) Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati). dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada yang baik atau yang buruk untuk diberikan balasan pahala atau siksaan dan di sana juga adanya sirathol Mustaqim. syurga dan neraka. mahupun dalam lingkungan keluarga. Marifatur Risaalah(mengenali kerasulan) Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatnya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang haq dan agama Allah yang sebenar. 5|Page .kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam lingkungan individu. 3. Tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentiment yang sihat. namanama-Nya yang mulia serta sifat-sifatnya yang suci dari segala kekurangan. iaitu agama Islam. demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja. 2. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-buki yang ada di alam ini. Ciri-Ciri Aqidah Aqidah Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukun asas. Marifatullah (mengenali Allah) Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah subhaanahu wa taaala. Ciri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga: 1. Hakikatnya ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek. atau pun dalam lingkungan masyrakat yang lebih besar.

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang Guru Untuk Memantapkan Akidah Islamiah Memandangkan banyaknya gejala kerancuan berfikir dan sikap yang menyimpang jauh dari lunas akidah akhir-akhir ini maka setiap pihak yang bertanggung jawab perlulah sedar dan peka terhadap tanggung jawab masing-masing untuk memperkukuhkan ciriciri akidah dalam diri. guru juga perlu menekankan aspek lahiriahnya sebagai seorang islam yang memiliki sifat penghambaan diri kepada ilahi agar dapat dicontohi oleh anak muridnya. sebagai seorang pendidik iaitu guru perlu sedar bahawa tugas untuk memantapkan akidah dalam kalangan pelajarnya perlu ditekankan semenjak dari awal pembelajarannya. maka sudah tentu murid tersebut akan terbentuk dengan contoh-contoh yang tidak sesuai. Guru perlu membawa anak-anak muridnya berfikir tentang penciptaan alam dan hikmah 6|Page . Mengapa demikian? Kerana setiap murid ataupun pelajar akan mengambil contoh terdekatnya iaitu gurunya untuk dijadikan ikutan dalam hidupnya. Justeru itu. Selain itu. maka sukar baginya untuk tersesat dalam akidah yang menyimpang. Adalah yang terbaik bagi seorang anak murid dapat mengecapi nikmat mampu mengenal tuhannya sejak awal pendidikannya. keluarga dan masyarakat. Universiti dan sekolah perlu dipastikan supaya mendidik dan melahirkan graduan dan pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap akidah Islamiah dan citi-cita Islam. Para pelajar dan murid didedahkan dengan situasi pembelajaran yang sihat. Sekiranya seseorang kenal bahawa dirinya sebenar adalah hamba Allah. Nilai jati diri sebagai hamba Allah perlu guru terapkan ke dalam setiap anak muridnya kerana banyak penyimpangan ataupun kecelaruan akidah pada masa kini akibat tidak mengenalnya seorang insan bahawa dia sebenarnya adalah hamba Allah dan perlu tunduk kepada perintah Allah. Sekiranya guru gagal dalam memberi contoh yang tebaik bagi anak muridnya. Pensyarah dan guru juga seharusnya menekankan paradigma Islam dalam disiplin ilmu yang mereka ajari. Seterusnya. seorang guru juga perlu mengajar ilmu bagaimana mengenal tuhan semesta alam kepada anak muridnya.

disebalik kejadian yang Allah ciptakan agar setiap anak muridnya dapat memegang akidah yang kukuh dan tidak mudah goyah dengan ajaran ataupun agama yang bertuhankan selain Allah. Akhir sekali. Sekiranya seorang guru mendapati anak-anak muridnya terjebak kepada akidah ataupun ajaran yang menyimpang dari ajaran islam. 7|Page . seorang guru perlu mengawasi anak-anak muridnya selalu dari terjebak dengan unsur-unsur yang merosakkan akidahnya. maka tanggungjawab guru adalah memberi pengajaran baginya dan membawanya kembali ke jalan yang benar.

