Anda di halaman 1dari 7

kes-kes keganasan guru.

Rafidahshapuan's weblog Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru. Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri? Kes-kes Keganasan Yang Dilakukan Guru Seterusnya kita ingin melihat bagaimana keganasan yang dilakukan guru terhadap pelajar. Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta, 54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April 2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang menunjukkan keganasan dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget akibat ditampar seorang guru pada 11 Jun lalu. Pelajar itu ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri penghimpunan. Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas asrama mereka.

Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid

Dr. “Kita sememangnya tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran . Seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Gayang. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu. Tuaran. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami”. Apakah yang menyebabkan ramai guru-guru bertindak ganas? Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat? Kenapa Guru Bertindak Kasar dan Ganas? “Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah. Amin Shariff. Beliau berbuat demikian untuk mendatangkan masalah kepada guru besar sekolah berkenaan supaya dia berpeluang naik pangkat. Mohd. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar. sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Melaka. Berdasarkan kes-kes tersebut. Miri pula mendakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Kesalahan tingkah laku guru ini bukan sahaja berlaku di negara kita. mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit. guru juga telah dilaporkan bertindak ganas terhadap polis dengan menggunakan gergaji. seorang penolong guru besar sekolah tinggi wilayah Hubei didapati bersalah kerana memasukkan racun tikus ke dalam makanan sekolah. malah turut berlaku di negara lain juga. Sementara itu di Johor pula.tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian. menurut laporan dari akhbar Xinming Evening News. beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti „penderaan‟ terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Sabah pula digantung kerja selama dua bulan kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai lalu. empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak. Begitulah yang dikatakan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja. selain seorang daripada mereka dituduh mengandungkan anak luar nikah. kita dapat melihat betapa banyaknya kes-kes yang melibatkan guru. Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu. gara-gara didakwa ponteng kelas. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. tujuh pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram. Di Alor Gajah. Misalnya seperti yang berlaku di Shanghai.

Mungkin jika seorang murid yang nakal. . Dr. tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang pertimbangan”. Asniza Mamat. Dr. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. jelas beliau. jika terlalu tertekan. ia boleh menghilangkan kesabaran guru. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu. Tetapi hakikatnya. pengajaran dan kesedaran kepada mereka. tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak. bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi. Walau bagaimanapun. munurut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa. Robiah Sidin. murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman. guru dapat kawal tetapi kalau terlalu ramai. membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan. salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan . Prof. “Guru juga manusia biasa. kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan terjadi. kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain”. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi . Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. punca guru bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Jika guru menghukum murid. Dr. guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ahli sosiologi UKM. Sarifa Zaleha Syed Hassan pula berkata. Menurut pakar pendidikan. “Bila tidak minat. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi.matang terlibat dalam insiden itu. Mereka mudah merasa marah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. jelas beliau. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. sesekali kesabaran tidak boleh dikawal”. ujarnya lagi. Beliau menjelaskan bahawa segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah. Prof.

Menurut beliau juga. Pendedahan kes guru mendera murid ini juga ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Sebaliknya jika mereka tidak berminat mengajar. Beliau turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru ganas ialah dengan menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. jelasnya lagi. “Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. lebih baik diambil tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut”. “Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukarkan mereka ke tempat lain semata-mata. . Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan murid berkenaan. ujar beliau lagi. tegas beliau. ini bukanlah menunjukkan bahawa kita harus menyokong keganasan yang dilakukan guru. Dr. Gejala ini perlu dibendung dan semua pihak adalah terlibat. Apabila bilangan guru amat berkurangan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab. Tokoh pendidikan. Sebaliknya kita sama-sama perlu memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah agar perkara yang sama tidak berulang lagi dan bukan hanya menuding jari kepada mana-mana pihak. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru. Justeru itu. guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Tan Sri Prof. Walau bagaimanapun. Ujian ini berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru. kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru. “Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah”. kita menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Menurut Asniza lagi. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Ada juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah”.

Menurut beliau juga. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab. 8/1983 di bawah Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Larangan mendera dan mencela pelajar “Guru tidak boleh mengenakan hukuman atau denda kepada pelajar yang melakukan kesalahan kecil dengan cara mendera atau mencela”. membuat henjutan sambil memegang telinga. begitulah kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar. Guru boleh paksa murid menulis karangan di rumah. mencubit hingga lebam.Peranan Sebenar Guru Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Selain itu. nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. “Dalam pekeliling ini diberitahu tindakan hukuman seperti mengetuk dan menyekel kepala murid. memulas telinga. Beliau berkata guru sebaliknya perlu mendidik pelajar yang melakukan kesalahan kecil. “Macam-macam cara boleh dibuat. tidak memberikan perhatian sewaktu guru mengajar dan berkeliaran semasa waktu persekolahan. guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Peranan yang dimainkan oleh seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. guru juga sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Menurut Mok Soon Sang (1988). bagi kerja-kerja yang boleh memberikan nilai murni kepada pelajar. mencela. semua hukuman dan denda yang berbentuk pendidikan telah dinyatakan secara jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. menjemur . mendera seperti berlari keliling padang. seperti membuat bising dalam bilik darjah.” kata beliau. antara peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar. demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Dengan ini. menampar.

Sebagai contoh dalam Kanun Keseksaan.” tegasnya. ia tidak menggunakan kekerasan dengan menyalahi undang-undang. maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan. tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. maka guru tersebut tidak menggunakan kekerasan jenayah kepada pelajarnya kerana guru itu bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran. Penyelesaian Bersama Berita guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi . tindakan yang dibawa oleh ibu bapa sebagai plaintif boleh menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru yang memukul di mahkamah sivil. Bagaimanapun. maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah. Zaitoon Datuk Othman. Beliau juga berkata guru perlu memahami peraturan dan panduan yang telah digariskan. Hal ini jelas apabila Menteri Pelajaran. terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan disediakan dan telah menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. ia menyentuh pelbagai perundangan terhadap mereka yang mencederakan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri mengatakan bahawa kementeriannya tidak akan berkompromi terhadap guru yang memukul pelajar sekolah ketika mengajar. beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan. Dalam konteks tindakan undang-undang. Seksyen 321 – dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 322 – dengan sengaja menyebabkan cedera parah. Ini harus disusuli dengan laporan polis. Di bawah prosedur Undang-undang Tort.atau menghukum murid secara berkumpulan tidak dibenarkan. Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah. ibu bapa boleh mengambil tindakan prosedur undang-undang jenayah (criminal offence) ataupun sivil di bawah Undang-undang Tort. Bagaimanapun. Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri. Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim. Oleh sebab itulah guru-guru dinasihatkan agar tidak membuat tindakan terburu-buru dan mengikut emosi dalam menghukum pelajar. Mulai dari Seksyen 319. Antara seksyen yang menarik ialah peruntukan di bawah Seksyen 320 iaitu cedera parah. jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat dipukul oleh guru berkenaan. jika seorang guru besar telah menjalankan budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru sebat seorang pelajar.

isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian semua pihak.adakah pihak media dan masyarakat bersimpati dengan guru sekiranya kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar? Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin dan menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri sendiri yang tertekan. Oleh itu. Lebih dari itu. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid. ibubapa. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. . Justeru itu. pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik. mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar. Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah ada terutama di antara guru. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera. semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah.