Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa Yang Berkaitan Dengan Haiwan Yang Jarang Didengar

Salam. Hari ni macam nak kongsi la sedikit peribahasa yang berkaitan dengan haiwan ni. Tapi yang jarang didengar la. Sebenarnya masih banyak peribahasa melayu yang menggunakan haiwan sebagai objek.Tak kira la badak, gajah, harimau atau semut. 1) Bagai kucing dibawakan lidi. Maksud : Berlari kerana ketakutan. 2) Seperti katak disimbah air. Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. 3) Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. 4) Adat gajah terdorong. Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya. 5) Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut. Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang. 6) Air keruh, ikan limbat keluar. Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung. 7) Alim bagai katak di tepi air. Maksud : Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. 8) Anak kuda bulu kasap. Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah. 9) Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah. Tidak memilih-milih. 10) Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. Maksud : Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Maksudnya, jika kita tidak berusaha maka kita tidak akan dapat melihat hasilnya

Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga bermaksud jika ada ahli keluarga yang mendapat kesusahan, ahli keluarga yang lain turut merasa kesusahan itu ANTAH MELUKUT, LAPAR SANGAT BARU BERGUNA Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.