Hendaklah kita merasa takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada yang selain daripadaNya. Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. perlulah kita meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah Yang Maha Bijaksana. Kita juga perlu yakin bahawa penciptaan dan penggubalan undang-undang adalah hak mutlak Allah SWT dan ini bererti kita sebagai manusia tidak boleh melewati dan melanggar undang-undang Allah SWT atau dalam ertikata yang lain membuat dan menggubal undang-undang yang berdasarkan akal fikiran kita sendiri. Seterusnya kita hendaklah mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain. Kita juga perlulah meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan kitabNya adalah untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka didunia ini dan ke manakah akhirnya kehidupan mereka kelak. Kita juga mestilah sentiasa menginagati Allah SWT dalam apa jua suasana dan mestilah mencintai Allah SWT lebih daripada kecintaan terhadap perkara-perkara yang lain.Kesimpulan Untuk menjadikan aqidah kita aqidah yang benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang muslim. “dan Aku (Allah SWT) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” Kita juga perlulah meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat manakala siksaan yang pedih dan azab api neraka adalah balasan bagi orang-orang yang kafir. 8|Page . taat dan mengabdikan diri kepadanya selaras dengan apa yang di jelaskan dalam firman Allah yang bermaksud. Kita perlu meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini termasuk semua makhluk yang ada di dalamnya tanpa sebarang tujuan tertentu ataupun untuk bermain-main. Dan ketakutan kita kepada Allah seharusnyalah menjadi pendorong untuk kita menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai dan diharamkan oleh Allah SWT. Kita perlu meyakini bahawa matlamat kehidupan manusia didunia ini ialah untuk mengenal Allah SWT dengan sifat-sifat uluhiah dan rububiahNya.

Dan akhir sekali untuk kita memperolehi aqidah yang benar perlulah kita sentiasa di dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah SWT (merasai bahawa Allah melihat. maksudnya. anak-anak. isteri-isteri. “Katakanlah jika bapa-bapa. maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”(9:24) Sebelum dan selepas kita melakukan sesuatu kita perlulah bertawakkal kepada Allah SWT dan kita bertawakkal ini hendaklah dalam semua urusan dan perkara. 9|Page . perniagaan yang kamu kuatiri kerugiaannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya. mendengar dan mengetahui apa yang kita lakukan) baik dalam keadaan terang ataupun tersembunyi. Disamping itu hendaklah kita banyak bersyukur terhadap nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita dan hendaklah kita sentiasa memohon ampon kepada Allah SWT dan bertaubat kepadaNya kerana taubat itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan disamping menjadi penenang hati bagi mereka-mereka yang insaf dan sedar. kaum keluarga. saudara-saudara. harta kekayaan yang kamu usahakan.Firman Allah SWT.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Ustaz rosli kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada kami untuk mengenal ilmu akidah. Selain itu. Dengan kerja kursus ini. saya dapat memahami tugas guru dari aspek pendekatan akidah yang mantap dalam diri pelajarnya. Kerja kursus seperti ini sebenarnya telah memberikan saya satu kesedaran bahawa akidah itu penting bagi setiap umat islam yang berakal.REFLEKSI Alhamdulillah. Tambahan pula . Perlu kita ketahui bahawa pendidikan awal tentang akidah perlu ditekankan sejak awal pembelajaran agar mudah terbentuknya jati diri seorang islam dalam diri anak-anak. kerja kursus ini juga mendedahkan tugas guru dalam meningkatkan akidah islamiah terutamanya pelajar. saya ingin berterima kasih kepada seluruh yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus ini samada secara langsung ataupun tidak langsung. 10 | P a g e . kita dapat berfikir bahawa akidah yang mantap dan kukuh mampu melahirkan seorang islam yang cemerlang dari pelbagai sudut kehidupan . Selain itu. syukur ke hadirat tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini yang diberikan oleh pensyarah dan juga pembimbing kami iaitu Ustaz Rosli. kerja kursus ini memberikan gambaran sebenar tentang cirri-ciri akidah yang benar. saya berharap tegguran agar dapat membina yang lebih baik daripadi tugasan ini. Sekiranya terdapat kesalah dan kesilapan. Akhir sekali. Melalui kerja kursus ini. dengan akidah yang benar sahaja yang dapat membawa seorang hamba itu menuju syurga.